Friday, October 28, 2011

Yang patah dan tumbuh..,

     Yang hilang tak mungkin berganti, kalau pun berganti,..Gantinya tidak sama dengan yg hilang,,Begitulah sejarahnya kampung persisiran alur ini, bangsawan kome, Aki Umbot, Tok Murai, Wan Siput, Pak Teh Tapah, Mak Cu Rempit, Ngah Ribut (nama hanya rekaan, tak de kena mengena yg hidup dan yg mati),,, yg pergi meninggalkan kome, pemergian deme/mereka semua kebanyakkan oleh penyakit tua, di mana sudah jadi resamnya kehidupan, setiap yg hidup pasti akan mati,..Jasa deme dengan alur ini, sama saja dengan hutan yg membekalkan oksigen ini, yg membekalkan kayu Jati tiang pasak rumah kome, yg membiakkan rotan dan gaharu sumber kome hilir ke sekolah menimba ilmu, yg menyerap air di musim pejur/hujan agar kome tak hampuh/tenggelam dek banjir, yg mengukuhkan tebing sungai dari runtuh terhakis, yg menadah hujan dan membekalkan air supaya penduduknya di hulu dan di hilir tidak mati kehausan...Jasa bangsawan kome memastikan bangsa Melayu di hulu ini, terus merdeka dari penyakit sosial dan budaya kuning. Di alur ini dalam sejarah yg di catat, tempat sembunyi dan larinya pejuang kemerdekaan,..Alur ini, salah satu punca  mata air yg mengalir ke Sg. Pahang..Sungai yg terpanjang di semenanjung, sungai yg bukan sahaja patut di kenang tetapi di kekalkan sejarahnya, yg mempunyai lebih dari beratus jenis ikan yg mungkin kini tinggal hanya tidak lebih dari 15 jenis ikan...Wallahualam.
    Yang pergi bersama bangsawan kampung adalah adat berdero/gotong royong...Bersama menebas, memerun(membakar), menuai padi yg di tanam..Walaupun di zaman itu, Tanah Melayu ini bukanlah negara pemakan nasi tertinggi di dunia, tetapi demi membangunkan ekonomi sendiri dan menyokong ekonomi negara,,Kome tidak makan beras Siam dan India...Dengan semangat "Satu kampung satu alur" kome bersama memastikan padi yg di tanam makin tunduk dan makin berisi. Semangat berpadi ini adalah salah satu jalan penyatuan kome di kampung bagi menyahut slogan 1 Malaysia,...Tetapi adat ini telah di gantikan dgn penanaman kelapa sawit yg bukan sahaja memaksa kome mengimport beras, malahan juga buruh dari seberang untuk melakukan kerja2 yg lebih berat atau sama beratnya kalau di pikul bersama....Yang penting makanan ruji/harian kome tidak perlu bergantung pada hasil import.
    Yang tiada lagi di kampung kome ialah amalan berdonek/ziarah dan semangat kejiranan,.. kome semakin mementingkan diri sendiri,,,Ayam jiran berak di lambur/berenda pun kome bergaduh..,Kambing kome mengembek di belakang rumah deme pun di sumpah seranah,...Kalau dulu jiranlah tempat di pertanggungjawabkan melihat ayam dan itik, kebun dan rumah, kalau kome nok hilir beli baju baru di Jerantut,.....Jiranlah tempat meminjam gula, kerana tebu yg di tanam belum di perah dan kisar menjadi gula, yg bukan sahaja harganya semakin naik, malahan tidak mencukupi bekalannya untuk negara ini...Dan kome terus menerus membelinya, tanpa kome sedar alangkah bagusnya jika kome di kampung berdero menanam tebu, supaya gula tak payah di beli lagi dan masalah ketidakcukupan gula negara berkurangan..
   Yang semakin berkurangan adalah keselamatan dan keharmonian kampung, dulu sukarelawan yg menjaga kampung dari sebarang kecurian dan sebagainya..Namun kecurian amatlah sedikit, rompakan boleh di katakan tiada, rogol boleh di katakan tak dengar cerita, anak di culik tiada di hura hebohkan, kalo ada pun anak lari merajuk ke rumah Aki nya atau sedaranya yg lain kerana takut di rempit/rotan, yg mana keselamatannya boleh di katakan sangat terjamin...Yang mati lemas, patah riuk jatuh memanjat tidak mungkin sekerap mereka yg merempit di jalan raya.
   "Yang patah dan tumbuh" semula di kampung ini, tidak semeriah dulu, tidak semuafakat seperti sebelumya, tidak sekukuh mana ekonominya, tidak sehebat mana adat dan budayanya...Kerana yg patah adalah semangat Melayu jati, yg mempunyai budaya adat yg tulen, bahasa dan jiwa yg jernih tidak sekeruh sungai di alur ini, yg dulu sama di baiki alurnya yg di lalui, sama di tarik perahu yg lekat,,,,Yang tumbuh kini ialah menjalar mengejar kontrak yg di tenderkan, bersemangat matawang untuk bersatu padu, berkira untuk mencebet/menjinjing benda yg ringan..

