Saturday, April 30, 2011

Hati yang rosak...,

  Hati adalah organ terbesor dalam tubuh badan, kalau rusok hati, rusoklah seluruh badan...Bila sakit hati, minda kome akan di dorongi rasa maroh, gerong, benci dan bertindak di luor kawalan akal...Bila keras hati, kome tak kan terima pandangan orang lain,..Bila kecik hati, kome rasa macam merajuk, rasa terhina atau di pinggirkan,..Bila hati kering, kome jadi berani berbuat apa saja,..Bila hati berbunga, jadilah besar hati atau bangga..,Bila hati terluka, kome rasa macam tak mboh/tak mau bercinta lagi...
  "Hati" kampung kome adalah sungai kome. Sungai adalah sebahagian besor dalam kehidupan kome, kome di besorkan di pinggir sungai, sungai tempat kome mencari rezeki, sungai yang membawa kome hilir menyaksikan kemajuan dan mempelajarinya....sungai tempat kome bermain, walaupun kome tak sehebat "Nurul Huda Abdullah" yang mengondol pingat emas, tapi kome rasa sungai kome adalah tempat yang paling strategik melahirkan perenang2 negara.., Yang paling utama, sungai adalah tempat kome membersihkan diri, bersuci hadas kecik dan beso, menanak nasi dan berwuduq...Kebersihan air yang digunakan mempengaruhi 70% kualiti kesihatan manusia...sihat ke badan kalo mandi,basuh sayur dan daging serta bertanak nasi dengan air yang kutor? Lagipun air adalah keperluan asas, ianya sumber asli yang tak buleh di gantikan dengan sumber tenaga keluaran nuklear yg kosnya berbillion. Apatah lagi mengorbankan sungai untuk prujek jalan raya yg kosnya juga berbillion dan akan di baiki setiap 5 tahun..,,abis begitu saje lah duit kerajaan yang sepatutnya di gunakan untuk rakyat dan bukan untuk kuntrekter yang bertinggek menunggu kuntrek!
   "Hati" kome orang melayu adalah budaya, organ yg terbesar dalam masyarakat melayu.., Makin kurang tolong menolong, lenyap sopan santun, hilang sudah langkah gayungnya, sumbang sudah syair dan keroncongnya, serta pupus sudah kampungnya melayu, dimana ianya tempat budaya bermastautin, diasaskan dan tiada nilai materialistik sesama penghuninya..,,hancurlah hati bangsa melayu bila ini tiada lagi. Tiada menda lagi yg melayu boleh banggakan, walaupun bahasa di istiharkan jiwa bangsa, tetapi nyata ianya hanya tinggal slogan seperti juga laungan2 slogan yang lain....
   Manakala "hati" tanah Malaysia ialah orang Melayu, organ  terbesar(penghuni/penduduk) terdiri dari urang melayu kebanyakkannya...,Rosaknya melayu, akan menungkikkan/menjatuhkan Malaysia..,Keruh hati kome bila melihat "hati yang rosak"...Hati kampung kome iaitu sungai telah pun kutor, keruh, belumpur dan sokmo tengkujuh....Hati melayu iaitu budayanya, telah di pinggirkan uleh bangsanya sendiri, di hina di jijikkan uleh kaumnya sendiri...Dan hati Malaysia, bangsa melayu...,tak banyak yang di melayukan lagi.., Tak hilang di dunia, tapi hilang adat dan budayanya!

Tengkujuh di hulu keruh di hilir,
Tohor di lubuk berlumpur di kuala,
Tuan kaya kome si fakir,
Terus menduga minta di bela.

