Tuesday, June 28, 2011

Dilema Si Pengotor..,

    Keruh sikit Sg.Tembeling pagi ini, mungkin hujan di hulu melimpahkan paras air di sungai2 yg berkaitan dgn Sg.Tembeling ini.....Mungkin hulu Sg.Sepia, atau Sg.Sat atau Sg.Keniam atau yang lain2 yg menerima hujan lebat. Boleh di agak mana punca keruhnya, tak perlu di kaji apa masalahnya kekeruhan itu,....Keruhnya itu, akan meresap ke setiap sungai di hilirnya dan bercantum,, menjadikan jernih asalnya sungai, tidak di ketahui lagi apa warnanya, di Kuala Sungai Pahang di Pekan.
  Kome bukan bangsa yg kotor, apatah lagi ikutan kome mengatakan kebersihan adalah separuh dari iman,..Kome tersentak, bila deme/mereka mengatakan negara kome perlu ada kumpulan yg boleh membersihkan kekotoran kerajaan kome....,Deme pembelit seperti ular, antara ular dan deme...Kome bedal/pukoi/hentam deme dulu, barulah kome bunuh ular..,Kenapa bangsa itu, yg menyedarkan kerajaan kome yg kerajaan itu perlu di bersihkan? Kenapa pasukan politik yg tak pernah menang itu yg menitikberatkan kebersihan negara kome?
   Kome sokmo ceritakan, penting kebersihan alam ini kepada deme yg berkuasa, kome merebet/berceloteh betapa sungai kome makin kotor...Apa tindakan Si Penguasa yg pengotor itu? Selain dari membalas pantun kome dengan mengatakan kome pembangkang, kome pencinta alam, kome menolak kemajuan,..Padahal ramai yg tahu, kemajuan bukan maksudnya kome semua harus jadi pengotor,,,,Kome suka bersih, tiada orang yg suka kekotoran,..Apa yg di bingitkan oleh Pak Samad Said ada betulnya, bersih hatinya ketika menulis.,,tetapi kotor fahamannya kepada yg berkuasa, yang hanya mahu kuasa mutlak walaupun harus main kotor. Sekarang seluruh dunia tahu, betapa kotornya politik negara, betapa jihek/kotor negara yg tidak mahu mendengar suara rakyat yg berkata politik deme makin kotor...Sehinggakan parti yg tidak pernah menang itu, mengambil kesempatan atas kekotorannya politik negara ,dengan menghangatkan isu yg dipandang remeh oleh penguasa sebagai kebenaran di sebalik lakonan mereka.
  Kome bukan orang politaik, kome cuma tegur yg mana gilakan kuasa dan harta, sekarang kome nampak "dilema Si Pengotor" yg berkuasa, antara mahu membersihkan politik mereka atau mahu sedar apa sebenarnya yg kotor....Kotornya sungai bukan hamlau/pungkor/tipu..,terbukti. Kome di kampung sendiri berasa lumpurnya...Kome di kampung yg menghirup kotornya karbon monoksida pembangunan yg di janjikan. Kome tahu betapa kotornya cara penebangan hutan sekeliling kome..Siapa yg mahu bersihkan? Walaupun bergotong royong amalan yg bersih, tak mampu bersihkan kotornya..,walaupun budaya bersih kemelayuan kampung kome tak dpt sucikan kejijikkan itu..,Walaupun peribahasa berbahasa lembut tidak pun menegur kekurangan ajaran itu...Kome tidak boleh bersihkan, kerana kebersihan itu ilham Si Pembangkang!
   Kini dari kekotoran yg tercipta, ramai sesedara yg meluahkannya mati emak, menelannya mati bapak...,Melayu yg hanya ada kuasa, bela lah melayu yg lemas dan sesak dalam kekotoran ini, bersihkan lah puisi syair nyanyian melayu dengan bahasa yg kuat dan mampat,,,Sucikanlah perjuangan membela bangsa melayu yg makin terkenal di dunia dengan kekotoran ini, tetapkanlah kekuda gayungmu agar dapat menepis pukul curi deme...Basuhlah kekayaan bahasa, budaya, bangsa dan tanah ini, agar ianya tidaklah di cemari lagi...Tapi nak basuh cam ne, air sungainya masih kotor!

Kerbau seekor terpalit lumpur,
Lumpur di basuh air hujan,
Kuatkan bangsa yg makin luntur,
Lebihkan kebersihan dalam perjuangan.