Patah tumbuh hilang berganti,
Nyiur yg patah mati terus,
Payah membaiki bangsa sendiri,
Namun maruahnya harus di tebus.

Thursday, October 13, 2011

Setitik air segunung emas..,

    Ke bukit sama meragang/mendaki mencari rotan,yg tidak lagi bernilai harganya, kerana sesudah tumbang di punggahnya Meranti, pasti saja Manau tidak berguna lagi, bertambah malang nasib si rotan Manau apabila meranti yg di jadikan pohon sandaran baginya melilit, bertarung, memucuk untuk mendapatkan cahaya matahari yg semakin hari semakin panas untuk membesar.., Kepanasannya cahaya matahari menjadikan baka si Manau mati kepanasan, ekoran tiadanya naungan dari Meranti dan sekutunya yang mengembara ke bandor Jerantut dan lain2 kilang papan dan perabot seluruh Malaysia dan dunia, Sahabatnya si Manau telah banyak yg hilang, Mat Gaharu telah hampir hilang baunya aroma, terasnya tidak seutuh dulu,..Tidak sehebat dan seutuh keris lambang bangsa, yang telah tumbang seperti tumbangnya Meranti-meranti tersebut.
   Ke paya kome berjalan melintasi denai babi hutan yg semakin berkurangan bukan kerana Padi yg menghijau, yg di kawal ketat oleh petani, bukan sebab tertusuk duri dan tersampuk akar, tetapi kehadirannya denai babi beroda yg baru ,menyebabkan denai2 babi liar tidak ter urus malahan di kambus selutnya, untuk menyondol cacing pagi untuk makan pagi menyondol petang di tembak orang.. dengan selut yg baru, menjadi harga setitik alirannya ke sungai yg mengandungi H20 yg tertulen boleh di ragui kandungannya..Mungkin Profeser Klorin boleh memastikan air kita terus boleh di minum dan di wudhu kan.
 ...Ke luroh/lurah sama kome randukan utk mencari siput penyedam Gulai Rom kome..,Kome beroda kan kekuda, berhawa dinginkan mata air yg tiada sekatannya alirannya, mengesot(cara siput bergerak) siput biar lambat asal selamat, tiada riak sewaktu bergerak..yang mana riaknya di air, kome tahu menda jenis ikannya..Riang berenang si ikan kekadang terhenti seketika, bukan kerana laluan alurnya ikan sudah di permudahkan dengan "highway" berlampu isyarat yg berwarna merah untuk berhenti, tetapi kerana cerong( mata yg masuk habuk kecil/pasir) akibat kekeruhan mata air ini..,Ikan menampir dan meloncat, bukan kerana girangnya menangkap sesibo(sejenis serangga), atau ulat yg jatuh bersama gugurnya bunga pokok Jado, tetapi akibat bekalan elektrik yg tidak mencukupi di kampung dan keuntungannya di pertikaikan, tetapi kejutannya melimpah ruah getarannya ke dalam sungai bekalan termahal di dunia yg semakin panas ini...Jadinya bekalan air tulen kome sudah menjadi H2O + elektrik
   Ke darat kome menghaga/ menghalo kerbau yg tidak mahu di tindik hidungnya supaya bertenang di dalam mengejar air garam yg di umpankan, yg memasukkan kerbau terkurung di dalam kandangnya, hilang kebebasan untuk meragut rumput liar...Air garam di jenut Kijang yg membuatkan si Kijang lupa akan perangkapnya, kemasinannya membolehkan kome yg makan Sambal Belimbing Buluh Ikan Sia tidak menitikkan peluh ketika memakannya..Setitik airnya garam tidak semasin manusia yg hidup mewah di pinggir Sungai Klang...Yg memikul beban untuk melunaskan harga setitik air, setitik petrol dan setitik air liur yg memaki hidup untuk hidup senang. Setelah habisnya bijih di Sungai Klang itu..Kini aliran airnya menjadi hampas yg tidak sedikit pun di kenang malahan jadi tempat buangan anak haram yang beribu ayahkan kemajuan yang di banggakan."Setitik air segunung emas" tidak sama nisbahnya, tidak betul hitungan matematiknya, tidak bijak kajian sainsnya, tidak jernih lagi hati manusia yg mengatakan emas itu yg di cari air itu boleh di beli..,

Sarat berkayuh perahu ke hulu,
Perahu di kayuh ketepian,
Rasa senang zaman dahulu,
Budaya bukan ketinggalan zaman....