Dari putik menjadi bunga, dari bunga menjadi buah..,Raja segala buah, di nobatkan berkurun lama, ditakhtakan oleh setiap pengemarnya, di agungkan ketajaman durinya, di gemilangkan kewujudannya, di terbilangkan jenis keturunannya, di daulatkan baunya, di beritakan musimnya, di resepikan pelbagai gaya, rupa dan rasa....Di asamkan supaya tahan lama, di gilis dan mengilis buah Timun yang akan menjadi mangsa, itulah antara kelebihannya. Berputik bunganya tidak di pucuk dan daun, bunga mencolot/tumbuh pada dahannya, dan terkadang pada batangnya, jarang sekali pada rantingnya, sudah tentu keajaiban kejadiannya adalah kerana pucuk dan ranting tidak mungkin akan bertahan kuat untuk menjadi pautan Raja Buah untuk membesar ranum.
Setibanya musim bunga, Si Kumbang akan merapatinya, Sang Kelicap menghidunya, Si Lebah bermesra dengannya, Sang Tupai menunggu hasilnya pendebungaannya. Beribu jenis burung, berjuta jenis serangga menyumbangkan tenaga bekerjasama memastikan bunga Si Raja Buah tidak lekang dek panas yang berdering-dering(terlalu panas) tak lapuk dek hujan yang mencurah-curah tidak ketentuan musimnya, seperti juga musim pendebungaannya, yang menghasilkan benih yang baru menyambung martabat sebagai Raja segala buah,,Kerjasama ini memastikan rasa Raja buah cukup masinnya, sederhana manisnya dan tangi baunya. Tanpa sentuhan Si Lebah mungkin manisnya menjadi payau, tanpa paruh Sang Kelicap mungkin masinnya tidak rata....Yang pasti tanpa Sang Kumbang sudah tentu bunga Raja Buah tiada pasangannya,...Menguntum bunga tidak berbuah seandainya tiada Kumbang yang ingin mendekatinya...Kumbang seekor belum tentu berbaka andai bunga tiada madunya.
Berminggu-minggu menguntum hasil putiknya, Raja buah akan memutikkan buah, yang belum ada isinya, tidak kuat durinya, tidak kukuh tangkalnya. Sekali lagi pembesaran buahnya bergantung kepada cuaca dan berharap agar Sang Tupai sabar menunggu hasilnya. Kekuatan buahnya berpaut pada dahan memerlukan karbon dioksida yang di serap oleh daunnya agar tangkal teguh membesar, memegang buahnya agar tidak gugur tanpa isi...., Mengharapkan akarnya menjulur ke tanah menyerap air dan segala garam galian yang menajamkan dan menguatkan durinya agar isinya dapat di jaga dan di lindungi sehingga ianya masak ranum dan tidak kerang/keras isinya. Pucuknya menjulang menadah panas matahari untuk menghasilkan klorofil yang boleh mencerna baja-bajaannya dan melindungi Raja Buah agar tidak masak layu lalu terbebaslah olehnya sedawa/sendawa yang mengandungi Oksigen keperluan khalifah muka bumi.
Berbulan berganti, Raja durian membesar nampak sedang elok manisnya, sedang elok di masak manis dan buburkan..,Terkadang sedahan durian menampung berbelas mau pun berpuluh biji luarnya, namun tidak mustahil seulas, sepangsa bijinya yang membolehkannya biji menjadi benih diputera atau diputerikan, tetapi lumrahnya Raja Buah tidak seperti Rambutan yang jantannya berbunga namun tidak berbuah. Sang Tupai mula mengipong/mengigit duri-durinya yang semakin mengeras, agar baunya dapat di hidu oleh burung dan serangga lain yang berkerjasama mengacukkan bunga-bunga menjadi buah, bagi menghebahkan berhasilnya gotong royong/berderau. Musim ini, perlu di hebahkan kepada serangga dan burung, agar semuanya merasa sebelum buahnya gugur ke bumi, dan akan di sondol Babi di kerkah Rimau. Agar buruknya terbuang setelah tangkainya lekang tidak berdaya menampung keberatan isi Raja Buah yang lehek/lembik keranuman....Dan gugur satu persatu menjadi habuan manusia, tanpa mengira usaha serangga dan burung yang berusaha membunga, memutik dan membuahkan Raja Buah.
Musim ini bagai pesta pada Raja Buah.Lesih bersih naungan bawah pohon durian di bersihkan, dentuman gugurnya di nantikan,,,Babi di herdik, Rimau di tempik, Tupai di lastik,.Burung di halau terbang mencicit, Nyamuk, Lebah, Kumbang di asapi dengan dengan Takoi(Cebisan kain batik yg di pintal dan di bakar) matanya perit...Tuan tanah yang tak bergran yang cerdik, mengumpul, mengutip(Menggampong) agar setiap peluh yang tertitik, mendapat hasil gugur jatuhnya Raja Buah tapi tak sakit. Dimana saja kelibatnya kelihatan, Raja Buah yang dulu hanya setahun sekali bermusim dapat di rasa di bandar dan desa...Baunya di sebarkan, rasanya di nikmatkan...Namun sudah pasti musim itu, harus di tunggu...bukan seperti menunggu bulan yang tak gugur ke riba,,,Ianya pasti gugur dan mudah-mudahan tidak runtuh.. "Andai durian sokmo/selalu runtuh" habislah dahannya, luka lah batangnya, kuranglah buahnya...Andainya runtuh berjoho-joho(bertaburan), terkadang belum ada isinya, belum manis di buat bubur, tidak masam di buat tempoyak,Belum ada pangsanya yang boleh di takungkan air dan minum darinya agar kepanasan aura Raja Buah tidak menyebabkan demam tak kebah. Mengharap durian runtuh sama seperti mengharap yang pepeh datang melayang, yang bulat datang bergolek, mungkin di ajar menunggu runtuhnya durian dan bukan gugurnya...Tapi lumrah Raja, memberi pada yang tiada, mencuri tidak sekali.
Gugur durian gugur nangka,
Jatuh terhempap pohon delima,
Bangsa Melayu pandai menjala,
Jangan di tunggu ikan percuma.
kampung adalah harta dan warisan melayu yang tidak ternilai dari segi intelektualnya, tradisinya, sosialnya dan budayanya. Mengenali dan meyayangi kampung adalah mengenal dan menyayangi bangsa Melayu.
Monday, December 3, 2012
Monday, November 12, 2012
Riwayat Merbah Kunyit..,
Basah, lecik berlumpur, ketar menggelogoih mengigil burung Merbah Kunyit kesejukan, kelaparan , kesunyian dari Merbah Kapur yang semakin kecik kelompokkan beterbangan,, akibat dari pemburu haram yang kini tidak lagi mampu meneruskan hidupnya sebagai pemburu haram,, bukan akibat dari beliau pernah merasuah pihak yang berkuasa dan kegiatannya melampaui batas, tetapi akibat tiada lagi binatang lain yang hendak di buru,, selain dari merbah-merbah yang kesejukan di musim pejor/banjir ini. Goreng Berkunyit Merbah Kapur setanding tinggi dan tidak seperti KFC terkenalnya, tapi keranggupan Merbah Kapur ini melupakan Kome/Kami kepada ketinggian KLCC sedapnya, keaslian dan lemak dari merbah kapur bersalutkan rasa Cenerai liar yang di telannya, Manis isinya seperti buah Lember( Buah liar yang manis) yang di hisapnya ketika dahaga berterbangan tersesat di hutan yang terbentang luas, sekecil bahagiannya di dalam hutan yang selalu berdarulkan kemakmuran.
Dengutan bunyi Merbah Kunyit mengasyikkan, makin ghairah nyanyiannya bila terjumpa buah Tanek yang berpokokkan Lekir,, menjadikan makan malam dengan pasangan yang di siulnya sangat istimewa, siulan kedamaian dari merbah terserlah dengan kecantikan kuning kunyit kepalanya..Kecantikannya menjadi pujaan budak-budak liar di reba dan semak denai laluan babi...Babi-babi yang tidak di tentukan dosanya ,hanya kerana ianya haram di makan. Kerana haram itu bukan sahaja makan babi, banyak lagi cara makan haram..Seperti kerja pemburu haram yang tidak haram di sisi agama, tetapi di haramkan undang-undang dunianya,, Yang pasti haramnya tidak seperti perasuah yang tertera dalam kitab mukjizat dan sunnahnya adalah haram. Mungkin pendapatan kecil seperti pemburu, Ayah budak liar yang menggilai kecantikan Merbak Kunyit tidak cukup tinggi untuk menampung mengisi minyak enjin Mariner 15 yang tidak lama lagi akan di tukarkan dengan kereta Rusa yang tidak dapat di bayar dengan harga sepasang tanduk Kijang.
