Friday, August 26, 2011

Melentur buluh lemang merdeka..,

   Musim sabar di penghujungnya, yang memenuhi kehendak musim sabar ini ,akan meraikan kemerdekaan deme,...Kejayaan deme menahan lapor dan dahaga, kekuatan mereka menunduk nafsu amarah dan batin, kehandalan memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut dari perkara yg di larang, menunjukkan kuatnya orang yg menjadi pengikut Al-Quraan dan Sunnah yg merdeka dari hasutan setan yg di ikat, segala amalan di musim ini di lipat gandakan, sedekah di galakkan, pelbagai amalan sunat di perbanyakkan. Sejuta bintang bandingan keindahan musim ini, bulan dengan jelas menunjukkan malam2 musim ini terang benderang. Pendek kata setiap amalan baik di musim ini cukup menghapuskan dosa setahun malahan berpuluh tahun, itu kebesaran yg Esa.., Pengampun, Pemurah dan Pengasih.
   Dalam persiapan menyambut merdekanya musim sabar, beras pulut yg di tuai di bendang Ah Siong, santan nyior yg di perah dari kelapa Mutusamy yg bermutu lemaknya, ayam suntikan yg melembutkan dagingnya, daging lembu New Zealand rumah sembelihannya, sutera satin sulaman ulat bulu China, sampin tenunan Jawa dan Siam, sepatu kulit dari Roma De Italia dan pelbagai perkakas keperluannya musim merdeka mewarnai Tanah Melayu yg merdeka. Kayanya bumi melayu ini sehingga semuanya perlu di import dari luar negara dengan menggunakan jutaan gelen minyak membawanya dari seluruh pelusuk dunia. Kome di kampung bertanya manakah hasil sumber asli tanah ini? Adakah ini lambang negara yg 50 lebih tahun tuanya merdeka menonjolkan kemajuannya?
   Dalam meraikan merdeka ini, lebuhraya yg berjuta kilometer panjangnya, beratus depa lebarnya...,sesak, sempit, huru-hara, maut tak terkira banyaknya hasil dari tayar yg di perbuat dari getah torehan kome, dari kilang kereta keluaran negara.., Jalan yg maha besar itu tidak di cukai/tolkan kerana ianya mengundang nyawa sempena beraya. Kome bandingkan mautnya di lebuhraya itu dengan mautnya di sungai lebuhraya lama di kampung kome ini, jauh bezanya. kome bersyukur, tetapi si kuntrektor yg berkroni dengan politaik itu mengatakan sebaliknya, kome sepatutnya bersyukur deme membina jalan dan mengotorkan sungai lebuhraya datuk nenek moyang kome yg bergalah, berkayuh dulu...Di mana bijak dalil akalnya? Itukah perubahan kemerdekaan kome semua, bersama menolak perahu yg tersadung dengan memulaskan stereng pacuan 4 roda...lain nilai kerjasamanya. 4 roda itu, akan menerbangkan debu yg menusuk lubang hidung yg terpaksa di korek di mana akan membatalkan puasa,,Dan jikalau hujan di musim merdeka ini, kome terpaksa beraya dengan selut yg sampai ke peha...Perahu yg lekat hanya perlu di tolak dengan sepakat.
   Dalam kekalutan sambutan merdekanya musim sabar ini, kome mencari buluh untuk di buat lemang. Buluh yg di cari buluh yg muda, yg miangnya putih bergebu dan berdebu agar lemang yg di masak tidak perlu di bakar terlalu lama,  yang mana mungkin mengeraskan dan mengering lemaknya santan dan pulutnya. Buluh yg muda tidak terlebih tua, supaya senang di belah dan di makan pulutnya....,Bukan buluh aur yg menguatkan tebing sungai kome, seperti hubungan kome di kampung pinggiran dan hulu sungai ini yg sentiasa berkerjasama, kerana buluh aur tebal yg sesuai di buat lantai rumah tradisional, bakul dan pelbagai krafnya. Buluh yg panjang ruasnya, agar byk pulut yg dimuatkan ke dalamnya. Bukan buluh yg tirus yg dulu di jadikan penjolok/pengait rambutan dan langsat dan area tv. Buluh muda yg masih boleh di lentur, walaupun bukan lagi rebungnya. "Melentur buluh lemang merdeka" membawa kita memahami bangsa kome semua adalah Melayu merdeka yg sepatutnya bebas mengamalkan budayanya sendiri. Nenek moyang kome semua berjuang memastikan kome semua ada budaya sendiri, kaya dengan sopan santun, berbahasa lemah lembut, hormat menghormati, tolong menolong...Apakah merdekanya kome perlu melupakan adat lama ini? Bolehkah cucu cicit kome di lenturkan dengan budaya melayu yg semakin hanyut bersama keruhnya sungai kome di bumi merdeka?

Tebang buluh Kuala Sawa,
Rebung habis di makan gajah,
Kome ucapkan selamat hari raya,
Maafkan segala silap dan salah.