Sunday, April 24, 2011

Kertas Sempadan Maruah..,

     Lawo ungu warna bunga kertas yang di tanam berbaris, menandakan sempadan laman rumah kome dengan laman orang. Sempadan yang menunjukkan hak ke atas tanah, atau lebih halus di katakan "kawasan persendirian". Kampung2 lain cuntohnya, felda, felcra dan "Kg Yg Hanya Tinggal Nama"menanam pukok bunga kertas ini di pintu gerbang, yang juga menunjukkan sempadan pintu masuk di kampung tersebut..Sempadan yang memisahkan kome dengan jiran, sempadan yang menunjukkan kampung kome lain, gon/deme/kau urang punya kampung lain. Lain rasanya tempoyak gon dengan kome, lain juga dengung dan idghamnya ketika berkata-kata..,Terhad menda yang boleh kome lakukan bila melintasi sempadan, mat saleh kabo dasar "red tape"(birokrasi), yang bermaksud seolah-olah meletakkan tali tape merah untuk menunjukkan sempadan, dan hanya dengan dasar dan undang2 tertentu sahaja urang boleh melintasi tape tersebut.
  Secara jelasnya dasar ini, kome lihat dari sudut matawang setiap negara yang berasingan, kalo dulu kome di Tanah Melayu ini menggunakan duit batang pisang sehingga sekarang di gelar Ringgit Malaysia, Dollar Singapore, Peso, Rupiah dan lain2 lagi. Apabila kite melintasi sempadan negara, kome tidak lagi buleh menggunakan RM kome, begitu juga jika pendatang datang ke negara kome, mereka mesti guna RM di sini. Itulah birokrasinya, kite melepasi sempadan dengan menukarkan nilai dan panggilan duit.
  Bila sebut pasal duit, ianya menggariskan banyak sempadan/birokrasi/red tape di antara hubungan sesama manusia, kampung, bandar, negeri dan negara. Sempadan sesama manusia sudah tentulah di lihat dari banyak dan sedikitnya duit yang di miliki uleh seseorang. Kalau banyok, sudah tentu dia di hormati, di kenali, di beri kuasa, di sanjung dan sebagainya....kalau sikit duitnya, paham2 aje la, nok jemput orang pergi kenduri pun, mungkin tidak ramai yang sanggup datang.., apatah lagi urang nak datang bertamu ke rumah minum teh sambil berborak di bendul.
  Duit juga menyempadankan kampung, Kampung di hilir dari kome "kertas sempadan maruah" deme adalah berdasorkan pelancongan. Urang Kitak, kaum Batek...,masuk kampung mereka mesti di bayor wang tunai lebih kurang RM15 seurang..Urang sanggup pergi naik bot...,Deme/mereka yang mengamalkan cara hidup budaya nenek muyang mereka..,tidak lagi perlu ke hutan..WOW! Gaya hidup deme ada harga?...Kome urang melayu, berbudaya..akan di ejek, di kutuk ketinggalan zaman, di katakan mahu hidup seperti zaman susoh, kolot?. Walau pun kome akui, budaya menguatkan bangsa, bahasa dan negara.
    Budaya kome, tolong menolong, bersatu padu, sopan santun dan bermaruah. Kini, kertas buleh beli sempadan maruah kome..,Kome tak kisoh budaya kome yang keruh seperti Sungai Pengor, kering seperti air bukit lentun, belumpur seperti Sg Tembeling...dan hanya jernihnya di air Sg. Tahan. Kome rasa serik hidup berdero/bergutong ruyong, penat rasanya menulong urang menuai padi, keghi/keri/tak daya menambat kerbo walaupun itulah sumber yang menaikkan nilai RM =Ringgit Maruah negara.

Lipas di tangkap mengumpan Lawang,
Lawang di taut di tukar ganti,
Bersatu padu hidupnya senang,
Nilainya bangsa tak buleh di beli.

Tuesday, April 19, 2011

Menahah "Lukoh"

   Lukoh(lukah) ialah sejenis alat menangkok ikan di kawasan air tawo. Ia sesuai digunakan di tempat seperti tali air, sungai dan parit. Lukah berbentuk seakan-akan seperti bubu. Ia diperbuat daripada bilah rotan atau buluh yang disusun dan diikat hingga menjadi seperti sebuah bekas. Lukah mempunyai saiz panjang lebih kurang satu meter dengan garis pusat lebih kurang 20 hingga 30 sentimeter. Di bahagian hujung dalong lukah terdapat lubang untuk membolehkan ikan masuk di mana terdapat bilah rotan yang runcing dan tajam yang disusun menjadi seperti kon di sepanjang laluan ikan. Ini menjadikan laluan tersebut semakin sempit dari lubang yang pertama sehingga lubang yang kedua. Terdapat jejari tajam pada bahagian hujung lubang yang kedua. Ia bertujuan untuk mengelakkan ikan daripada terlepas keluar melalui lubang yang sama. Ikan yang masuk sehingga melepasi lubang yang kedua akan terperangkap di bahagian dalam lukah. Terdapat juga lubang yang berfungsi untuk mengeluarkan ikan daripada lukah pada bahagian paling hujung lukoh.
           