Merbah Kunyit terbang rendah..Tidak serendah Puyuh yang berdengut ketika di pijak ekornya oleh Sang Kerbau..Sewaktu Puyuh bermain sambil memburu belalang yang berkeliaran di padang-padang yang berlainan tapi, sama hijau warna rumputnya. Akibat dari pertelingkahan itu, Puyuh yang menendang rongak gigi kerbau yang kuat, seteguh turus pagar pohon Sungkai yang tidak sewenangnya di cerobohi oleh Kerbau untuk mencuri tebu, yang di tanam di tepian bibir halaman rumah, yang mungkin akan menghasilkan keseimbangan gula di pasaran...Rongak, rompang gigi Kerbau kerana tendangan itu.Kerbau dan puyuh tidak bersahabat lagi, padang itu haram di duduki kerbau dan halal di luasi lalang dan mengkirai, supaya senang puyuh belari... yang menggantikan Meranti yang di tebang untuk membina jambatan menyeberangi sungai yang dilumpuri Siput dan Sejen. hasil dari janji semanis misan tebu..Yang tidak semanis terbangnya merbah berpasang-pasangan...Yang membuatkan mereka berjanji setiap musim pejor dan tengkujuh, Merbah tidak sejuk keseorangan, mereka saling menemani mengeringkan dan memanaskan badan di musim, yang sudah pasti tidak menyelamatkan merbah dari ancaman budak liar, yang menjebaknya untuk mendengar siulannya, yang tidak berbau berahi dari lunaknya nyanyian, yang pastinya lirik Merbah tidak menghayalkan pendengarnya.
Sarang Merbah rendah di perdu Kelambu Rimau, Senduduk, Tepus atau lain-lain pokok yang berdahan rendah..Tetapi tidak serendah pinggang Musang dan setinggi leher Biawak..Yang pastinya sarangnya mungkin serendah sarang Tempua tapi nilainya tidak setanding dengan terhasilnya generasi baru Merbah Kunyit yang sama siulan dan pintar mendebungakan pohon durian bagi melebatkan musimnya seperti juga Lebah yang mengkhasiatkan madu asli. Sarangnya bukan ubat seperti sarang Layang-layang yang terbang bebas tanpa tali dan pegangan...Tetapi keranggupan tulang dan isi Merbah tidaklah setinggi ayam goreng Makdonal kolestralnya terbukti tinggi,,, hasil dari ayam suntikan yang tidurnya tak bersarang seperti Merbah. Sarang Merbah tidak sekukuh sarang Helang yang kini juga makin kurang berlegar di awan mencari ayam yang terkurung malu, tidak lagi mengais sehingga petang mencari jarum emas yang di hilangkan...Antara kitaran yang terganggu akibat dari pertelingkahan mengenai emas, kekayaan dunia. "Riwayat Merbah Kunyit" tidak ketentuan, menjadikan nyata dunia ini bukanlah tempat yang selamat untuk meneruskan kehidupan seperti burung yang bebas...Mungkin akhirat Merbah di hitungkan, biarlah di dunia tidak di kira kitarannya.....
Merbah kapur beraknya putih,
Tahi di kumpul membaja bunga,
Melayu mestilah berhati bersih,
Tak mungkin akan malu di dunia.....

Wednesday, October 17, 2012
Merebek Penaut Jalanan..,
Pasir Galong(Nama tempat) tenggelam lagi..,Pasir yang menjadikan Resing(Labi-labi) masih lagi mencuri ikan-ikan Penaut profesional, kekal keturunannya. Resing mencuri ikan dari Prof Penaut untuk meneruskan hidupnya sambil itu, menyedekahkan telur yang membiakkan zuriatnya, kepada Prof Penaut,.. yang kekadang mahukan tenaga sekuat Resing untuk bergalah, berkayuh melawan arus Sungai Tembeling yang pesat membangun, Prof Penaut kekadang menukarkan menu sarapannya dengan telur Resing bersulam madu, yang selalu bersarapankan telur ayam kampung yang ceding/kurus pehanya, lazat isinya dan kuat tulangnya seperti besi, yang menjanjikan khasiatnya menguatkan tulang 4 kerat Prof Penaut. Prof merengus, walaupun rezekinya tetap ada, walaupun kekadang semua telur Resing di ambilnya menjadikan Resing merajuk untuk bertelur lagi...Kerana sistem "Memberi dan Mengambil" Prof Penaut tidak adil. Berat sebelah, bukan semua ikan di taut Prof Penaut di makan oleh Resing untuk memberikan tenaga kepadanya bertelur. Akan tetapi Prof mengira tali tautnya yg selalunya putus di tarik resing, harganya tangsinya semakin naik dan tidak turun naik seperti sungai yang selalu menenggelamkan tempat Resing-resing untuk bertelur...Yang menyebabkan Prof Penaut merebek/merungut, Resing tak mau lagi berkawan, bergotong royong dengannya...
Jaring Prof Penaut bekah/koyak lagi, jaring yang menjerat banyak Temelian, Patin dan Tapah. Jaring yang sukar untuk di buboi atau sirat( Jahit dan jalin) semula. Bukan seperti Jala Rambangnya yang senang di buboikan. Bukan kerana Prof Penaut malas untuk membaikinya, tetapi matanya yang sudah beruban keningnya, mulai kabur...,Anak dan keturunannya, sibuk menjaring di 3G yang di katakan lebih maju dari membuboi jaringnya. Jaringan 3G lebih pantas menangkap ikan, hanya di hujung jari,...Yang mana membuboi jaring Prof Penaut menggunakan kesepuluh jari yang ada...Dan Jaringan 3G mengasyikkan tak seasyik jaring Prof Penaut yang menjerat ikan untuk keperluan khasiatnya kepada otak dan tubuh badan keturunannya...Prof Penaut merebek/merungut, mencelakakan Resing yang mungkin telah membekahkan jaringnya menyebabkan keturunan Prof Penaut, tidak berminat dengan jaringnya yang kosnya stabil,.. dan tiada kos tersembunyi di kenakan untuk menjaring dimana sahaja lubuk yang ada, tanpa risau akan pemancar/signalnya terputus dan tersangkut tetapi mungkin teliban/melintang terlingkup terbalik perahunya melawan arus.
Mata tautan Prof Penaut awah/bengkok...,Tidak dapat di gunakan untuk menaut lagi...Sumpah seranah Penaut pada Resing semakin menjadi-jadi,..Sangkaannya Resinglah yang mengawahkan mata kail tautnya, bukan sahaja ikan yang di ambil tautnya rosak, patah jorannya,,Dendam Resing kepada Prof Penaut tidak seteruk itu, walaupun ia adalah seekor binatang, sifat berperikemanusiaan tetap wujud. Bukannya Resing sahaja penyebab rosak taut beliau, tengkujuh yang menghanyutkan dahan dan ranting tersangkut di tautan Prof Penaut. Penaut tahu, bila arus kemajuan dari tengkujuh berlaku, maka banyak pungkar(Dahan/atau batang kayu hanyut dalam air) yang hanyut, yang mungkin juga akan menghanyutkan sampan koleknya,,Yang mungkin juga meruntuhkan pasir di tebing, tempat Keremut(ulat yg jadi kumbang) yang di gali, oleh Prof Penaut untuk di jadikan umpan yang paling bersih, yang tiada bahan toksik yang boleh menaikkan kadar pencemaran sungai. Prof Penaut merebek, seandainya dapat di tangkap Resing itu, akan di pisahkan cengkerang dan isinya, untuk mengajar Resing, yang sudah pasti susah untuk di tunjuk ajar, patutlah perangainya Resing kurang ajar.
