Friday, December 30, 2011

Lengit main Lamperit..,

    Musim katak mati katak akibat mengawan dalam musim pejur/hujan beransur hilir ,hanyut dengan lumpur darah, bukit dan gunung yg terluka akibat tebasan mahkluk rakus...,Lumpurnya ada yg tersangkut di kuala, bersarang di lubuk dan melekit, menutupi gebu putih pasir di tebing sungai ini, yg menyukarkan Kerik(Cengkerik) mengali lubang untuk beradu di dalam pasir dan bernyanyi menandakan giliran mereka pula untuk mengawan menggantikan katak,,Bersarangnya Kerik di pasir, memudahkan kerja pengail dan penaut, mencari umpan..Lumpur selutnya sama tebal dengan merahnya turapan denai laluan budak yg bermain Tas(sorok-sorok) dan Lamperit( lari-lari) di petang hari,...Permainan Tas tidak sesuai di mainkan di waktu petang, kerana sedikit bahaya kepada kanak2 untuk menyorok di waktu petang,,Orang tua dahulu mengatakan berkemungkinan di sorok "hantu kopek".
   Lamperit merupakan permainan yg meminta kepantasan larian, boleh di mainkan di kawasan yg besar mahu pun di bawah rumah tradisional yg tinggi tiangnya,,Rumah yg di bina mengikut piawaian banjir tahunan, rumah yg tidak menyekat laluan air...Tidak seperti rumah konkrit yg tidak menyerap air, yg menjadikan ibu negeri Indepura ini di serang banjir,  yg menjadikan Proton yg di banggakan negara terapung- apung seperti pelampung jaring di hulu negeri Inderapura yg makmur ini,,Mujurlah Sg. Lembing tidak menikam kan limpahan marahnya.
   Lamperit di mainkan dengan kumpulan yg ramai, 10 org kanak-kanak merupakan ahli yg sedang elok di mainkan..,Sebagai permulaan, semua pemain hendaklah meletakkan jari Telunjuk di atas tapak tangan salah seorang dari ahli pemain..Dan pemain tersebut akan menjeritkan "Lamperit!", setiap pemain hendaklah mengangkat/menarik jari telunjuk dari tapak tangan Si Penjerit perkataan Lamperit. Pemain yg terakhir yg mengangkat jarinya atau jari telunjuknya di tangkap dalam genggaman tapak tangan pemain yg membuat jeritan lamperit akan menjadi Si Pengejar kepada 9 pemain yg lain.
   Apabila Si Pengejar sudah di iktiraf,  9 pemain yg lain hendaklah lari daripada di cuit/di tampan/di sentuh oleh Si Pengejar...Seandainya mereka dpt di cuit, maka Si Pengejar harus bertukar status kepada orang yg di cuit...Tetapi untuk menyelamatkan diri dari Si Pengejar, pemain yg lari boleh duduk dan Si pengejar hendaklah mencuitnya, dan si pelari yg duduk tidak boleh bangun  dan kembali lari, seandainya, salah seorang dari 8 pemain yg lari dpt mencuitnya/menampannya...
   Seandainya ke 9 pemain sudah tidak dpt lari, dan kesemuanya duduk untuk menyelamatkan diri dari menjadi pengejar dan di cuit Si Pengejar..,Pengejar akan menjerit "Lamperit" sekali lagi...Dan kesemua pemain hendaklah berdiri, pemain yg berdiri paling lambat atau berdiri sebelum perkataan Lamperit habis di lafazkan,  akan di istiharkan menjadi Si Pengejar yg baru. Begitu juga di permulaan permainan, seandainya semasa jeritan Lamperit di laungkan, seandainya ada pemain yg mencabut jari telunjuknya, dari tapak tangan sebelum perkataan Lamperit habis di laungkan maka beliau akan jadi Si Pengejar.
   Secara ringkasnya, Lamperit permainan yg menyihatkan fizikal, secara mentalnya ianya mengajar ketahanan, kesungguhan dan kekuatan untuk semua pemain bebas berlari dan duduk, ketika perlu rehat dan selamat...Tetapi tidak bila kome jadi Si Pengejar, kalau tidak cukup stamina dan cekap mindanya, kome akan jadi "Lengit", kalau Mat Saleh kabo "Loser". Menjadi pengejar sampai ke akhir permainan..."Lengit main Lamperit"...Seperti kome yg di kampung mengejar kemajuan...Letih mengejar, penat mengharap, jemu menanti...Kampung sudah tidah seindah dulu, senyuman tidak iklas di gulis, beramah tamah tidak di rindu, pantun dan santun tidak berbaris sabdu...Ini kah lambang majunya Melayu?

Bermain congkak duduk bersimpuh,
Congkak di main di tengah laman,
Bersama kekal Melayu yang utuh,
Bangsa kan megah zaman berzaman.