Gambo dan mukadimah dari Warisan Budaya Malaysia website....,
  
     Dari segi kemajuannya, lukoh masa ni hanya di pamerkan di muzium, seperti juga perkakas adat resam melayu yang lain. Kalau doh perkakas, pakaian dan adam resam melayu sudah di muziumkan, kome terpikir mungkin satu hari nanti org melayu pun hanya buleh di lihat cuma di muzium,,,macam kome tengok binatang kat Zoo aje. Kalau binatang kat Zoo di tempatkan di sana bukan sebab tak de hutan, tapi orang melayu di muziumkan sebab tanah sudah tergadai!
....Cara menahan lukoh boleh di katakan cara mesra alam, tetapi kerana kekurangan ikan, lukoh jarang berjasa..dan kerana jumlah tangkapannya yang sangat rendah, ahli-ahli bijak bangang, telah menukarkannya kepada mengebom dan mengaren(elektrik)..Kerana kepandaian,kekreatifannya deme mewujudkan cara ini, dapatlah mereka naik haji 7 kali setahun dan gelaran "Dato".
   Dari segi sejarahnya, orang dulu2 menahan lukoh dengan hanya berkain lepas/basahan..kekadang, bila deme menahan lukoh, kainnya tersangkut pada pungkor....lalu ini akan melukohkan(tertanggal kainnya)si penahan lukoh.., Selain itu kome masa ni di kampung jarang betul menahan lukoh, seboknya tak de orang buleh buat lukoh..dan kome lebih suka bercerita pasal orang melukoh di kedai kopi. Kekadang rancak berburok pasal menda melukoh tak sedor kain sendiri terselak dan luas lukahannya...begitulah kome, yang ibarat melukoh di air yang keruh.
      Dari segi pengetahuan umumnya, melukoh menjadi agenda dalam politik, dalam suratkhabar/tv/internet dan penulis seperti kome. Yang kome tak tahannya, menunjukkan gambo org melukoh boleh di kira sebagai memberi pengajaran dan teladan. Kome tak buleh cerita banyak pasal melayu yang suka tengok melayu melukoh dan suka melukohkan orang...kang di katakan kome ni "pembangkang". Tiada niat nok berpolitik, sebab ianya memecahkan belahkan melayu. Tetapi sebagai rakyat kome boleh bersuara dan memberi pendapat, sebagai contoh, loji nuklear semua orang tahu ianya bahaya, adakah ianya idea pembangkang? Kome rasa, mungkin deme yang berkuasa mempunyai kuasa sekuat "Si Badang" yang memakan muntahan antu air yang mencuri ikan yang telah dilukoh/bom/tuba olehnya. Kalo itulah sekuatnya, seiring lah kome dengan negara diktator.

Menahan lukah di air keruh,
Lukah di tahan mengena tilan,
Melayu beradat bersatu teguh,
Takkan hilang di telan zaman.


    

Saturday, April 16, 2011

Pangkahan yang dibus..,

 Musim bergasing dah masuk, musim memangkah dan memusing..riadah yang sihat, tak de menyebabkan "physical contact"/tertempuh/bersentuhan dengan lawan kome, cara perlawanan dan permainannya...Cuma gasing yang berlaga dan berpusing..,Zaman dulu, gasing ni terlebih kalau di katakan ianya seperti "world cup"...,gasing di buat oleh pelarit gasing yang tinggi kemahirannya..,seperti saje Nike membuat kasut bola khas Wayne Rooney untuk world cup.,,Istemewanya gasing, di lihat dari segi pusingnya yang tidak gelatat( berpusing separuh melompat), lama ligat pusingnya, liuk/condongan ketika berpusing, berpusing menido(berpusing tegak) dan bagus kayu buatannya.
   Untuk memulakan perlawanan yang terdiri dari 3 pemain, "Perjodayan" yang bermaksud ketiga-tiga pemain, akan memusingkan gasingnya serentak, dan gasing yang paling singkat berpusing, akan di kira sebagai "Pacat". Manakala yang kedua singkat berpusingnya akan di gelar "Menteri"...dan semestinya yang lama berpusing akan menjadi "Raja".
  Fungsi si Pacat adalah memusingkan gasingnya untuk si Menteri membuat pangkahan,,Dengan cara melontarkan gasingnya, ke arah gasing si Pacat yang sedang berpusing. Si Menteri hendak lah memastikan pangkahannya mengena, dan gasingnya berpusing seperti biasa dan tidak "Tuyong"/(berpusing dengan kepalanya gasingnya di bawah) dan memastikan gasing pacat berhenti berpusing...Apa bila si Menteri sudah memangkah si Pacat ,, giliran si Raja pulak akan memangkah si Menteri,, Biasanya gasing nya si Menteri, yang berpusing nyawa2 ikan saje doh, akibat dari berlagaan dengan gasing si Pacat,...Raja mestilah memastikan gasing si Menteri, mati berpusing dengan pangkahannya,..serta tidak tuyong gasing si Raja berpusing.
 Moralnya, dari permainanan gasing ialah ,melatih tangan supaya kuat menebas, pada zaman dulu. Selain dari itu, apabila kome menjadi Si Raja dalam permainanan gasing, kome selalu risau "pangkahan yang dibus"(tak mengena) dan "tuyong". Kerana secara automatiknya kome akan jadi pacat, yang kerjanya cuma memusing gasing untuk di pangkah..,jadi untuk menjadi si Raja yang kerjanya hanya memangkah, kome kena bagi penuh tumpuan dan kemahiran ketika memangkah, supaya tidak dibus lagi!

 Gasing di lilit di pusing ligat,
 Pangkahan layang tepat mengena,
 Hidup berbudaya beriadah sihat,
 Nilai bangsa teguh terbina.