Rawai( Tali yang di pasang banyak tangsi dan mata pancing) kusut masai, kusut yang tak mungkin terhurai seandai tiada sifat sabar...Kusut yang menyebabkan umpan rawainya tak di makan, kusut yang mengsia-siakan kerja rumit Prof Penaut. Darah Prof Penaut naik, dengusan rengusannya semakin mengurangkan Iman kesabaraannya. Tabiat Resing di cela di caci...,Resing di anggap merentap tali rawainya yang mungkin tersangkut, gesak/tercekik mata rawai ketika mencuri ikan Prof Penaut. Mata rawainya awah/rosak, tangsinya kusut dan tangkapannya jadi habuan Resing. Kalaulah Resing boleh di ajar, sudah tentu Prof Penaut akan mengajarnya dengan membakar Resing hidup-hidup, agar terpisah cengkerang dan isinya, biar melecuh lemak, lemak berkhasiat badannya hasil dari curian ikan Prof Penaut. Prof Penaut tau, sungai tak tentu alirannya deras, berpusar ketika air tengkujuh. Lubuk lapang rawainya tak selalu tenang, bergelora berombak mengikut pasang surutnya air.
"Merebek Penaut Jalanan" bukan kerana bosan dengan kerja-kerjanya sebagai penaut, malahan menaut adalah riadah yang sihat di samping menambahkan pendapatan hariannya...Bukan juga kerana arus tengkujuh yang tidak ketentuan malahan makin acap kali di dunia akhir zaman ini...Bukan kerana makin banyak pungkor yang hanyut hasil dari pembalakan yang memewahkan cucu cicitnya dengan jaring 3G yang sempurna tapi perlu di buboi 27 jam sehari....Bukan kerana arus sungai yang berubah-rubah mengikut peredaran banjir dan zaman...Bukan kerana keruhnya air yang mengurangkan bekalannya untuk manusia yang memerlukan jalan raya, elektrik dan 3G dan Raja Kertas lebih dari air. Rebetan/sungutannya pada Resing yang mendiami sungai ni berabad, berkurun lama masih lagi tidak mahu membuat taut dan rawai sendiri, yang mencuri ikannya, yang memutuskan tautnya, yang membekahkan jaring dan jalanya.
Menaut Lawang di hujung tanjung,
Taut berumpan biji getah,
Melayu itu tak pernah sombong,
Lembut bicara jarang peda'ah.

Monday, October 8, 2012
Diari Tun Penoreh Getah
Musim pejor kembali menghampiri, musim cuti tahunan untuk Tun Penoreh...,Musim beliau menjadi nelayan separuh masa, musim menyetik Merbah yg sejuk, musim yang meyebabkan Asam Rong Tun Penoreh tidak berampai dengan paku yang ampuh/tenggelam bahana musim tengkujuh yang menenggelamkan kebun Paku milik sekampung. Musim yang menjadikan ubi kayu, Kemili dan segala ubi enak di makan. Seringkali tengkujuh menujahkan arusnya tidak bermusim, menyebabkan Tun Penoreh terpaksa mengambil cuti kecemasan, cuti yang tidak memerlukan surat dari Tabib dan Pawang di bukit..Cuti yang tidak menyebabkan cukai pendapatan di naiktakrifkan..,Cuti yg merehatkan pelan-pelan pada pokok getah dari menjadi torehan yang melukakan pokok yang mungkin akan membantutkan kesihatan pokok, yang mengeluarkan bunga menjadi rezeki, lebah dan serangga seangkatannya lantas membantu membiakkan biji getah yg menghasilkan Asam Rom, dimana buahnya juga menjadi mainan lagaan anak-anak Tun Penoreh ketika menolongnya mengutip hasil torehan untuk menyara penyekolahan...Cuti yang melaparkan nyamuk dan pacat yang menjadi setiausaha dan rakan niaga Tun Penoreh.
Seawal pagi, sebelum murai menyanyi mengucapkan salam selamat pagi, sebelum Si Jalak Jantannya berkokok menegur Sang Matahari dan mencetoi/mematuk dan mengais rezekinya yang mungkin akan bertambah seandainya ada nasi lebih Tun Penoreh, ada ubi-ubian yang tidak mengkal/kembang elok di masak di tabur oleh Tun Penoreh..Sebelum embun menitiskan titisan dari daun keladi yang tidak berbekas basahnya walaupun semalaman di basahi embun...Sebelum kabus menghilang di serap cahaya siang..Tun Penoreh bangun, memastikan pejabatnya di buka awal..Supaya torehannya mengalir laju tidak menjadi likat akibat dari suhu kepanasan siang. Pen pahatnya di asah berkilat, tajam utk menandatangani surat dan kontrak yang tertera pada pelan pokoknya.
Sesudah sarapan Tun Penoreh mengenakan jaket yang kalis kotoran bercottonkan sekerap dan tak perlu di dry cleaningkan dan di gosok kemaskan. Berkasut getah buatan tempatan yang tak perlu di kilatkan, hasil dari kontrak torehannya sendiri. Sesudah matahari melemparkan cahaya neon menyuluh jalan yang tiada kesesakan lalu lintas...Tapi memastikan dirinya selamat melintas dari rempitan babi yang membabi buta yang membantu mendenaikan laluannya ke pejabat. Tun melangkah di temani siulan burung-burung. Sesudah menyelesaikan rukun Islam yg kedua dimana memanjatkan doa yang pertama di permulaan hari, Tun Penoreh meredah menuju pejabatnya yang di diami oleh setiausaha dan rakan niaga.
Semasa sibuk mengikut pelan pokok torehan, deringan nyamuk menjadi hawa hiburan telinga, darah di derma sebagai tanda setiausaha yang setia. Nyanyian nyamuk tidak di hiraukan, mata tangan dan seluruh anggota yang di kawal oleh otak menumpukan torehan agar torehan tidak mengena isi pokok..Yang membuatkan kudis pada pokok tersebut akan mematikan dahan-dahan pokok, yg menghasilkan tenaga yang amat diperlukan ketika kenduri kendara. Semasa menoreh dan memungut hasil torehan, pacat menghisap darah yang kotor, yang terlebih kandungan gula dan toksik yang tersisa, membantu kesihatan Tun Penoreh yang suka pada makanan yang manis seperti keturunan Melayu yang lain.
Selepas habis semua pokok di tandatangani penjanjian agar mengeluarkan susu yg putih bersih tapi tak sebersih baunya....Dengan cuaca yang tidak menentukan kesan dari kejadian dunia akhir zaman, Tun Penoreh akan menunggu sambil mengharapkan hujan tidak akan turun, agar susu torehananya yang perlu membeku tidak bercampur dengan air supaya pembekuannya tidak terbantut dan hasil torehan kontraknya tidak akan mendatangkan hasil...Lainlah kalau seperti kerabat Tun Penoreh di hilir sana yang dekat dengan kilang yang boleh di jual susu cair tak perlu di jadikan keju..Tun Penoreh juga harus berwaspada dengan toyol pencuri keju yang pastinya akan bertambah seandainya kemudahan pengangkutan bertambah...Sekarang kemudahananya tidak semudah yang di sangka, Tun Penoreh perlu prihatin mungkin kesenangan penjualan hasil kontraknya bertambah, tapi bertambah juga bil-bil baru yang perlu dilunaskan..,Kos tersembunyi.
Selesai waktu kerja, selesai bermesyuarat dengan berahinya Si Nyamuk yang ghairah punggungnya berisi darah dermaan penoreh....Buncit Si Pacat hasil rasuah Tun Penoreh, darah yang penuh gula-gula...Membantu menurunkan darah Tun Penoreh yang panas, akibat dari cuaca yang panas. Tun Penoreh menyejukkan petangnya dengan berendam meraba siput di sungai kesayangannya untuk makan malam sekeluarga..Sungai yang membersihkan dan menyamakkan dirinya yang tidak terlepas dari najis dosa..Sungai yang melimpahi rezekinya yang memastikan ciptaan Tuhan itu percuma dan mencukupi seandainya ia terus terjaga. "Diari Tun Penoreh" sama sesibuk penjana kemajuan negara yang lain...Terhasil kereta ciptaan negara hasil dari titik peluh Tun Penoreh, cuma kebijaksanaan pelan dan kontrak torehannya tidak di ambil kira..Seandainya Tun Penoreh membeli kereta mengantikan sampan koleknya..Sudah tentu Tun Penoreh memilih kereta buatan Malaysia...Kerana ciptaan luar negara hanya kepada peneraju dan penjana negara yang bijaksana dan bukannya Tun Penoreh yang bekerja seperti kuda!
