Thursday, May 19, 2011

Manis Yang Ditelan..,

   Berguguran kejur(buruk kerana terlebih masak) begitu aje buah kepayang, terbuang..,bukan kerana di telan pahit, tapi tiada yang tahu bagaimana cara mebuatkan ianya sayang untuk di buang atau di biar kejur begitu sahaja. Sudah menjadi resamnya, buah tersebut bukan sahaja tidak lagi di hiraukan keenakannya, malahan peribahasa yang mengingatkan kome tidak lagi di guna pakai.."jiwang", bahasa lapuk dan lebih teruk, buah kepayang tersebut tidak lagi di kenali oleh generasi mendatang.
  Berlainan pula dengan dengan kemanisan tebu, manisnya menjadi ketagihan kome di kampung malahan seluruh Malaysia. Kome tak minum teh tak bergula, kome tak makan kuih yg tak manis...dan kome berbahasa yang manis-manis, tidak mencaci, tidak mengherdik,..Bukan kerana kome tak pandai marah, bukan kerana tidak pandai mengutuk laknat...,Tapi sudah adatnya kome orang kampung, bercakap selalu berlapik,..Dan kome akur dengan manis itu bukannya gula, manis di pandang budi bahasa serta manis itu bukannya wajah, manis di lihat tutur dan cara...
   Dalam kemanisan adat dan cara kome, ianya juga di pandang sebagai melayu kolot..,mungkin kerana kemanisan ini tidak akan menjadikan kome seorang jutawan, walaupun datuk nenek selalu berpesan, biar miskin harta asal kaya budi dan bahasa...Walau bagaimanapun, di atas kemanisan berbahasa, sudah tentu ianya banyak di salah gunakan, seperti kome menggunakan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman.
  Penyalah gunaan bahasa yang manis selalu di gunakan dalam menabur janji manis..,,Biasanya kemanisannya janji, mudah di lafaz dan manisnya di telan dengan hamohnya/haloba/tamak,..seperti janji 5 tahun sekali. Janji yang paling populor pada musim ini biasanya,"Gon/kau urang/deme kalo aku menang melaga ayam tahun ini, aku akan tar jalan raya sampai ke lungkang/longkang dekat rumoh"..,Setelah menang ayam lagaannya, genap 5 tahun jalan masih bertanah merah, maka janji manis baru "Menang tahun ini, jalan tar sampai ke reban ayam!"..,,5 tahun seterusnya jalan tanah merah yang lama tak betul ukur, kena ukur semula..Jadinya janji tahun tu, "Ayam aku menang tahun ini, jalan tar dengan jambatan baru"...5 tahun seterusnya,,,ayam dah tua, tak boleh nak di sabung lagi,,jadinya baka ayam baru, jadinya janji ayam jalak yang baru,,Tahun ni "kalau menang jalan tar sampai ke depan tangga"..begitu lah 5 tahun seterusnya...ianya sentiasa manis di janjikan..",Manis yang di telan" di luah sayang..di telan takut kena kencing manis!

Manis lehek si buah lembe,
Di makan bersama jambu kelat,
Janji di semai muka tak lebe,
Laksanakanlah jangan main elat...!