Friday, April 15, 2011

Sekapur sirih

  Bunyi berdesik di junjung pukok sirih, lawo rimbun daunnya, tinggi junjungnya, bentuk daunnya berbentuk hati...patutlah daunnya di hias buat junjungan di hari persandingan.,di buat salah satu bahan hantaran, bentuk hati pada sirih melambang banyak hati yang bergabung menjadikan ianya, satu junjung yang cantik iaitu perkahwinan.
   Bila tengok daun sirih, teringat kome pada orang tua-tua lama yang meninggalkan kome, Al -fatihah kepada mereka yang pegi dulu sebelum kome. Moga di tempatkan bersama orang-orang yang beriman. Sudah tak ramai orang melayu kita yang makan sirih masa ni, apatah lagi yang boleh menilik dari daun sirih, meramal macam nujum pak belalang, tapi bukan menurun nombor. Tapi zaman dulu, sirih berpengaruh dalam bidang perubatan..kome ingat zaman kecik dulu, menengok budok kecik kena sembur dengan sirih. Habih bersembur air liur si bomoh bersama sirih yang di kunyah di sembur kepada budak kecil yang bermasalah.,,merah satu badan..tapi kekadang menjadi, senyap sungguh budak yang menangis. Tak tau apa punca, yang kome dengar Bismillah mulut si Bomoh..jadi bacaan tersebut dan daun sirih menjadikan cara bertawakal dalam mengubati seseorang pada zaman yang susah mendapatkan "Panadol"..atau pun kalo bahasa kome di kampung ni, "kalo demong makan lah ubat "KK"..yang kome rasa bermaksud Kementerian Kesihatan ataupun istilah lain yang di gunakan pada "Pain Killer" tersebut.
     Bila tengok daun sirih, teringat kome pasal bagaimana orang dulu2 bersosial, sebelum adanya radio, tv dan internet...orang tua2 dan muda, yang mana gemor makan sirih..,akan duduk berkeliling dekat bekas sirih..banyok boraknya sambil mengacik pinang, banyak nasihatnya masa mengapur sirih, banyak petuanya di turunkan semasa mengunyahnya, dan ada jenakanya semasa mengepat air sirih dalam mulutnya. Kekadang sampai berlenja-lenja/berlejis-lejis/tumpah air liurnya kerana berkata-kata sambil mengunyahnya.
       Bila bertandang ke rumah taulan juga sirih akan di jadikan salah satu hidangan, sambil bertanya khabar dan berziarah, teh O, rebus ubi kayu dan pencuci mulutnya ialah sirih. Bagus untuk senaman muka, menguatkan gusi,,kalah chewing gum, dari segi khasiatnya kome makan sayur hijau yang mana chewing gum akan merosakkan gigi.
 Banyak kaitannya daun sirih ni dengan gaya hidup kome di kampung ni, dalam peribahasa kome guna sirih. Sekapur sirih, mesti berjaga berapa colekkan kapurnya, berapa belahan pinangnya, berapa cubitan gambirnya...agar sirihnya tak terlalu kelat, kapurnya tidak membakar lidah.
  Sekapur sirih seulas pinang,
  Pinang muda tersangat malan,
  Adat melayu perlu di sayang,
  Budayanya lembut hidup bersopan.

Thursday, April 14, 2011

Terima kasih Si Hud-Hud..,

  Orang berbudi kome berbahasa, orang memberi kome merasa..Tidak dapat di nafikan lagi, ternyata sah dan benar, kepelbagaian kaum di Malaysia, menyerikan dan memeriahkan lagi negara ini. Kome orang melayu, banyak menerima daripada memberi, walaupun kome tau tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima..,tapi itu sudah adat kome turun menurun, sudah sebati dalam darah daging kome. Kome memberikan hak kome, memperjudikan maruah kome, mempertaruhkannya dengan niat yang pepeh akan datang melayang dan yang bulat akan datang bergolek.
 Kepandaian si hud-hud berniaga, kepintaran si Geetha dan Rama membelitkan kata-kata menjadikan kome makin berilmu dan pengalaman dalam mempertahankan budaya kome di kampung ,supaya menyayangi bangsa kome sendiri sepertimana yang di tonjolkan oleh mereka. Kome saksikan, naga menari setiap kali tahun baru mereka menjelang, kome dengarkan gendang mereka sekeliling bandar Jerantut menghebahkan kematian mereka, kome nampak warna warni mereka silang bersari, cantik sungguh budayanya, indah sungguh pakaiannya, berseri sungguh upacaranya.
  Kome ke Kuantan baru-baru ni, sebab terdengar satu sesi berdialog dengan syarikat tertentu, tentang pembinaan loji nuklear di Gebeng. Ada 300 ratus perserta yang hadir, dan hanya 5 orang melayu. Apa pun sesi itu di batalkan, sebab Si hud-hud sudah naik marah dengan prujek tersebut. Yang pelik, PKNP, yang di terajui oleh urang melayu telah meluluskan tanah kepunyaan mereka untuk di jadikan prujek tersebut,,,manakala si Hud-hud yang bersemangat sayangkan tanah air dari di toksidkan telah memberontak..Murahnya nilai silat gayung orang melayu..bila di war2kan prujeknya untung berjuta, maka kite pun sokong walaupun, anak cucu kite nanti terpaksa berumah dalam sisa toksid.
   Beginilah kome di Kampung ,si Hud-hud tak de, semuanya urang melayu dan orang asli, bila yang berkenaan nak buat apa2, tak perlu tanya kome di kampung, deme buat aje ape yg deme suka, walaupun yang akan menanggung risiko ialah kome yang duduk di kampung di atas apa yang deme buat...Tapi kerana kain pelikat, dan tajaan umrah, duit puket dan kuntrek, biar lah kampung tergadai.....