Pokok getah rimbun daunnya,
Dahannya patah di sambar kilat,
Melayu itu sama duduknya,
Hidup bersama dan sedarjat....

Monday, April 16, 2012
Sealur tak sealiran..,
Jeram Panjang sudah tak sama panjang dan kekadang menjadi pendek...Ukurannya tidak menentu, bermusimnya tengkujuh sepanjang tahun, menjadikan Jeram Panjang tidak seperti Jeram Empai/Ampai yg kini hanya tinggal cegar yg mana Ikan Jengkuar hinggakan terkelesot/kecut bibirnya kesan dari mengikir lumut nipis sebabkan,hakisan dari lumpur dan pasir di hanyutkan oleh kerakusan "Tengku"juh-"Tun"kujuh yg mempunyai kuasa dan amanat supaya pembalakan di pinggir sungai ini perlu diteruskan utk negeri dan negara ini,,,Supaya tiada yg kelaparan emas, perak dan berlian kekayaan,,..Supaya kenyang dengan kemewahan,,..Tetapi yg pastinya kome akan kehilangan bekalan air tulen akibat dari kemewahan itu, kome kehilangan tempat berlaganya Temelian,,..Kome akan hilang kerja sebagai penceduk dan pemunggah air utk keramaian..,,bila datang tuan2 yg telah di per"Tuan"kan setiap kali deme datang sebelum kome membuat pilihan utk bertuankan mereka menjaga amanah "Allah"..,Untuk menjaga wasiat dan warisan,..Untuk memajukan kome yg ketinggalan,,dan telah di janjikan dalam Al-Quraan akhirnya dunia ini akan kekeringan air,,..Hanya Dajal yg akan membawa air,..Mungkin kome suku sakat dajal...Hanya berdiam dan menyepi, menyokong kemusnahannya sungai yg berterusan agar kerja Dajal di permudahkan..
Kewujudannya jeram2 di sepanjang sungai ini, sentiasa deras alirannya, selalu besar ombaknya bila tengkujuh menerjah menghembuskan aliran nafas kotor debu dan tanah, hasil gondolnya bukit.,Menghanyutkan pungkor baru akibat dari Meranti yg tumbang,,kerana mahu di gantikan jambatan perak oleh keluarga wan dan aki yg hidup sepakat duduk sebulatan bukan kekronian...Jeram yg memastikan pahlawan yg mahu Indepura kekal sebagai sebahagian dari tanah melayu. Jeram yg menceritakan banyaknya kematiannya.,, akibat dari kekaraman melaluinya di puratakan seorang setahun..,.bukan 15 org sehari seperti kemalangan., di jalanan tar dengan berlian hasil dari pembalakan.
Setiap kali air bah,,,pasir sudah mesti akan berubah..Itu dongeng orang dahulu,,Sekarang kome tak dpt lihat perubahan pasir setiap kali bahnya di Kuala Lumpur yg musim tengkujuhnya tak sekerap kome di hulu,,,dan deme tak perlu menimba air atau menambat motor dan kereta deme,Setiap kali musim tengkujuh..Dan kome juga tidaklah semewah mereka yg minum dan mandi air yg berbayar sepanjang masa...Kome di kampung di iklankan dan di hebahkan kome dpt tempayan percuma untuk menadah air hujan bila sungai kekeringan..,Alhamdullillah kome tak dapat tempayan pesok/bocor.
Setiap kali tengkujuh datang banyak pungkor(Kayu yg menjadi tunggul dalam air yg kadang2hanyut),,Alur di sungai ini berubah,,Pengemudi mesti pandai membelah ombak, juruhaluan menunjukkan arah supaya tak terlanggar pungkor-pungkoran...Kekadang muatan manusia terpaksa di suruh ikut daratan demi keselamatan...Ajal kome tidak semurah deme Mat Rempit kemodenan..Selepas surutnya tengkujuh, alur jeram mungkin tidak terlalu terjejas,,batu-batuan yg berjutaan tahun itu tidak kekal, alur harus di baiki, supaya "kipas udang"pada enjin Beliau Dueh di hulu nun tak patah,,Supaya perahu Mat Jerjap di kampung kome tidak terliban sebab beliau selalu hilir bukan lagi membawa manau dan rotan tetapi surat,meminta cukai jalan di kampung ,di hapuskan sebabnya deme mahu pembalakkan di hentikan,,Jalan raya ke hulu sungai ini banyak sangat kubang bukan lagi lubang yg menjerluskan kome ketika mencari kulat sisir.,Tidak semua orang kampung kome menandatangani surat meminta pembalakan mahu di hentikan,,Orang di hulu sana sibuk memikirkan bagaimana hendak menoreh getah sambil menunggang Honda lampu bulat,..Orang di hilir asyik mandi dengan kekayaan hasil dari hutan tertua yg semakin mengecil sempadannya,,Hasil dari hutan yg melimpahkan kekayaan semulajadi tanpa mewujudkan buangan toxican.
"Sealur ini tidak sealiran" Kome satu bangsa, satu bahasa, satu budaya, yg terutama satu agama...Demi kerana berlian itu kome tak berderau membina pagar menjaga kawasan...Deme tak tolong sadung perahu kome sebab gun/kau urang ada kereta lasak...Kome tak mudik liga di hulu sebab gon tak pulang jaring gol yg di pinjamkan,, Deme bukan org Taman Negara deme bawok pelawat aje di sini. Kome tak cakap kome tapi kami.,lain dailek, naungnya. Kome orang bulan deme orang dacing!!!!!!!!!!Kome mahu alur kome masih berbela dan terbela, kome tak kira deme undi siapa, kome kira seagama dan sebangsa,, kome mahu alurnya sama aliranya sama...Kome daulatkan bangsa melayu, kome sematkan budaya melayu,,kome jaga sopan bahasa,,
Hanyut sabut bukan untung,
Tenggelam batu tidak pupus,
Melayu dan sungai seperti gayung,
Langkahnya cermat tidak lah haus

Tuesday, April 3, 2012
Hujan emas, tempayan pesok!
"Phut..put, phuttt", berjemput-jemput bunyi burung Antu (Punggok) yg dongengnya oleh orang tua lama2 mengabo/mengabarkan burung tersebut merindukan bulan...Tapi yg pasti burung Antu memerlukan cahaya bulan untuk mengintai tikus yg menyorok, untuk mengintip Murai yg tidur. Ada juga yg mendongengkan burung Antu bersahabat dgn hantu...dimana ada burung Antu di situlah adanya hantu..Berseriao/ tegak bulu roma bila cerita pasal hantu..,Banyok sungguh hantu masa ni, Hantu Air ada kuasa karan/letrik zaman ni...,Dah maju, dongeng dulu, Hantu Air ngikut orang menjala, kadang2 jadi pengemudi orang menjala...Jadinya hasil jalaan di bahagi dua. Hantu Air sekarang tak di bagi dua, semua ikan hasil kuasa karanannya, di sapu semua, hingga tidak berbaka lagi Temelian yg berpesta ,bersabung laga setiap lima tahun,,yg menjanjikan perubahan alur supaya turapannya tidak perlu juga di baiki lima tahun sekali seperti jalan raya yg selalunya berlubang dan berkurap.
Hantu raya,,hantu yg paling banyak geng dan sahabat...Hantu ni duduk di balai raya bila dekat pilihan raya, deme ni akan bercerita kemudahan yg menghairahkan orang dengan kemewahannya jalan raya,, yg mana akan di rempit oleh anak bawahan umur..yg menunggang motor tanpa cukai dan lesen malahan ciri2 keselamatan menunggang motor kereta tidak lah dititik beratkan, sepertimana anak kome di kampung yg di jerit herdik supaya tidak bermain di sungai,,Hantu Raya biasa selalu mempunyai rancangan beraya di setiap kali pilihanraya,,Biasanya masa nilah Hantu Raya sedekahkan duit raya,,,,Terlalu bacul kalau ceritakan pasal duit, sudah di jadikan peribahasa dizaman moden ini "ada duit ada kuasa".