Tuesday, May 10, 2011

Tok Bomoh ekonomi..,

 Tegak berdiri pukok Beboli dengan daunnya yang bergoyang-goyang, dari petua daunnya adalah salah satu bahan mandi serung, itu petuanya, tidak terlibat dlm sistem kajian perubatan moden kini, tiada kajian/eksperimen di buat..,,ianya sekadar petua yg mungkin hanya perlu di ikut tanpa tahu sebabnya, ataupun perubatan sekarang memadam sama sekali petua "mandi serung" itu tiada sebarang kesan, kalo badan kurang sihat kite cuma beli ubatnya...,tak perlu mandi bunga dari 7 jenis yg memberikan 7 jenis aroma dan 7 jenis nektar yg mengandungi 7 jenis madu..terlihat khasiat dan faedahnya, tapi ianya tidak di kisahkan.
  Petua dan jampi serapah ialah cara dalam perubatan melayu. Pelbagai petua yg merangkumi cara pemakanan, senaman secara langsung atau tidak langsung, kalau di kaji ,di ikuti banyak daripada petuanya memang mendatangkan kesan yg baik. Dari segi jampi serapah, berdasarkan apa yg di lafazkan uleh bomoh, jikalau ianya ada melibatkan pujian selain dari Allah dan meminta selain daripadaNya ianya di larang..Jikalau bacaannya dan perbuatannya berdasarkan Quraan dan Hadis,,nyata ianya wajib di guna pakai.
  Berdasarkan kajian perubatan moden masakini, 13 ribu tumbuhan di hutan tropika sekeliling kampung kome,telah di terima pakai dalam perubatan moden..Tetapi mengikut petua lama yg telah diterima pakai uleh org Melayu lama, 2 ribu ke 3 ribu spesies tumbuhan di hutan kome boleh di gunakan sebagai perubatan tradisional...Patutlah kome lebih sihat dari urang di bando, tak payah kome minum dan makan jenis tumbuhan yg di jadikan ubat..,,cukup sekadar menghirup bersihnya oksigen yg di bebaskan pukok2 tersebut, sihat rohani dan jasmani kome.
  Pada zaman penjajah dahulu rawatan "Alopati" telah bersaing hebat dengan perubatan Melayu kome, kerana ianya lebih saintifik dan lengkap kajiannya...Tetapi kerana kekuatannya bomoh dan petua waktu itu, perubatan melayu mampu di kekalkan, bomohnya mengubat bukan kerna nama, bukan bekerja sepenuh masa sebagai pengubat, tetapi kerana keiklasan untuk menolong dan bertawakal. Petuanya ketika itu jelas dan nyata, kuat dalil akalnya...Kini perubatan melayu makin di lupakan, bomoh pupus, susah nak cari bomoh sebenar...Kerana bidang perubatan melayu telah di lupuskan dengan wujudnya homeopati, naturopati dan bermacam pati...padahal cara ini telah diamalkan uleh orang kampung berabad lama..tapi ianya perlu di amalkan di negara luar dahulu barulah Tanah melayu membeli dan mempelajarinya kembali setelah bomoh dan petua di biarkan lupus tidak di bela dan di pelajari..Telah banyak teknologi perubatan melayu di perkenalkan sekarang setelah mungkin, kita telah menyedari kos perubatan moden yg mahal sedangkan kalau kite pelajari perubatan lama, teknologi perubatan kita makin berkembang dan murah harganya..
   Begitulah pendapat kome tentang ilmu pusaka melayu yg di lupakan untuk mengejar sesuatu yg tak pasti dan kome keciciran teknologi dan sumber ekonomi yg kome dah ada,,,kome tak pertahankan, kome merendahkan ilmu dan teknologi orang melayu,,merendahkan martabat sendiri..,Kome sudah tak de bomoh, kalo ada pun "tok bomoh ekonomi" yang buleh menurunkan nomboi ajaib..,,dan bomoh ekonomi negara yg menilik loji nuklear itu selamat dari godaan toksidnya dan untungnya berjuta..,Apakah kite masih ada bomoh yg mengubat kemandulan mangsa nuklear dan adakah bomoh yg boleh berserapah jampi memastikan anak2 generasi nuklear tidak cacat lahirnya?

Senduduk bercabang laluan jalan,
Dikerat orang berbuat sugi,
Kome mengusul untuk kajian,
Supaya melayu tak lagi rugi...;;

  
  .
 