Loji nuklear cetusan pemikir,
Mahu di bina di tanah Pahang,
Sudahnya melayu jadi fakir,
Kerana tanahnya mahu di dagang....

Monday, April 11, 2011

"Yang Babi" betul

  Riuh bercempior/berkeliaran lebah terbang dari pukok Tualang, terkancos Enggang yang terbang sejoli, yang tidak buleh terbang sama tinggi bersama pipit. Hiruk-pikuk kera dan tupai menegur, mengeliot sang ular dan biawak2 menyusur tebing dan hilang di celoh pokok kelambu rimau dan senduduk..luruh berderai daun pukok merbau.,.serta terkeraba kome di kampung dari di lamun mimpi2 indah dan tidur yang selesa dan nyaman, sebab tidur berbantalkan lengan seperti kome ni sebenornya lebih lena dari tidur orang yang berbantalkan emas. Walaupun rumoh kome, rumoh kayu, atap rumoh daun cucuh, tapi rumoh kome sejuk..tidak menyerap haba panas waktu tengah hari dan membebaskan haba panas tersebut pada waktu malam, yang mana tidak menyumbangkan kepada peningkatan suhu kepanasan dunia, yang makin panas suhu dan kerenah penghuninya...
  Kekalutan dan kekecohan yang menyebabkan kome dan haiwan2 di sekeliling tidak selesa dan tenteram, apabila bunyi menggerapok balik bukit di sekitar kampung, bunyi seperti lori, seperti gempa bumi yang menggegarkan kome. Sebelum ini kome mengeluh, merintih, merayu dan memohon pihak2 tertentu menghentikan pembalakan kerana sungai kemegahan kome Sg.Tembeling dan Pengor serta sungai2 yang sewaktu dengannya telah tercemar dan tohor/cetek...kome mengeluh dengan air sungai yang jarang sekali jernih, kome merintih kerana sungai yang kerap tengkujuh akibat musnahnya tadahan hujan, kome meratap kerana anak2 kome bukan lagi tidak mengenali jantan betinanya ikan di sungai malahan jenis ikan pun tidak di ketahui, kome menyesal kerana kome tidak lagi mampu membuat perahu kerana kepupusan pohonnya.
  Ternyata kehendak kome, tidak di kira sebagai kehendak rakyat, mungkin kerana majoriti kome yang tak ramai di kampung ni...ataupun mungkin kome ni bukan golongan yang harus di UTAMAkan...atau mungkin kome ni bukanlah sebahagian dari 1 Malaysia..
  Bila terjadinya kejadian seperti ini kome teringat zaman kome bercucuk tanam ubi kayu dan berjagung..kome berdero menebas menebang dan memerun,di tanah yg dikatakan rezab melayu..lepas tu, sikitlah punya susahnya menjaga dan membesarkan tanaman kome ni....setiap hari ade saje kesan di sondol, saban waktu ada saje batang yg patah...jenuh kome menghaweh/berteriak untuk menghalau binatang ini, tetapi binatang ini babir/degil, bernajis dan kelakuannya menjihekkan/menjijikkan..hasil tanaman kami di musnahkan....Yang ni la babi, perangai dan tabiat seperti babi, tak reti bahasa orang, tak reti jerkahan dan kebencian orang, apatah lagi permintaan orang..tapi itu "Yang Babi" betul..
  Tapi itu dulu, binatang itu yang kami halau, herdik dan benci...tapi sekarang nak kami halau, bukannya binatang..,di bicarakan, di syorkan, di pohon, di rayu..di terangkan akibat yang akan terjadi dan telah terjadi akibat dari penebangan hutan., tak dilayan!..Kome tak daya nak dengar cerita pembalakan ini lagi, dan kome tak mau lagi rezab kami orang melayu di terokai oleh tukey2 keparat!..,sebabnya tanoh yang dulu kami pohon, belum diluluskan, tetapi kawasan pembalakan semakin lama semakin banyak dan luas telah di luluskan dengan sewenang-wenangnya!

 Pokok meranti lurus meninggi,
 Sungkai layu bawah naungan,
 Balak di tebang kome yang rugi,
 Tolonglah kome yang berkenaan.....