Hantu raya akan mencetak mukanya sendiri, dipaparkan dan gantung di sepanjang jalan dan bangunan...Lebih hebat kibarannya dari jalur gemilang di musim kemerdekaan,,.meminta dirinya di pangkah, di sanjung di berikan amanah untuk mempertahankan daranya maruah bangsa, supaya tidak di nodai budayanya, di telanjangi adatnya, di ludahi agamanya, di keruhkan bahasanya, di cemari gendang dan ketawaknya,.Secara mesra alamnya,, setiap kertas dan plastik yg bergambar hantu raya ini,,mencemarkan alam, tersangat lama utk tanah berdaulat yg tua ini menelan dan menghuraikan sampah hantu raya ini..., untuk mencerna menjadi najis agar tidak sembelit. Secara ekonominya, berapakah hantu2 raya ini berbelanja membuat poster mereka sendiri setiap 5 tahun sekali? 1 sen satu poster = berapa million? trillion?..Patut pun balak kena tebang dan kulitnya meranti nak buat kertas poster hantu raya? Orang kampung dah kenal hantu raya,,,Berukband dan talian talipon mudoh alih, telah menguntungkan budak kampung yg kekadang terpaksa menoreh walaupun hujan untuk menambah nilai atau "topap" telah tahu siapa calon hantu raya,,"gugel" aje tau doh maklumat dan latar belakang calon hantu raya...Apakah masih poster di perlukan utk menunjukkan betapa tingginya songkok dan berapa lilitnya serban?
Yang tak tahannya hantu raya selalunya pandai berjanji, manis berkata,,Rancangan hantu raya selalunya untuk menguntungkan pemangkahnya,,,Malahan telah ramai yg curah buang air di tempayan dari sungai yg dulunya jernih untuk menadah hujan emas yg tak turun,,,Hilaian hantu raya, tak seperti tangisan Punggok yg bukan sahaja rindu malahan mengharap bulan jatuh ke riba..Macam kome di kampung yg mahukan kemajuan,,Sehinggakan menggadaikan keindahan alam dan kekuatan agama, adat dan budaya Melayu. "Hujan emas tempayan pesok"(bocor),,.Kome kaya tapi tak de air yg selalu terjadi di hilir nun.
*Tak de pantun kali ni,,,sebab cerita hantu, hantu mana berpantun,,zaman moden pantut tu orang lama2 aje,

Wednesday, February 29, 2012
Pengkornya macam Berahim
Berahim(bukan nama sebenor), berkaki pengkor(bengkok), beliau lahir di hulu sungai, membeso dengan cara org hulu, anak pencari rotan, gaharu, pemburu rusa dan kancil, tukang membuat perahu, pemanjat madu lebah, penoreh getah dan yg pasti bukan lah berketurunan pemungkor(penipu),perompak dan pencuri, untuk jadi kaya dan membiayai keluarganya...boleh lah dikatakan ayohnya ialah "The man with a lots of job" serbaguna,,campak ke sungai menjadi lumut yg melindungi batu dari di hakis oleh lumpur kerakusan pembalak di hutan, lumut yg di keker/di gigit Kenerak untuk makanan yg menjadi si Kenerak sedap di gulai Rong kan,,di humban ke bukit menjadi pokok Sungkai yg menjadi tempat bersarang Merbah dan kerengga dan akarnya mengukuhkan jurang bukit dari runtuh...,Boleh menyara keluarga dengan titik peluh dan ikhtiar serta tawakal. Emoknya Berahim, suri rumoh sepenuh masa, penyokong atau pun akar yg mengukuhkan keluarga...Hidup sederhana tiada hutang emas tapi tidak terlepas dari hutang budi, yg hanya boleh di bawa mati, tidak akan terlangsai dgn selombong emas.
Kaki Berahim yg pengkor, bukanlah sebok/sebab tidak di bedung semasa lahir, bukan juga sebok di rempoh/di pioq/ di rotan oleh ayoh dan emoknya, ketika di berduwo(main tgh panas) atau main di sungai,,,Yg pasti mungkin itulah kaki anak-anak org di hulu, yg berketurunan pemunggah air dari sungai untuk keperluan harian, kenduri-kendara serta kematian suatu ketika dulu,,dan juga peragang/pendaki bukit yg seharusnya mempunyai kaki yg sedikit pengkor, supaya senang melangkah banir/akar, meranduk/menyeberangi paya...Kekuatan kaki pengkornya bukan sahaja mendorong kepada kekuatan anggota badan malahan kekuatan mentalnya. Dalam seni silat gayung, seni mempertahankan diri yg kini boleh di olah menjadi satu senaman kepada pengamalnya seperti Tai-Chi, Capuyera dan lain-lain,,,kekuatan manusia pada hari ini.., tidak hanya pada fizikalnya tetapi mentalnya supaya terus berpegang kuat pada Sunnah dan Al-Quraan.., Kekuatan kekuda,,,dan kepengkoran kaki Berahim menepati ciri-ciri dalam ilmu mempertahankan diri.
Kepengkorannya membuatkan Berahim juga handal berlari, bijak mengelit/mengelecek ketika bermain bola,,,Malahan tendangannya melengkot/melencong yg mana sangat dikehendaki, ketika mendapat tendangan percuma dan penjuru dalam perlawanan bolasepak liga premier village..Pasukan Kerleh Village FC yg di wakilinya,,,kini tidak lagi wujud kerana tidaklah disusukan seperti Cardiff City FC. Bukan itu sahaja kebiasannya meranduk membuatkan kakinya pantas berenang seperti itik, sehandal Memerang ,menyelam menangkap ikan.,,Lebih handal dari perenang Olimpik yg berenang utk medal emas dan mengharumkan nama negara,, Kekuatannya meragang bukit menjadikan Berahim handal berlari seperti Watson Nyambek.
Kehuluan/ kekampungan Berahim menyebabkan kelebihannya tidak pernah di ambil kira dan perhatian, lagipun kehidupan kampungnya sentiasa diperlekehkan, Apatah lagi ayahnya tidak mahu membelikannya kasut bola,,malahan kasut sekolahnya pun hanya di tukar setahun sekali...Kerana ayohnya meramalkan kekuatan keistemewaan kaki pengkornya, tidak akan sama dengan kekuatan otak orang berilmu. Kini di kampung dan anak-anak berketurunan kampung tidak lagi berkaki "pengkornya macam Berahim"..,Anak kampung atau Melayu sekarang di takutkan tungo di pasir lebih dari kuman HIV...Anak sekarang tidak lagi tahu meranduk kerana kekeruhan air sungainya,,Anak sekarang di syorkan menoreh kilang memproses nuklear untuk kekayaan negaranya,,,Anak sekarang di galakkan merempit di jalan raya dari meragang bukit mencari gaharu.,,Anak sekarang di galakkan menindas untuk jadi kaya raya.
Meranduk paya menangkap puyu,
Tersengat keli ngilu rasanya,
Moh bersama kuatkan Melayu,
Kuatkan akarnya untuk berbunga.

Friday, December 30, 2011
Lengit main Lamperit..,
Musim katak mati katak akibat mengawan dalam musim pejur/hujan beransur hilir ,hanyut dengan lumpur darah, bukit dan gunung yg terluka akibat tebasan mahkluk rakus...,Lumpurnya ada yg tersangkut di kuala, bersarang di lubuk dan melekit, menutupi gebu putih pasir di tebing sungai ini, yg menyukarkan Kerik(Cengkerik) mengali lubang untuk beradu di dalam pasir dan bernyanyi menandakan giliran mereka pula untuk mengawan menggantikan katak,,Bersarangnya Kerik di pasir, memudahkan kerja pengail dan penaut, mencari umpan..Lumpur selutnya sama tebal dengan merahnya turapan denai laluan budak yg bermain Tas(sorok-sorok) dan Lamperit( lari-lari) di petang hari,...Permainan Tas tidak sesuai di mainkan di waktu petang, kerana sedikit bahaya kepada kanak2 untuk menyorok di waktu petang,,Orang tua dahulu mengatakan berkemungkinan di sorok "hantu kopek".
