Thursday, July 28, 2011

Belang cicit Sebarau..,

 Melompat mengelica/huru hara ikan bador dekat lubuk yg tenang, dimana ketenangannya boleh di sangka tak de buaya di dasarnya sungai kome ini, sungai yang kini menyusahkan kome menangguk di air yg keruh kerana tidak di ketahui apa yg bakal kome tangguk...Ikan bador yg cuba menyelamatkan diri dari ikan yg kome rasa adalah ikan karnivor sungai...Atau mungkin juga ikan ini memakan buah Ara atau Jambu air..tidak di kaji dan tidak di ajar semasa kecil sehingga besar, tapi kome di dedahkan dengan documentari dari saluran TV tempatan kome, tentang ancaman kepupusan ikan Salmon yg di import dari luar negara, tapi kome yg menyaksikan betapa banyoknya jenis ikan di sungai ini yg pupus tanpa sebarang dokumentari. Kepupusan Jelawat, Temelian dan lain2, seolah-olah cerita lagenda yg tiada berkubur,, yang mana tidak seperti legendanya Hang Tuah ada makamnya. Bukan kerana si ikan2 di sungai ini golongan Jebat derhaka seperti kome..Tetapi kerana kome semua sibuk mengejar mimpi, hinggakan realitinya, rasa kurang enak ikan2 yg di berikan ramuan serbuk makanan baru tidak di sedari,... Ara, Jambu Air, Bunga Jada, Mempena serta buahan liar dan serangga yg lain, tidak lagi cukup khasiat untuk melemakkan ikan2 sungai lagenda ini...
   Ikan Sebarau, tidak sehebat Kelah yg di iktirafkan sebagai Raja Sungai kerana kekuatannya melawan handalnya kail, yang mana..,sekarang beberapa kawasan di sekitar sungai yang di lindung dan pelihara telah menjadi istana tempat Si Kelah beraja,dan mengilatkan sisiknya yg merah keemasan, untuk meningkatkan rasa cinta terhadap ikan itu, kome di kampung sanggup tidak makan kelah, tetapi ianya masih tidak mendapat hak untuk cerita Si Kelah mencelah dalam intisari rancangan TV negara,.
 Si Sebarau juga tidak sebisa Baung yang sengatnya mengilukan, membengkakkan. Baung berkulit licin, selicin kulit dara yg mandi berkemban, yg bersih apabila di basahi dengan basuhan lembut aliran sungai.., berbeza dengan kulit si dara yg mandi air, yg perlu di pulas kepalanya paip, untuk mengeluarkannya dan di bilas dengan pancutan klorin yg terpaksa di basuhkan dengan sabun jambu asli yg mengandungi 90% minyak kelapa sawit...,
 Ikan Sebarau juga tidak secantik Ikan Kaloi, yang tradisinya di kaitkan dengan kejamnya ibu tiri.., Yg menjadikan harga Bawang Merah dan Bawang Putih turun dan naik,,Sebabnya tiada galakkan untuk kome bertanam bawang, atau tebu yg menjadikan kami terus mengimport bahan makanan. Ikan Kaloi boleh di siul, betul siulnya timbul Si Kaloi...Senang di jumpai di kawasan berpungkor(Kayu/tunggul di dalam air), di air tenang,
  Ikan sebarau tidak seperti ikan Sikang, mulutnya luas tapi tidak seluas Si Sikang, Sikang ikan yg berbentuk tirus, besar kepalanya di pengaruhi oleh kebesaran dan keluasan mulutnya, dan menirus ke ekornya. Senang di pancing kerana mulutnya membinasakan si Sikang, yg mudah tersangkut apa juga jenis mata kail,..keluasan mulutnya bukan lah kerana dia banyak mulut atau mulut yg tiada insurans, tetapi kejadiaannya si Sikang memenuhi kitaran semulajadi dan kehendak sungai kome ini. Maha Suci Pencipta!
  Ikan Sebarau berbelang di tengah, gaya, sakatan dan gertakannya terhadap ikan yg lain menunjukkan seolah-olah Si Sebarau adalah pemegang talipinggang hitam. Belangnya cuma satu melintang di tengah badannya, tidak sebanyak belangnya Rimau, yang mungkin mati meninggalkan belang. Matinya sebarau akan bermakna sesuai untuk resepi "Gulai Busuk" yang menjadi kegemaran seluruh kampung kome. Belang Sebarau dan "belang cicit Sebarau" tidak pernah lupus, sama seperti kome di kampung, samping melayu kome tetap sama, kome tak kan memakai samping kome di kepala..,Sebarau dan penghuni sungai ini, tidak mahu lagi pungkor yg boleh mengeruhkan dan mengeringkan sungai ini..Kome tak mahu lupakan jasa sungai ini, seperti gon/kau urang di Kolumpo lupakan jasa Sungai Klang yg telah mengkayakan Malaysia dengan hasil bijihnya! Sebarau juga tidak mahu di elektrikkan untuk menggelarkan diri mereka, orang yg mahu memimpin.

Sebarau menampir di cegar deras,
Berlaga Temelian di musim banjir,
Semalam melayu di minta cergas,
Bangkitkan budaya yang terpinggir.