Saturday, April 9, 2011

Asam Rom yang mancas

Bunga perah merah aje nampoknya di tepi tebing sungai, lereng bukit dan semua kawasan yang sama iklim dan semusim dengannya. Lawo sungguh musim ni, pokok jado memutih bunganya, gio/ria ikan bador dan ikan2 lain hak memakan bunga/ulat dari pukok jado tersebut...Dier/cicada hak yang hijau/hak yang beso tu pun bernyanyi girang, menambohkan lagi kemeriahan, keceriaan dan keindahan kampung kome.
    Buah peroh dan getoh ialah bahan wajib diperlukan oleh kome di kampung ini untuk membuat "Asam Rom"....Asam rom peroh dan getoh tak banyok bezanya, janji bila masok asam rom buat berledot/pekat sikit kuohnya..Tapi ade yang kabo asam rom biji getoh mungkin kelat dan pahit sikit..,ade yang kabo, asam rom peroh tak kuat rasanya sebok buohnya tak banyok getoh,,apapun itu pilihan dan citarasa setiap manusia yang berbeza..,cara nok buat buah peroh/getoh ni bertukor menjadi asam rom, mengambil masa sedikit, dan bergantung kepada cuaca, ade orang kabo, silap buat tak sedap dan membolehkan seseorang itu mabuk asam rom. Itu resepi hanya orang kampung yang tau,,bukan susoh nok membuatnya..tapi memerlukan kesabaran dan kesungguhan untuk membuatnya dengan betul dan berkualiti.
  Setelah melalui segala proses pembuatan asam rom tersebut, kena pulok tau cara memasoknya..yang ini, kome tak simpan rahsianya, sebok ini jalan bisnes..kalo kome bagitau gon cara buat dan memasoknya asam rom ini...tak laku la asam rom kome untuk di pasarkan...tapi kalo kome bagitau cara memasoknya., hari ini juga gon akan, ke pasaraya Aktif di Jerantut untuk membeli semolo/balang/botol dan mencubanya...doh ade ke di jual di senun?..hmmmm, yang aku nampok, urang kampung beli bekalan makanan di senun...,hasil kampung tak de lagi di pasorkan di senun..kalo ade pun mungkin di pasor Jerantut...,tak pe,janji produk kampung kome mula dapat di pasarkan.,,dan mendapat perhatian di daerah kome ni..daerah Jerantut.
  Bahan yang perlu ada untuk membuat asam rom ni ialah Kunyit hidup..kalo kunyit serbuk buleh juga,,tapi kepekatan asam rom akan rasa seperti bertepung, mungkin di sebabkan serbuk yang di gunakan...daun Kesing, ini menambahkan lagi aroma dan memecah deria bau pemakan sekaligus membuka selera deme semua....kalo buleh buat pedas skit,, dan tumbuk asam rom, bagi halus..supaya dianya tak de kelat dan pahit..dan kuahnya senang jadi berledot/pekat....Asam boleh di masak berampai/sayur campur atau di letak ikan.
  Cara memancaskan asam rom ni, lebih kurang dengan cara hidup kome di kampung,,,untuk memancaskan hidup kome di kampung ni, kome perlukan bahan2 yang segar...udara yang segar, air yang bersih,.seboknya, kome rasa bila badan bersih berpunca dari makanan dan keadaan sekeliling yang bersih, hati kome akan jadi bersih, otak kome akan jadi cergas...,kome harap, kome jadi kampung pertama dalam daerah Jerantut ni boleh mengamalkan kitar semula dan mesra alam, sebok itu yang pihak kerajaan inginkan, negara bersih rakyat sihat...
  Bila semua bersih, jiwa pun bersih, maka amalan kome pun bersih....bila semua bersih dan sihat, maka hidup kome pun akan mancas..,semancas asam rom yang kome masakkan!

Asam rom perah campur ikan,
Asam rom getah berpucuk lembut,
Azam kome jaga kebersihan,
Untuk memancaskan satu Jerantut.
  
 