Lamperit merupakan permainan yg meminta kepantasan larian, boleh di mainkan di kawasan yg besar mahu pun di bawah rumah tradisional yg tinggi tiangnya,,Rumah yg di bina mengikut piawaian banjir tahunan, rumah yg tidak menyekat laluan air...Tidak seperti rumah konkrit yg tidak menyerap air, yg menjadikan ibu negeri Indepura ini di serang banjir, yg menjadikan Proton yg di banggakan negara terapung- apung seperti pelampung jaring di hulu negeri Inderapura yg makmur ini,,Mujurlah Sg. Lembing tidak menikam kan limpahan marahnya.
Lamperit di mainkan dengan kumpulan yg ramai, 10 org kanak-kanak merupakan ahli yg sedang elok di mainkan..,Sebagai permulaan, semua pemain hendaklah meletakkan jari Telunjuk di atas tapak tangan salah seorang dari ahli pemain..Dan pemain tersebut akan menjeritkan "Lamperit!", setiap pemain hendaklah mengangkat/menarik jari telunjuk dari tapak tangan Si Penjerit perkataan Lamperit. Pemain yg terakhir yg mengangkat jarinya atau jari telunjuknya di tangkap dalam genggaman tapak tangan pemain yg membuat jeritan lamperit akan menjadi Si Pengejar kepada 9 pemain yg lain.
Apabila Si Pengejar sudah di iktiraf, 9 pemain yg lain hendaklah lari daripada di cuit/di tampan/di sentuh oleh Si Pengejar...Seandainya mereka dpt di cuit, maka Si Pengejar harus bertukar status kepada orang yg di cuit...Tetapi untuk menyelamatkan diri dari Si Pengejar, pemain yg lari boleh duduk dan Si pengejar hendaklah mencuitnya, dan si pelari yg duduk tidak boleh bangun dan kembali lari, seandainya, salah seorang dari 8 pemain yg lari dpt mencuitnya/menampannya...
Seandainya ke 9 pemain sudah tidak dpt lari, dan kesemuanya duduk untuk menyelamatkan diri dari menjadi pengejar dan di cuit Si Pengejar..,Pengejar akan menjerit "Lamperit" sekali lagi...Dan kesemua pemain hendaklah berdiri, pemain yg berdiri paling lambat atau berdiri sebelum perkataan Lamperit habis di lafazkan, akan di istiharkan menjadi Si Pengejar yg baru. Begitu juga di permulaan permainan, seandainya semasa jeritan Lamperit di laungkan, seandainya ada pemain yg mencabut jari telunjuknya, dari tapak tangan sebelum perkataan Lamperit habis di laungkan maka beliau akan jadi Si Pengejar.
Secara ringkasnya, Lamperit permainan yg menyihatkan fizikal, secara mentalnya ianya mengajar ketahanan, kesungguhan dan kekuatan untuk semua pemain bebas berlari dan duduk, ketika perlu rehat dan selamat...Tetapi tidak bila kome jadi Si Pengejar, kalau tidak cukup stamina dan cekap mindanya, kome akan jadi "Lengit", kalau Mat Saleh kabo "Loser". Menjadi pengejar sampai ke akhir permainan..."Lengit main Lamperit"...Seperti kome yg di kampung mengejar kemajuan...Letih mengejar, penat mengharap, jemu menanti...Kampung sudah tidah seindah dulu, senyuman tidak iklas di gulis, beramah tamah tidak di rindu, pantun dan santun tidak berbaris sabdu...Ini kah lambang majunya Melayu?
Bermain congkak duduk bersimpuh,
Congkak di main di tengah laman,
Bersama kekal Melayu yang utuh,
Bangsa kan megah zaman berzaman.

Friday, October 28, 2011
Yang patah dan tumbuh..,
Yang hilang tak mungkin berganti, kalau pun berganti,..Gantinya tidak sama dengan yg hilang,,Begitulah sejarahnya kampung persisiran alur ini, bangsawan kome, Aki Umbot, Tok Murai, Wan Siput, Pak Teh Tapah, Mak Cu Rempit, Ngah Ribut (nama hanya rekaan, tak de kena mengena yg hidup dan yg mati),,, yg pergi meninggalkan kome, pemergian deme/mereka semua kebanyakkan oleh penyakit tua, di mana sudah jadi resamnya kehidupan, setiap yg hidup pasti akan mati,..Jasa deme dengan alur ini, sama saja dengan hutan yg membekalkan oksigen ini, yg membekalkan kayu Jati tiang pasak rumah kome, yg membiakkan rotan dan gaharu sumber kome hilir ke sekolah menimba ilmu, yg menyerap air di musim pejur/hujan agar kome tak hampuh/tenggelam dek banjir, yg mengukuhkan tebing sungai dari runtuh terhakis, yg menadah hujan dan membekalkan air supaya penduduknya di hulu dan di hilir tidak mati kehausan...Jasa bangsawan kome memastikan bangsa Melayu di hulu ini, terus merdeka dari penyakit sosial dan budaya kuning. Di alur ini dalam sejarah yg di catat, tempat sembunyi dan larinya pejuang kemerdekaan,..Alur ini, salah satu punca mata air yg mengalir ke Sg. Pahang..Sungai yg terpanjang di semenanjung, sungai yg bukan sahaja patut di kenang tetapi di kekalkan sejarahnya, yg mempunyai lebih dari beratus jenis ikan yg mungkin kini tinggal hanya tidak lebih dari 15 jenis ikan...Wallahualam.
Yang pergi bersama bangsawan kampung adalah adat berdero/gotong royong...Bersama menebas, memerun(membakar), menuai padi yg di tanam..Walaupun di zaman itu, Tanah Melayu ini bukanlah negara pemakan nasi tertinggi di dunia, tetapi demi membangunkan ekonomi sendiri dan menyokong ekonomi negara,,Kome tidak makan beras Siam dan India...Dengan semangat "Satu kampung satu alur" kome bersama memastikan padi yg di tanam makin tunduk dan makin berisi. Semangat berpadi ini adalah salah satu jalan penyatuan kome di kampung bagi menyahut slogan 1 Malaysia,...Tetapi adat ini telah di gantikan dgn penanaman kelapa sawit yg bukan sahaja memaksa kome mengimport beras, malahan juga buruh dari seberang untuk melakukan kerja2 yg lebih berat atau sama beratnya kalau di pikul bersama....Yang penting makanan ruji/harian kome tidak perlu bergantung pada hasil import.
Yang tiada lagi di kampung kome ialah amalan berdonek/ziarah dan semangat kejiranan,.. kome semakin mementingkan diri sendiri,,,Ayam jiran berak di lambur/berenda pun kome bergaduh..,Kambing kome mengembek di belakang rumah deme pun di sumpah seranah,...Kalau dulu jiranlah tempat di pertanggungjawabkan melihat ayam dan itik, kebun dan rumah, kalau kome nok hilir beli baju baru di Jerantut,.....Jiranlah tempat meminjam gula, kerana tebu yg di tanam belum di perah dan kisar menjadi gula, yg bukan sahaja harganya semakin naik, malahan tidak mencukupi bekalannya untuk negara ini...Dan kome terus menerus membelinya, tanpa kome sedar alangkah bagusnya jika kome di kampung berdero menanam tebu, supaya gula tak payah di beli lagi dan masalah ketidakcukupan gula negara berkurangan..
Yang semakin berkurangan adalah keselamatan dan keharmonian kampung, dulu sukarelawan yg menjaga kampung dari sebarang kecurian dan sebagainya..Namun kecurian amatlah sedikit, rompakan boleh di katakan tiada, rogol boleh di katakan tak dengar cerita, anak di culik tiada di hura hebohkan, kalo ada pun anak lari merajuk ke rumah Aki nya atau sedaranya yg lain kerana takut di rempit/rotan, yg mana keselamatannya boleh di katakan sangat terjamin...Yang mati lemas, patah riuk jatuh memanjat tidak mungkin sekerap mereka yg merempit di jalan raya.