Tuesday, July 5, 2011

Tempoyak yang berlainan..,

     Durian kini tak lagi bermusim, malahan ianya di lihat seperti buah ruji, yg sentiasa berada di pasaran sepanjang tahun. Mengikut maklumat tertentu, negara kite mempunyai 200 jenis durian klon atau kacuk. Dulu kalo musim durian, kampung akan menjadi meriah, semua sanak sedara, rakan taulan akan ke kampung merasai nikmatnya durian yg segar, dan menyucikan minda dengan kesunyian dusun durian yg di selang seli dengan bunyi bergerbokkan(bunyi menda jatuh) durian...Gio/ria/gembira amak, suasana ini walaupun tak sampai beratus jenisnya durian kampung, tapi setiap pokok mempunyai rasa yg berlainan, kejang(isi yg kejun/keras), kekuningannya dan kelihekan/rasa melekit itu bezanya. Yang kome ingat durian tembaga itu aje jenisnya, jenis lain tak berapa ingat doh...Tetapi bentuknya durian kampung dapat di bezakan dgn durian kacuk.
   Setelah kome mengkaji bezanya citarasa dan buahnya durian, yg seperti juga kome di persisiran Sg. Tembeling ini, berbeza ragam atau kebanohnya...,Sudah tentu lain orang, lain pandangnya belalang,..Apatah lagi ,ada yg merasakan "kekampungannya Hulu Tembeling adalah kekolotan", jadinya kampung2 ini ,perlu di ubah menjadikannya ianya tidak kampung lagi. Walaupun kome tahu, keutuhan dan kekuatannya bangsa Tanah Melayu di hulu ini, ...Kome masih beradat melayu, kome tak berkelahi sebok parti, tapi kome mungkin berkelahi sebok tak dpt kuntrek...,Kome tak berkelahi sebok bunyi mutor/kereta anok gon/kau urang bising dan laju..,Tapi kome kelahi sebok anok kome bermain dgn anok gon di dalam repuh/semak seharian.,,Kome seperti bulu ayam, carik2 yg akan bercantum semula..Tapi mungkin tak seperti air yg di cincang,..tak berbayar bil, yang akan di potong pembekalannya!
    Tempuyok adalah hasil utama daripada berbezanya durian, yang bukan saja berbeza rasanya di setiap kampung,, beza juga rampai campur masakkannya...Cuntohnya tempuyok di Temerloh selalu di campur daun Kesum yg menjadikan tempoyak di sana sedikit kelat, ianya kekadang buleh di lihat dalam tempuyok di Jerantut yg mana sepatutnya di bubuh daun Kesing mengikut pengaruh dari Tempuyok kome di kampung. Tetapi mungkin org bandar tidak menyukai aroma dan hancingnya atau tanginya rasa daun Kesing. Begitu juga dengan ikan yg di letak dalam gulai itu, Di Jerantut dan bandar lain yg ada resepi tempoyak biasanya meletakkan ikan patin sangkar/kolam, atau ikan kembung, talapia dan lain2.,Tapi klasiknya tempoyak kampung sudah semestinya ikan Lawang atau Juara yg di panggil urang di bando..,Dengan berampaikan ubi kayu untuk melikatkan sedikit kuahnya Tempoyak.
   Dari segi bezanya, bahasa perkataan Tempoyak ini, kome buleh nampak bezanya dari segi sebutan dan dengungannya. Di hulu kampung kome, di panggil 'Puyok', kemudian di hilir sikit, 'Tempuyok' di kampung kome 'Tempoyoq' di bandar senun 'Tempoyak'...dan di Jepun sana mungkin di panggil 'Tempayaki' di Italy di panggil 'Tiramisu' dan negara lain masih belum dapat di pasarkan baunya, hasil dari bezanya durian ini. Warna-warna tempoyak juga berbeza, ianya mengikut bagaimana jingga warna kunyit dan durian yg di jadikan tempoyak,,Mungkin di Jerantut kuningnya kejinggaan,,menunjukkan cukup matang, segar kunyit yg di lumatkan...Lain dari warnanya di Kampung kome, yg menggunakan kunyit serbuk cap gajah, sebok kome dah maju dan serbuk kunyit tak payah di lesungkan batu lagi.
   "Tempoyak yang berlainan" walaupun ianya masih di gelar gulai tempoyak, namun bezanya macam langit dan bumi.Seperti kome melayu yg moden, yg lupa asalnya akar dan benih kome., Durian yg asli, cara kercoian(memisahkan isi dgn biji durian), kunyit yg di semai, lada yg di petik, lemaknya ikan, dan mengkalnya(kembang dgn elok) ubi kayunya menjadikan resepi ini mempengaruhi rasa, bau dan selera. Kome pikir org kampung harus seperti usul asalnya tempoyak, walaupun apa kacukannya, mana menetapnya kini, tinggi pangkatnya, jutaan gajinya..,Kome tetap melayu, kome beradat melayu, bersopan dan berbahasa...Dan yg klasik, Tempoyak adalah darah daging yg mengalir dalam saraf Melayu kampung kome ini..

Durian Belanda asalnya jauh,
Bawak bekal bersampan kolek,
Diri tersedar bila terjatuh,
Melayu beradat sangatlah molek.