Thursday, May 5, 2011

Basi sudah nasinya..,

     Semerbak bau tanakkan nasi beras Basmati, menaikkan selera dan nafsu untuk mentekedarah/melahap/makan dengan rakus,,Baunya yang harum mengimbau kenangan, betapa segar baunya beras kampung, padi huma yang boleh di makan begitu saje bergaul dengan garam..,atau mau di sulamkan dengan sambal tempoyak/asam rom dan berulamkan "pegaga"..Itu pun kalau ikan jalaan  semalam sudah kehabisan, tetapi selalunya ade sokmo ikan "Kawan" kering yang menjadi pengiring juadah yg sederhana dan segar serta rendah kandungan "kolestralnya".....sihat, pengemarnya berbanding dengan pengemar makanan segera, KFC, McDonalds, yang buleh di katakan mempengaruhi diet/gaya pemakanan generasi sekarang...nok buat camna Nasi berlauk dan air kosong, kekadang buleh jadi mahal dari makanan brand/cop/jenama "import" tersebut..Tapi ianya tidak buleh di jadikan isu, sebab ianya sudah basi, dan tidak hangat lagi..,
    Bila kome ingat pasal "kebasian"/lupus tarikh/sepayednya(expired), kome teringat pasal cerita pencemaran sungai yg buleh di anggap isu yang basi dan biasa dalam pembangunan sekeliling tempat kome..,Sikap perikemanusiaan kome, telah memandang pencemaran sungai dan penghakisan kawasan tadahan hutan sudah basi...dan tak perlu di ungkit, kerana tiada kome nampok manusia yg lemas dan mati dengan pencemaran ini....Sikap kebinatangan kome juga, tidak bersua dengan ikan menggelapung/terapung-apung tercungap2 di permukaan sungai dan tidak kelihatan bangkai2 gajah di depan mata ,dan monyet yg mati akibat di susukan...Padahal bila air tercemar dan tidak mencukupi, kome akan tau di saat itu, kome akan menyedari rupanya air yang di cincang akan terputus juga akhirnya.
    Dalam sedar atau tidak banyak juga slogan2 "kepatriotikan" kite telah di basikan, "bahasa jiwa bangsa" kita.., Di kedai mamak di Kolumpo mamak amik order dalam bahasa asing, nak tidor di hotel, check in/ dalam base asing...,Kalo tak pandai base asing di Kolumpo, kome akan di pandang dari kasta yg berlainan..,Bagaimana kome buleh rasa macam rusa masuk bando dengan bercakap base Melayu di Tanah Melayu, rasa pelik..Tak ke bahasa menyatukan kite semua di tanah melayu yg majmuk ini..Agama memang tidak di nafikan syarat pertama penyatuan masyarakat, bahasa antara perkara yg harus dlm penyatuan bangsa2 1Malaysia...atau mungkin slogan ini juga, akan basi menjelangnya musim mencipta slogan untuk pilihanraya yg akan datang,,
    Begitu kome bangga dengan alam sekitar, sungai, bahasa, budaya dan bangsa kome namun,.kome rasa pencemaran semua halkoh/halkah/element ini, akan menyebabkan kerugian besar, melebihi kerugian jumlah undi,..."Basi sudahnya nasi" ,sudahlah basi di buat pula bubur,,Inilah nasi yg bakal di makan oleh generasi datang,,nasi yang basi sudah jadi bubur... Kerana setiap pencemaran dan kemusnahan yang berlaku adalah perkara basi belaka...,,
 
  Bertanak nasi beras kampung,
  Harum baunya bertambah selera,
  Bukan di tilik bukan di tenung,
  Kotornya sungai membawa celaka.....