"Yang patah dan tumbuh" semula di kampung ini, tidak semeriah dulu, tidak semuafakat seperti sebelumya, tidak sekukuh mana ekonominya, tidak sehebat mana adat dan budayanya...Kerana yg patah adalah semangat Melayu jati, yg mempunyai budaya adat yg tulen, bahasa dan jiwa yg jernih tidak sekeruh sungai di alur ini, yg dulu sama di baiki alurnya yg di lalui, sama di tarik perahu yg lekat,,,,Yang tumbuh kini ialah menjalar mengejar kontrak yg di tenderkan, bersemangat matawang untuk bersatu padu, berkira untuk mencebet/menjinjing benda yg ringan..
Patah tumbuh hilang berganti,
Nyiur yg patah mati terus,
Payah membaiki bangsa sendiri,
Namun maruahnya harus di tebus.

Thursday, October 13, 2011
Setitik air segunung emas..,
Ke bukit sama meragang/mendaki mencari rotan,yg tidak lagi bernilai harganya, kerana sesudah tumbang di punggahnya Meranti, pasti saja Manau tidak berguna lagi, bertambah malang nasib si rotan Manau apabila meranti yg di jadikan pohon sandaran baginya melilit, bertarung, memucuk untuk mendapatkan cahaya matahari yg semakin hari semakin panas untuk membesar.., Kepanasannya cahaya matahari menjadikan baka si Manau mati kepanasan, ekoran tiadanya naungan dari Meranti dan sekutunya yang mengembara ke bandor Jerantut dan lain2 kilang papan dan perabot seluruh Malaysia dan dunia, Sahabatnya si Manau telah banyak yg hilang, Mat Gaharu telah hampir hilang baunya aroma, terasnya tidak seutuh dulu,..Tidak sehebat dan seutuh keris lambang bangsa, yang telah tumbang seperti tumbangnya Meranti-meranti tersebut.
Ke paya kome berjalan melintasi denai babi hutan yg semakin berkurangan bukan kerana Padi yg menghijau, yg di kawal ketat oleh petani, bukan sebab tertusuk duri dan tersampuk akar, tetapi kehadirannya denai babi beroda yg baru ,menyebabkan denai2 babi liar tidak ter urus malahan di kambus selutnya, untuk menyondol cacing pagi untuk makan pagi menyondol petang di tembak orang.. dengan selut yg baru, menjadi harga setitik alirannya ke sungai yg mengandungi H20 yg tertulen boleh di ragui kandungannya..Mungkin Profeser Klorin boleh memastikan air kita terus boleh di minum dan di wudhu kan.
...Ke luroh/lurah sama kome randukan utk mencari siput penyedam Gulai Rom kome..,Kome beroda kan kekuda, berhawa dinginkan mata air yg tiada sekatannya alirannya, mengesot(cara siput bergerak) siput biar lambat asal selamat, tiada riak sewaktu bergerak..yang mana riaknya di air, kome tahu menda jenis ikannya..Riang berenang si ikan kekadang terhenti seketika, bukan kerana laluan alurnya ikan sudah di permudahkan dengan "highway" berlampu isyarat yg berwarna merah untuk berhenti, tetapi kerana cerong( mata yg masuk habuk kecil/pasir) akibat kekeruhan mata air ini..,Ikan menampir dan meloncat, bukan kerana girangnya menangkap sesibo(sejenis serangga), atau ulat yg jatuh bersama gugurnya bunga pokok Jado, tetapi akibat bekalan elektrik yg tidak mencukupi di kampung dan keuntungannya di pertikaikan, tetapi kejutannya melimpah ruah getarannya ke dalam sungai bekalan termahal di dunia yg semakin panas ini...Jadinya bekalan air tulen kome sudah menjadi H2O + elektrik
Ke darat kome menghaga/ menghalo kerbau yg tidak mahu di tindik hidungnya supaya bertenang di dalam mengejar air garam yg di umpankan, yg memasukkan kerbau terkurung di dalam kandangnya, hilang kebebasan untuk meragut rumput liar...Air garam di jenut Kijang yg membuatkan si Kijang lupa akan perangkapnya, kemasinannya membolehkan kome yg makan Sambal Belimbing Buluh Ikan Sia tidak menitikkan peluh ketika memakannya..Setitik airnya garam tidak semasin manusia yg hidup mewah di pinggir Sungai Klang...Yg memikul beban untuk melunaskan harga setitik air, setitik petrol dan setitik air liur yg memaki hidup untuk hidup senang. Setelah habisnya bijih di Sungai Klang itu..Kini aliran airnya menjadi hampas yg tidak sedikit pun di kenang malahan jadi tempat buangan anak haram yang beribu ayahkan kemajuan yang di banggakan."Setitik air segunung emas" tidak sama nisbahnya, tidak betul hitungan matematiknya, tidak bijak kajian sainsnya, tidak jernih lagi hati manusia yg mengatakan emas itu yg di cari air itu boleh di beli..,
Sarat berkayuh perahu ke hulu,
Perahu di kayuh ketepian,
Rasa senang zaman dahulu,
Budaya bukan ketinggalan zaman....

Tuesday, September 20, 2011
Budinya Ubi Kayu.,
Musim bertukar ganti, musim pejur/hujan semakin hampir bertandang, walaupun musim2 yg bersilih ganti ini tidak lagi teratur waktu dan masa pertukarannya, namun tiupan angin monsun dari Laut China Selatan, masih lagi membawa hujan kepada bumi kome, mencipta hujan dan lembab sepanjang tahun,,Tanpa angin ini, mungkin kepanasan tanahair kome semakin meningkat kering dan sungai kome semakin tohor/cetek..Lalu iklim khatulistiwa ini akan bertukar menjadi hujan dan kering sepanjang tahun...Jika Iklim ini bertukar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan mendapat kesan yg paling ketara..,Kesannya kepada manusia tak perlu di pikirkan kerana, khalifah muka bumi inilah yg menerajui bumi dan tanah ini.., Apa yg terjadi, sudah pasti dapat di atasi kerana kelebihan manusia yg di anugerah akal, menjadikan mereka lebih waras dan bijak dari mahkluk Allah SWT yg lain., Namun sebagai diri yg di amanatkan menjadi khalifah, perlu kita menyayangi dan menghormati mahkluk yg lain..
Setibanya musim pejur ini, kome biasanya akan bertambah nafsu makan, kesejukan dan kurangnya aktiviti luar akibat hujan seharian, mengingatkan kome pasal ubi-ubian,..Terutamanya Ubi Kayu, yg merupakan makanan utama di zaman penjajah...yg mudah di tanam, tidak perlu berbatas/gemburan tanah dan berbaja, hanya perlu batang kayunya dan mengambil masa yg singkat untuk mengeluarkan ubinya....Cara memasaknya juga ringkas dan mudah, hanya perlu di rebus atau di bakar, tidak banyak rasanya, perlu di colek/cicah dengan gula, nyiur/kelapa yg dikukur atau manisan madu lebah/tebu/kabung serta sambal tempoyak.
Selain dari ubinya yg boleh di makan, pucuknya juga boleh di celor/rebus mengantikan pucuk paku dan pucuk2 lain yg hampuh/tenggelam di musim pejur/banjir...Boleh juga di masukkan dlm gulai Asam Rom sebagai pemancas/penyedap..,Melengkapkan khasiat yg di perlukan oleh badan iaitu sayuran hijau, yg penting untuk melawaskan cernaan dan mencantikkan kulit kome di kampung, tanpa gunakan krim dan losyen yg tidak diketahui apa jenis bahan kimianya...Ubi kayu sendiri di perakui oleh para sainstis, merupakan bahan fiber yg tinggi, yg menyerap toksik dlm badan menjadikan bahan cernaan. Ubi kayu juga banyak jenisnya..,Antaranya Ubi Kayu Gajah, antara ubi yg tidak di sondol oleh babi ketika membuat denai jalannya, boleh hidup beratus tahun dan tidak secantik dan semahal Meranti untuk di ambil pembalak yg rakus, di jadikan pohon teduhan di musim panas kerana kerendangannya, isinya memabukkan.