Thursday, April 7, 2011

Matinya katak bawah tempurung

Bruk..brek..bruk..brek lagi ari kita,,lepas hujan riuh-rendah bunyi katak, harmoni sungguh, sihat bunyinya,..Bukan bunyinya aje yang sihat, katak yang berbunyi tu pun macam gembira aje..Tak tau apa yang di gembirakan...,Mungkin gembira masa mengawan/berbajing/berkacut atau mungkin juga, hujan menyebabkan katak selamat dari di makan oleh ular..Macam lagu "bangau oh bangau"..Kenapa pulak kalau hujan, ular tak buleh makan katak? Apa idea katak itu yang memberi alasan bahawa beliau memanggil hujan sebab ular nak makan beliau..,Kerana ular besik(takut) air? atau ular tak pandai berenang, atau ular tak kan lapar bila hujan? .Tetapi sebetulnya katak berbunyi lepas hujan...Masa mendung pun, katak tak yang berbunyi..Kalau benar katak berbunyi untuk memanggil hujan kerana ular mahu memakannya, kome rasa lebih selamat kalau katak itu bersembunyi bawah tempurung.
  Tapi, kebarangkalian katak itu mempunyai akal yang lebih bijak dari kome,..Kalau dia menyorok bawah tempurung hanya kerana untuk berlindung dari ular, dia mungkin akan mati kelaparan di bawah tempurung tersebut, dia juga akan terlepas peluang melihat keadaan di sekelilingnya, dalam erti kata yang lain..,Tak kan katak nak lepaskan peluang hidup yang hanya sekali ini...Lagipun tiada apa yg buleh di ambil iktibar dan tauladan sekiranya si katak hanya mahu menyembunyikan diri di bawah tempurung...mungkin dia akan terlepas waktu mengawan yang mana membolehkannya mengembangkan zuriat si katak,,apabila katak tidak pupus tak de la nyamuk pun melampau banyaknya.
 Melihat populasi katak dan nyamuk, seperti melihat turun naiknya harga barang...kenapa banyaknya katak? kerana kurangnya populasi nyamuk/serangga lain..,,jadi, dalam harga barang, kenapa harga barang naik? kerana kurangnya pengeluaran, tetapi permintaan berlebih-lebihan..maksud nyamuk sikit, cam na katak nak hidup? dah la dok tunggu nyamuk/serangga bawah tempurung....sepatutnya pegi la kepaya, ke kebun getah atau di mana sahaja lokasi nyamuk/serangga berada.
 Kome di kampung ni begitulah, kami makan beras siam,,kadang beras basmati, beras keluaran malaysia lagi mahal dari beras import...masalahnya, kuat ke ekonomi negara apabila makanan ruji yang membesarkan rakyat malaysia tak mencukupi? kita bukak berjuta hektar tanah sawit, untuk beli beras? makanan dengan duit pun tak buleh nak beza?..memang sawit mengkayakan....seandainya beras tak cukup, bolehkah kite rebus sawit menggantikan ubi kayu macam zaman penjajah dahulu dan menggantikan tenaga nasi yang kite mentekedarahkan? Sememangnya menyenangkan ada duit aje, kite hanya perlu beli beras, tapi untuk jangkamasa panjang..kite bukan sahaja akan menghadapi krisis gula, ayam, kita juga akan menghadapi masalah makanan ruji...., ikutlah saranan kerajaan bercucuk tanam, berternak dan berniaga,..kerana itu yg nabi kerjakan, boleh bantu negara, merendahkan kos hidup meninggikan nilai negara!
Katak jantan nok "seround",
kata betina kata "wait",
kampung bukan macam "town",
Nak kencing pun kena bayor singgit.

Wednesday, April 6, 2011

Mencari lapang jala..,

Doh masuk bulan 4, pukok ari nampok hitong lagi...hujan tak menentu, ikut kajian cuaca..cuaca tak menentu sampai abis bulan disebabkan oleh gempa bumi di Jepun. Mungkin benar, mungkin tidak itu cuma ramalan. Di kampung kome bila air turun naik macam ni, peluang nok gi menjala tu tak de, sebok lapang jalanya tak de..tak kan nok tebor tengoh pungkor..,jenuh nak membubuinya. Bukan aje lapang jala yang tak ada, lapang taut, aran dan lain2 juga tak de...yang ada mungkin lapang jaring. Kome bukannya tak suka ke orang menjaring, keknya...dari sudut pengagihan ekonomi dan pengawalan penangkapan ikan,,jaring ni buleh lah di jadikan sebab utama pemupusan ikan dan juga monopoli dalam ekonomi. Contohnya gini, jaring di umpamakan kuasa, makin besar jaring makin berkuasa..makin halus lubang jaring makin banyak ikan yang di tangkap...hhmmmm kalo nok terang lagi, orang yang mempunyai kuasa akan memonopoli ekonomi untuk diri sendiri.
  Kome kabo tak de lapang jala tu, maksud yang sebenornya rezeki kome mahal...bila ari tak menentu, tak buleh kome nok menoreh, tak buleh kome nak memunggoh sawit untuk di jual..abih buah sawit buruk begitu hal aje..semua hasil kome tak dapat di keluarkan....dari segi realitinya penjala ikan macam kome ni bukan saje bergantung pada cuaca,,tetapi juga berdasarkan undang-undang dan peraturan..,kome tak buleh nok tebor jala tak tentu pasal masa ni,,silap2 gaya akan di saman dan di dakwa..kami tak merungut walaupun lapang jala kami di hadkan..demi kebaikan dan pemuliharaan sungai kome,..yang kami merungut, ikan di sungai kami ni kalo setakat jaring,taut dan jala susah skit nak pupus..tetapi ade kumpulan tertentu yang mengaran dan mengebom ikan di sungai2 ini, apa daya kami, kami cuma urang kampung...deme ade kuasa dan harta buat la apa yang deme suka, itu jawapan yg paling optimis!
 Bila air surut, lapang jala kome luas sikit, banyak pulok tu tempat yang nak di tebor, keknya air surut sungai keruh lagi..tak nampok puok2 ikan rong dan batu ulu mengilat...macam mana kome nak mengintai ikan mengilat, seboknya kalo tebor di kawasan ikan mengilat ni, sekali tebor aje..dapat doh lauk makan tengah hari dengan malam...entohlah bila sungai nok jernihnya..sejam 2 jam hujan pun doh keruh...bukan aje keruh, terus jadi tengkujuh, bila la rezeki kome nok muroh...mungkin lepas jalan tar siap kot..dan mungkin lepas hutan yg di tebang telah di pulihkan oleh pihak yg bertanggung jawab..ermm ginila hidup kome si penjala..,kekadang macam mat jenin berangan sambil memanjat nyior..keknya bila jalan tar dan hutan doh pulih esok tak kan kome nok menjala lagi...doh tentu yg berkuasa akan suapkan kami nasi..tak payah pikir cam ne nak cari lapang jala lagi!
 Pergi menjala di Lubuk Lenting,
 Ikan tak dapat penuh sampah,
 Sungai kome sangatlah penting,
 Jangan lah gon buat tak kisah!