Monday, June 13, 2011

Pelanduk "lonye" di tengah..,

    Rempi/berselerakan pokok buluh aur di pinggir tebing Sg.Tembeling di kerjakan oleh gajah-gajah liar, memang buluh makanan gajah,..Walaupun habis rempi, namun buluh 'aur dan tebing tak kan berpisah' kukuh sungguh hubungannya...Tebing payoh/susah sikit nak runtuh kalo ada buluh aur tumbuh di tepinya. Gajah-gajah liar adalah binatang lindungan, kome terpaksa mempertahankan gajah walaupun gajah lagi kuat dari kome..,Ini mungkin sudah tersurat bahawa binatang itu tidak mempunyai akal, walaupun di anugerahkan daya ingatan yg kuat,..Akalnya manusia lebih kuat dan boleh mengalahkan kekuatan fizikal...,Kome menyayangi dan menghormati gajah kerana kome ni di negeri 'Tok Gajah'..,Ianya lambang kekuatan kome..
   Dalam pembangunan yg berlangsung dengan rancaknya di sekeliling kampung2 di pinggir sungai kebanggaan kome, yang merupakan lebuhraya utama sejak berabad lamanya, sebelum negara kome merdeka, semasa negeri kome di gelar Inderapura....,Kini lebuhraya yang mempunyai berjuta rahsia, jasa dan khazanahnya di pinggirkan, ianya di biarkan keruh, terhakis dan tohor/cetek akibat dari pembinaan lebuhraya yang baru,,..Yang mana bukan sahaja pokok buluh yg rempi di baham oleh 'gajah yg berakal' malahan hutan, bukit musnah dan hilang aslinya. Sudah menjadi lumrah manusia sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi...Yang malang tanduknya dah patah, hancur tapi gadingnya belum tentu dapat di gunakan dan tidak sempurna seperti tanduk...Mungkin sebab itu lah logo negeri kome ialah gading gajah bersilang..jadi mungkin bermaksud..,Hanya yg bergading berkuasa mutlak.
   Musim gajah-gajah berkacut/mengawan hampir tiba, mereka akan turun ke kampung2 berkempen, menghambur janji, menayang gadingnya yg bertuah...,Mereka sanggup berbuat apa saje demi untuk memenangi hati pelanduk dan haiwan2 lain, memilih mereka sebagai raja di rimba. Gajah tersebut akan berlawan parti cap gajah yg lain, pelbagai cara termasuk memfitnah, mencaci, menghina untuk menang. Mereka sanggup merasuah, mereka sanggup berhabisan berbillion...,Yang paling memalukan,mereka akan berusaha menelanjangkan sesama mereka...Tanpa mereka sedari, bila mereka bergaduh, berlawan sesama mereka atas alasan untuk kebaikan rimba dan penghuninya,,,Habis hutan di sekeliling deme/mereka rempi, haiwan lain dan "pelanduk lonye/lembik ditengah" pertelingkahan mereka..,
   Di kampung kome ni, replika gading gajah menjadi pintu gerbang di jeti utama kemasukan ke kampung kome..,,Itu lah lambangnya kome menyanjungi negeri yg berdaulat ini,kome sedar, tahu yang di daulatkan tidak ada kesempatan mencemarkan daulatnya melumpuri kakinya berjalan di lebuhraya karpet tanah merah...yang dijanjikan akan di tarkan oleh gajah-gajah tunggangannya...,Sebab itu,replika gading itu di jadikan kedai kopi..,Itulah tuahnya replika gading itu...Piagam kampung bistari yg di istiharkan di kampung kome,di jaga dengan elok dan di jadikan dinding kedai, supaya yg melanggan kedai kopi itu memahami dan mendalami apa yg di piagam sebagai kampung bistari..Kalo tidak kerana kedai itu,mungkin papan tanda piagam itu menjadi tempat ulan menjalar dan jelatang gajah membesar!

Menjerat pelanduk di atas bukit,
Bukit di penuhi jelatang gajah,
Utamakan rakyat kome ungkit,
Poket gon penuh kome tak kisah.....

