Jaring Prof Penaut bekah/koyak lagi, jaring yang menjerat banyak Temelian, Patin dan Tapah. Jaring yang sukar untuk di buboi atau sirat( Jahit dan jalin) semula. Bukan seperti Jala Rambangnya yang senang di buboikan. Bukan kerana Prof Penaut malas untuk membaikinya, tetapi matanya yang sudah beruban keningnya, mulai kabur...,Anak dan keturunannya, sibuk menjaring di 3G yang di katakan lebih maju dari membuboi jaringnya. Jaringan 3G lebih pantas menangkap ikan, hanya di hujung jari,...Yang mana membuboi jaring Prof Penaut menggunakan kesepuluh jari yang ada...Dan Jaringan 3G mengasyikkan tak seasyik jaring Prof Penaut yang menjerat ikan untuk keperluan khasiatnya kepada otak dan tubuh badan keturunannya...Prof Penaut merebek/merungut, mencelakakan Resing yang mungkin telah membekahkan jaringnya menyebabkan keturunan Prof Penaut, tidak berminat dengan jaringnya yang kosnya stabil,.. dan tiada kos tersembunyi di kenakan untuk menjaring dimana sahaja lubuk yang ada, tanpa risau akan pemancar/signalnya terputus dan tersangkut tetapi mungkin teliban/melintang terlingkup terbalik perahunya melawan arus.
Mata tautan Prof Penaut awah/bengkok...,Tidak dapat di gunakan untuk menaut lagi...Sumpah seranah Penaut pada Resing semakin menjadi-jadi,..Sangkaannya Resinglah yang mengawahkan mata kail tautnya, bukan sahaja ikan yang di ambil tautnya rosak, patah jorannya,,Dendam Resing kepada Prof Penaut tidak seteruk itu, walaupun ia adalah seekor binatang, sifat berperikemanusiaan tetap wujud. Bukannya Resing sahaja penyebab rosak taut beliau, tengkujuh yang menghanyutkan dahan dan ranting tersangkut di tautan Prof Penaut. Penaut tahu, bila arus kemajuan dari tengkujuh berlaku, maka banyak pungkar(Dahan/atau batang kayu hanyut dalam air) yang hanyut, yang mungkin juga akan menghanyutkan sampan koleknya,,Yang mungkin juga meruntuhkan pasir di tebing, tempat Keremut(ulat yg jadi kumbang) yang di gali, oleh Prof Penaut untuk di jadikan umpan yang paling bersih, yang tiada bahan toksik yang boleh menaikkan kadar pencemaran sungai. Prof Penaut merebek, seandainya dapat di tangkap Resing itu, akan di pisahkan cengkerang dan isinya, untuk mengajar Resing, yang sudah pasti susah untuk di tunjuk ajar, patutlah perangainya Resing kurang ajar.
Rawai( Tali yang di pasang banyak tangsi dan mata pancing) kusut masai, kusut yang tak mungkin terhurai seandai tiada sifat sabar...Kusut yang menyebabkan umpan rawainya tak di makan, kusut yang mengsia-siakan kerja rumit Prof Penaut. Darah Prof Penaut naik, dengusan rengusannya semakin mengurangkan Iman kesabaraannya. Tabiat Resing di cela di caci...,Resing di anggap merentap tali rawainya yang mungkin tersangkut, gesak/tercekik mata rawai ketika mencuri ikan Prof Penaut. Mata rawainya awah/rosak, tangsinya kusut dan tangkapannya jadi habuan Resing. Kalaulah Resing boleh di ajar, sudah tentu Prof Penaut akan mengajarnya dengan membakar Resing hidup-hidup, agar terpisah cengkerang dan isinya, biar melecuh lemak, lemak berkhasiat badannya hasil dari curian ikan Prof Penaut. Prof Penaut tau, sungai tak tentu alirannya deras, berpusar ketika air tengkujuh. Lubuk lapang rawainya tak selalu tenang, bergelora berombak mengikut pasang surutnya air.
"Merebek Penaut Jalanan" bukan kerana bosan dengan kerja-kerjanya sebagai penaut, malahan menaut adalah riadah yang sihat di samping menambahkan pendapatan hariannya...Bukan juga kerana arus tengkujuh yang tidak ketentuan malahan makin acap kali di dunia akhir zaman ini...Bukan kerana makin banyak pungkor yang hanyut hasil dari pembalakan yang memewahkan cucu cicitnya dengan jaring 3G yang sempurna tapi perlu di buboi 27 jam sehari....Bukan kerana arus sungai yang berubah-rubah mengikut peredaran banjir dan zaman...Bukan kerana keruhnya air yang mengurangkan bekalannya untuk manusia yang memerlukan jalan raya, elektrik dan 3G dan Raja Kertas lebih dari air. Rebetan/sungutannya pada Resing yang mendiami sungai ni berabad, berkurun lama masih lagi tidak mahu membuat taut dan rawai sendiri, yang mencuri ikannya, yang memutuskan tautnya, yang membekahkan jaring dan jalanya.
Menaut Lawang di hujung tanjung,
Taut berumpan biji getah,
Melayu itu tak pernah sombong,
Lembut bicara jarang peda'ah.