Monday, August 15, 2011

Peribahasa berbahasa ayam..,

    Nyaring kokokan ayam di pagi hari, menandakan subuh yang membangkitkan gajah, kokokan yg menjadi panduan waktu sahur di musim sabar(Ramadhan) ini. Nyaring dan riuhnya, tak sebising ketukan si ayam betina yg riuh sekampung apabila melahirkan telur yg menyambung zuriat si ayam...Kelahiran zuriatnya perlu di hebahkan, di raikan, begitulah kebanggaan si ayam. Tiada malunya, walaupun telurnya hanya sebijik, tidak di kisahkan kebisingannya membingitkan, bangga dengan telurnya yg belum pasti akan berjaya di eram menetaskan anak ayam...Mungkin telurnya akan di jadikan, sarapan bersama madu tulen, yg menyihatkan badan tuannya.., Bagi tuannya yg masih lagi mempercayai petua lama nenek moyangnya.
  Kaisan ayam dengan kakinya yg di ejek kerana tidak berkasut, menghasilkan rezeki yg tidak boleh di simpan untuk hari esok..,Cakaran kaki ayam, menyatakan tulisannya seperti cakaran tulisan jawi yg telah pun di lupuskan oleh dunia Melayu yang tidak mahu mengais pagi untuk makan pagi, walaupun tulisan itu, merupakan lambangnya perkembangan tulisan dalam dunia Melayu hari ini,..tulisan yg membangkitkan semangat kebangsaan, yang menjuruskan kearah kemerdekaan Tanah Melayu..., yang mana seperti kaum lain yg mempunyai tulisan huruf mereka sendiri...Di mana Melayu tak kan dapat meneka apakah maksud tulisan-tulisan tersebut..,Dan penggunaan tulisan itu, tidah global, hanya untuk bangsa mereka..,Tetapi melayu tidak akan nampak maju, kalau ada tulisan Jawi, yg merupakan asas untuk yg beragama Islam mengenal huruf Al-Quraan.
  Dalam kerabunan mata ayam, yg tidur-tidur ayam...Kome nampak tapi tak peduli dengan harga ayam yg turun naik di pasar, kerana kome boleh pikat ayam di hutan untuk di jadikan rendang raya yg menjelang. Lagipun ayam kampung banyak berkeliaran, cukup untuk bekalan satu kampung...,Tapi ayam kampung tidak segemuk ayam Chow Kit, lemaknya tidak nampak gebu, namun begitu, ayam kampung bebas dari penyakit, kerana cacing yg di kaisnya tidak dari longkang lorong hitam yg mengalir lumpur haid dan nifas kemajuan yg tidak mengenal dosa.
  Tergadainya tanah bangsa menjadi tauladan kepada kome yg menghayati cerita ayam sabungan Pak Kaduk. Menangnya sorak Si Kaduk, bukannya sahaja mengadaikan bangsa, malahan tidak sedar koyaknya baju Melayu kertas yg di pakai olehnya, menelanjangkan diri dan bangsanya sendiri di mata dunia. Penyabung2 ayam yg menonjolkan kemaluan lawan masing2 di dalam sabungan., Demi untuk menang..,Deme/Mereka sanggup menjatuhkan lawan mereka dengan bertelanjangan sesama mereka minta di sokong. Kegairahan mereka mahu menerajui tanah yg hampir tergadai dlm kemerdekaan ini, seperti ayam togel yg megah berkokok, tanpa menyedari laungan kokokannya menonjolkan dirinya yg tak de berbulu menutup auratnya.
  "Hayamph", "Ayong", "Ayang" dan Ayam..,menunjukkan bukan ayam tak boleh berbahasa dengan itik, tapi seperti sahaja kelajuan air yg mengalir di sungai Kome, setiap lubuk, cegar dan kuala, berbeza laju alirannya..,Jadinya sudah pasti berbeza naungan bahasanya di setiap tempat., Dalam "peribahasa berbahasa ayam", kome sedar ramai musang yg terpaksa berbulu ayam, untuk melindungi diri dari bahayanya mangsa sabungan di musim pilihanraya dan menongkah arus memberi pendapat untuk memperjuangkan bangsa...Kome juga sedar amalan ajak-ajak ayam untuk datang ke rumah/kampung kome tidak lagi perlu di amalkan, kerana ianya amalan kolot, yg mahu di kikis dari naluri bangsa Melayu. Kome tak boleh ajak orang mengenal budaya dan meghayati bangsa di kampung sebagai ketulenan akar Melayu. Kerana pucuk dan batangnya pimpinan Melayu, hanya mahu kaya-raya dan bukan membajakan kekayaan taik ayam untuk menyuburkan bangsa, budaya dan bahasa..!

Ayam Jepun balungnya rendah,
Tajam tajinya tiada tandingan,
Maaf dipinta dibulan indah,
Selamat beraya selepas Ramadhan.