Saturday, June 11, 2011

Enjit-enjit kekiok..,

     Beso kepalanya, langkahnya tersusun rapi, berbaris-baris..Ke bukit sama di ragang/didaki, ke laut ke darat deme/mereka tetap sebaris, tersusun singgah membina istana busut, begitulah lebih kurang pengenalannya "Sang Kekiok" atau anai2 berkepala beso yang di panggil uleh orang duduk di Jerantut nun. Kalo kome di kampung ni berjalan memalam hari, sokmo terpijok atas barisan kawad Sang Kekiok membuat busut, buleh terkencing juga sakitnya,buleh berdaroh kena gigit di menatang ni..,sampai tercabut tulah kepalanya kekiok tu bila nak cabut gigitannya. Orang tua dulu kabo kalo terpaksa berjalan dekat tempat Kekiok ni buat busut, tarik nafas kancing gigi dan berjalan lah menyeberangi lebuh raya kawasan kuntrek kekiok tu, gerenti taknya gigit di kekiok itu..,Dari psikologinya bila kite menarik nafas, ini akan menenangkan urat saraf dan bila kite ngancing gigi ini menaikkan semangat atau rasa berani.,Ini berdasarkan kajian ke atas tarian "Hakka" oleh pemain ragbi "semua hitam" New Zealand yg tak de felda, macam Malaysia yang ada felda New Zealand,..
  Dalam rancangan Semut besar "menyamaratakan" muka bumi .yang tak mungkin akan sama rata, busut kekiok di sekeliling kampung kome semakin berkurangan. Jadinya, kome tak perlu lagi ngancing gigi untuk berjalan..,Sebaliknya kome terpaksa menutup hidung dan mulut untuk melalui lebuhraya yang di janjikan, kalo dok batuk kering lah kome, dan lubang hidung kome akan berlongkoh-longkoh/berketul-ketul dengan debu2 kemajuan yang di rancangkan oleh Semut Besar...Melihat dari sudut realitinya,...Telah banyak menda terkorban bukan saje busut kekiok, bukit dah botak, sungai dah kotor..,Selain itu juga, Semut Besar telah membawa "Semut Merah" dari seberang untuk menjayakan prujek/kuntrek mega mereka..,Ladang kelapa sawit, kebun getah, kuntrek binaan bangunan dan jalan serta termasuk Menara Kembar KLCC, yang jadi kebanggaan kome,..penuh dengan Semut Merah berkerumun..,Mungkin Kekiok kampung, tidak berkelayakan membancuh simen...,Tapi yang nyata, Semut Merah telah membina Malaysia menjadi negara yang maju.
  Dari sejarahnya, dulu kalo ade prujek di kampung kome, semua kekiok akan berkerjasama membina jeti, masjid dan mungkin juga sekolah...,Jadinya, kekiok kampung tentu akan bangga dengan hasil binaan mereka sendiri, untung dan rugi di kongsi bersama..,Tapi cara kekiok berkerjasama dan memikul bersama menda yg berat, telah di hapuskan..,,Budaya, adat, bahasa dan bangsanya kekiok di pinggirkan..,Tukey kuntrek, yg berkroni akan menyapu semua keuntungan dan membuka peluang pekerjaan kepada semut merah dan bukan kekiok..,kekiok cuma perlu undi 5 tahun sekali, tak pe lah kekiok kena pindah ataupun tenggelam dalam banjir setiap tahun..,,Janji setiap 5 tahun, kuntrek akan di keluarkan..Mungkin kerajaan tiada keuntungan dengan amalan berkerjasama dan bergotong royong..,Kalo kuntrek diberikan kepada kroni semut besar, baru lah buleh tanggung kekiok pegi Haji dan Felcra percuma...
    Bila sebut pasal kekiok, ceritanya lebih kurang sama dengan ahli kroni semut yang lain..Ada Semut Misan, deme ni bercempio/bercelaru sikit cara kerjanya..,tumpoh air tea..,tak de menda mengerumut/berkerumun lah demenya.,..Ada semut lada, kalau kena gigitannya..,sakitnya macam pedas rasanya menyengo/menyengau. Kerengge lain pulok boleh di gunakan menjaga tanaman dari serangga perosak, amik sarangnya letak atas junjung kacang, ulat bulu beluncas tak de,,.menjulur molek kacang panjang.tapi, kena kencing di kerengge pedih juga mata. Semut paling seksi semut tongek, selalu di atas pokok langsat, pokok nyiur, jambu..gigitannya buleh jadi sakit gatal yg sedap di garu. Semut hitong/hitam pulak buleh di kail macam ikan.,,guna kemuncok, ..,julur,jolok lubangnya di dalam tanah dan semut itu akan mengigit umbot kemuncok tersebut,...Pentingnya cerita semut bukan mati sebab gula...Tapi kerjasamanya, tak kira semut kecil besar, merah, biru....Jangan biarkan budaya kekiok pupus seperti Temelian yg tak mudik belaga lagi!.."Enjit-enjit kekiok", bila sakit naik lah atas....Jangan kena tijok/pijak sokmo!

Kekiok muda sibuk bekerja,
Hak yang tua sudah tak rot,
Pertahankan kampung berbudaya,
Jangan jadi macam robot...,