Monday, April 4, 2011

Salam dari Kampung

Assalamualaikum..,
 Sejahtera hendaknya gun semua, tak banyok kabonya dari kampung kome..macam mana dengan kampung gon? Tok 4 kampung gon bila habih kuntreknya? Tok 4 kampung kome tak tau bila dia abih kuntreknya,,keknya gayanya sibuk dianya mengejor kuntrek...maklum la "part time" aje keje Tok 4 tu..,keje penuh masanya kontraktor kelas F,G ke A1 ke tak tau le pulok!
Tak saloh ke deme juga, menda gaji tok 4 muroh., tak kan jadi tok 4 bawok krete wira aje, lambat la pulok nok gi mesyuarat...Tengok krete YB, sebok itu dia jadi YB..mesyuarat kat mana-mana aje dia lepas, senang nok berurusan dengan orang kampung,,krete kecik2 kang tak lepas pulok, jalan licin..kena guna Power Drive, sebab yang power2 kena pakai menda yang power2, kalo tak macam mana nak tunjuk power dan menggunakan power dengan sepower-powernya.
Goner masjid kampung gon? Masjid di sini adalah dengor bunyi azannya setiap kali maksud waktu..,,tapi jemaahnya, tak tau la, mendanya gi ke masjid hari jumaat aje, tu pun kadang2...lagipun hari jumaat cikgu-cikgu ngajor nak hilir, kena hanto deme hilir..sekolah mungkin habih awal skit hari jumaat tu, cikgu ngajor di kampung kome ni, tak de gayanya sayangkan kampung,,,nak buat goner doh orang bando..,hari minggu balik la ke bando..berjemaah hari jumaat bersama orang kampung pun, cikgu dah tak sempat...maklum la kena ngilir dengan bot...tak mampu gaji cikgu nak pakai power drive, walaupun dalam pagor sekolah penuh dengan lecoh, sebok cikgu nok parking krete power drive deme dekat rumoh..doh tu apsal pulok kena ngilir dengan perahu lagi?
 Goner cerita permohonan tanoh di kampung gon?..macam mana lah kite ni nak menang sorak tanah tergadai..,minta2 tanah tak pernah lulus.,.tanah yg ada pun, ada yg kena amik untuk prujek buat jalan..tak pe kome orang kampung berkorban untuk kemajuan..macam mana kerajaan nok luluskan tanah, yang ada pun semok hutan berdaung...tu yg kerajaan tolong kerat2 kan kayu balak tu..bagi terang skit tanohnya..,kerajaan ni cerdik, deme buat jalan, sambil tu tebangkan hutan2 untuk menerangkan kawasan yg hutan berdaung menjadi hutan "mengkirai".,sambil nyelom minum air la demenya...jadinya makin lama deme menyelom, mungkin makin banyak air yg di minum...sebut pasai air..., sungai kampung kome ni keroh memanjang..makin tohor pulok tu...goner sungai kampung gon? Kome pening juga ..jalan raya bawak pembangunan, air di cemar tiada yang heran?..jangan pulok tercicir ape yg di kendong untuk mengejor kemajuan yang di sokong.."ade air ade kuasa"..ade duit pun ade kuasa...duit dengan air, orang kampung kabo..duit lagi..ada duit buleh beli air!

 Salam kome dari kampung,
 Untuk deme melepas rindu,
 Amalan kome bergutong ruyung,
 Bagi kuntrek kome sapuuuu!