Sunday, May 1, 2011

Hari ini dalam sejarah..,

   Sejarah tak mungkin berulang, akan lapuk di telan zaman..Namun mengenang sejarah seperti merenung asalnya diri, menyedarkan diri supaya berpijak di bumi nyata, daripada hanya merenung tingginya langit untuk di gapai..,Menyuntik semangat mahu kekal merdeka akal/mentaliti dan fizikalnya, serta menyanjung budaya dan adat yang menjadi sejarah darah dalam daging kome. Kome mengenang sejarah Laksamana Mat Kilau dan Datuk Bahaman yang mengadaikan nyawa demi kemerdekaan agama,akal, adat dan budaya serta negeri Pahang ini..,walaupun kome bukanlah cucu-cicitnya, tapi berkemungkinan ade bau2 durian,,mungkin bau durian kuat sangat..cukuplah di katakan kome ini asalnya sama sedaerah dengan makamnya Mat Kilau dan sungai inilah kubunya yang terakhir beliau bertahan..Itu kaitan kome dengan Laksamana ini, kome tak tau sangat kisohnya keturunan "bendahara, temenggung dan yang lain2....Pemahaman sejarah kome, bendahara ini di tukarkan ganti sebagai bendahari pada zaman ini, yang mana kerjanya mengira duit aje...Mungkin kerana keturunan bendahara tersebut terdiri dari mata duitan.
   Hari ini dalam sejarahnya, kome membeli beras dari Jerantut..,kalau di beli di kedai di kampung harganya telah berbeza..,ini kerana kos pengangkutannya..,atau dasar ekonomi kapitalis...Begitu juga dengan keperluan yang lain, gula,garam,ayam,daging dan lain2. Hasil pengeluaran kome dari kampung ni hanya getah dan sawit...Hasil2 ini tidak mungkin menkayakan kome hingga kome buleh lantik apatah lagi membayar gaji untuk bendahara...Hasil madu lebah, gaharu, rotan dan lain2 dari hutan sekeliling kome makin terhad akibat dari penebangan hutan...Jadinya makin kurang duit kupi/side income kome.
  Hari ini dalam sejarahnya, kome dah pun buleh memulas stereng kereta, tak perlu lagi menjunkit/menjongket enjin. Tak perlu lagi kome menggala/menampal perahu, tak kisah lagi bergalah, berkayuh...Tidak perlu lagi berdonek/berjalan/bersiar2 sekeliling kampung sambil menziarah dan berhumeh/bercerita dengan taulan dan jiran....,Amalan itu, adalah sebahagian dari riadah yang menyihatkan badan, kalo gon/kau urang tak percaya gon tengok statistik jangka hayat penduduk kampung dahulu dan sekarang..,Makin ramai orang kampung zaman sekarang yg ada kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya..Adakah perubatan moden kurang berkesan? atau gaya hidup yg berbeza dalam sejarahnya?
   Hari ini dalam sejarahnya, kome meraba siput di sungai untuk santapan malam, dengan kail yang sejengkal menduga lubuk yg dalam, menjerat napuh dan rusa untuk kenduri kendara sekampung. Kekeruhan sungai, tidaklah dapat kome meraba siput kerna takut teraba ulor/ular berbisa, berdepa panjangnya kail kome tak akan menduga lubuk yang tohor,,,..dan jerat kome, tidak akan membingkasi/menjerat walaupun pada rusa yg terlupa dimana perangkapnya, kerana hutannya yang main mengecil.
   Hari ini dalam sejarahnya, tiada lagi rancangan di Radio dan TV Malaysia rancangan khas selama 5 ke 10 minit berceritakan "Hari Ini Dalam Sejarah", yg menceritakan pembentukan Tanah Melayu, menceritakan perjuangan dan kekuatan orang melayu. Sebaliknya, kome di kampung di pertontonkan "Akedemi Fantasia" siang dan malam di mana dari akalnya/mentalitinya ianya di tiru dari program barat "American Idol", X factor dan sebagainya...Adakah ini sejarah yang mendewasakan kite yg dikatakan kaya dengan adat resamnya..Merdekakah kome dari segi agama, akal, budaya dan adatnya? Adakah Malaysia sudah ketandusan sejarah untuk di pertonton dan di ceritakan kepada generasi baru?

Menghilir bendahara bersampan kolek,
Singgah di Merting berlombong besi,
Sejarah melayu susunannya molek,
Beradatnya kini di jual beli......lupe nok letok pantun semalam..surik semua!