Ubi kayu merupakan antara makanan ruji/harian di Afrika, khasiatnya menjadikan manusia yg lahir di disana bertubuh besar dan sasa...Malahan khasiatnya juga menunjukkan, ramai org yg berkulit gelap sikit dari kome di kampung ini, kuat dan pantas..Ini terbukti dengan penyertaan mereka di dalam sukan bolasepak Inggeris dan olahraga...Kalau di ikut logik akal kome, zaman penjajah dulu nenek moyang kome juga makan ubi kayu...Tidak hairan mereka bertubuh sasa dan besar serta kuat semangat menentang penjajah..,Tapi sekarang orang kome sasa juga, akibat dari ubi kentang goreng dari KFC dan Mcdonalds yg menjajah dunia dan menyebarkan kolestral yg tinggi, yg mudah menyebabkan darah tinggi..Tidak seperti ubi kayu dan pucuknya yg di kaji merupakan bahan membuang angin dan mengawal tekanan darah....
Selain dari ubi kayu, banyak lagi ubi lain yg terdapat di kampung kome yg mempunyai khasiat yg berbeza..,Ubi Keladi yg kekadang memiangkan, terutama batangnya..Betul cara masak dan petuanya, Khasiatnya jauh dari KFC family box,..Ubi Keledek, Manis rasanya..Di goreng bertepung atau di rebus, sedapnya melebihi Mee Segera, yg byk bahan awet dan perisa yg tidak di ketahui asal usul..Pucuk Keledek boleh di buat ulam. Ubi Kemili dan Ubi Junjung, sedap di rebus dan di makan dengan manisan, sedap lagi kalau di buat bubur. Ubi liar yg lain, melata tumbuhnya di hutan kome yg semakin mengecil Ubi Takup, Ubi Jaga..Khasiatnya masih lagi perlu kome cungkil dari "Tok Batin" dan "Pak Angkat" kome yg lain..Ketepatan sumpitan mereka yg selalu mengenai sasaran, selalunya membuahkan hasil membesarkan dan menambahkan zuriat mereka, antara khasiat rahsia dari ubi-ubian liar tersebut...
"Budinya Ubi Kayu" dan ubi2 lain dlm menyelamatkan datuk nenek moyang kita dari kebuluran di zaman dahulu di lupakan,,Seperti sahaja kome yg makin lupa cara untuk berbudi pada tanah air ini..Generasi kini dan mendatang semakin taksub dengan kemewahan mengejar harta yg tidak boleh di bawa ke dalam tanah ini,,Kebudayaan Melayu dengan makanan ubi-ubian tidak mendapat hati dan di sayangi oleh bangsa di tanah ini sendiri...Junjungan Melayu tidak kelihatan di pucuknya seperti Ubi Junjung dan ubi lain.., Memanjat megah di singgahsana..,Kelayuan kerana leka dengan kebanggan kuasa, tanpa sedar tenaga untuk berkuasa itu datangnya dari sinar matahari ciptaan yg Esa..Terang, mendung dan ada peredarannya.
Tanam ubi jangan lah rapat,
Senang menggali bila ber ubi,
Tajukkan Melayu yang beradat,
Semaikan benih bangsa berbudi....

Tuesday, September 6, 2011
Kome hanya "Agas".
Mengapenya kome tak dapat melupakan keunikan hidup kome di kampung, kitaran semulajadinya begitu indah di hayati, kome dan alam terasa rapat..,. Dengan pacat kome menderma darah, tak perlu menderma darah pada manusia, kerana tak de lagi di kampung kome, org belanggor mutor/kereta yg membulehkan deme/mereka hilang darah, kalo ade pun luka kena duri rutan, duri terlanggor tali besi menghalang kerbau yg dipupuskan(kerana membawa agas) yg ada mungkin tekanan darah tinggi...yg di sebabkan tekanan hidup,kurang senaman, keturunan atau terlebih kolestral dlm makanan dan lain-lain sebab. Antara berdonek/berjalan di waktu pagi atau petang, mahupun malam sebab Liga Inggeris dah mula..,(Liga kampung, kena tunggu jersi percuma dulu) , kesepian dari pencemaran bunyi, melainkan hiruk pikuk siamang, siulan burung murai dan hawehan/teriakan/laungan rakan sepejabat opis dengan pen tajam berdakwat putih melukis pelan pada pukok getah yg di import dari Brazil..Pukok "Asam Rompedasmanis" bahasa "Pengorian". Bergaduh dgn nyamuk dan agas.
Berwayat/Cerita tentang "Agas"..Zaman sekolah dulu, di pagi hari dgn pakaian seragam sekolah menyanyikan "Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku" hingga akhirnya lagu itu..(tapi tanah yg di pohon selalunya mendpt jawapan ianya dlm perhatian)..Walaupun terpaksa menggaru betis kome hingga berkurai/cakaran dari garuan akibat gigitan agas...tapi kome masih tegak berdiri menyanyikan lagu itu dengan semangat.,kome mengadap tiang bendera buluh yg kekadang di guna untuk mengocoh/mengait buah rambutan dan langsat. Tapi sekarang agas dah tak banyak, kome gunakan lingkaran ubat nyamuk dan semburan racun serangga, yg sangat memberhaya kepada bayi dan kanak2. Lagi bahaya dari gigitan agas. Lagipun agas,nyamuk kampung tak sebahaya nyamuk di bando nun..nyamuk hasil longkang kemajuan yg tersumbat.
Agas adalah sejenis serangga yg sangat halus, payah di lihat dengan mata kasar..tetapi gigitannya melahirkan seribu jenis gatal yg tidak terbanding, tidak seperti gigitan tungo iaitu sejenis serangga yg juga mustahil terlihat dengan mata kasar, sehingga gigitannya boleh membengkakkan dan ianya akan kelihatan seperti titik merah di kawasan gigitan tungo...gatalnya jauh mana sedap, kena gigit Agas...bukan macam gatalnya keladi pemimpin sekarang, bila jadi YB mesti tambah bini.,..ya habibi YBBB(Yang Berhormat Bini Banyak) tapi tak semua YB, dah memang jodoh nak buat goner!
Agas ni biasanya di bawa oleh kerbau, lembu, kambing, babi, cipan,,Orang tua-tua berpesan kalo ada Agas, biasanya ada la binatang yg berada di sekitarnya kawasan terebut..Kenapa org asli tak hirau pun agas, tak de pun Agas di kawasan kampung deme..., Agas takut asap, dapur orang asli sekarang sentiasa berasap, sebab deme lebih merdeka mengamalkan budaya mereka lebih dari kome melayu kampung yg maju, yg tidak di sedia didikkan kitar semula bahan terbuang yg menjadi bekas nyamuk bertelur, sebab kome di kampung tak ramai..Kalo ada kemudahan senanglah bermuafakat gunakan untuk mengurangkan gigitan nyamuk, yang tak macam agas, buleh kena demam kura2/malaria dan macam2 penyakit lagi sebab gigitan nyamuk
Dalam perihal gigitan Agas salah satu serangga kejadian yg Esa yg pastinya ada pekdohnya/faedahnya kepada kitaran alam..Ahli sains mengatakan setiap kepupusan serangga akan mengakibatkan kepupusan pada serangga, binatang dan tumbuhan yg lain...kalo logik akalnya kome pikir, kalo Agas pupus mungkin proses perdebungan(bunga jantan bercantum dgn bunga betina) pukok jador, jambu air akan berkurangan..maka ikan, beruk dan haiwan lain yg memakan bunga dan buah ini akan kekurangan sumber makan...Madu lebah, kurang khasiatnya, kerana kurangnya nektar bunga. Tetapi apa nak buat "Kome hanya Agas"...,kata Si Agas, macam kome orang kampung, budaya melayu kome pupus tak kan di hirau kepupusannya.
Berbintat merah di gigit Agas,
Merahnya hilang di sapu kapur,
Kampung kome Melayu berhias,
Sayang adatnya sudah kabur.

Friday, August 26, 2011
Melentur buluh lemang merdeka..,
Musim sabar di penghujungnya, yang memenuhi kehendak musim sabar ini ,akan meraikan kemerdekaan deme,...Kejayaan deme menahan lapor dan dahaga, kekuatan mereka menunduk nafsu amarah dan batin, kehandalan memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut dari perkara yg di larang, menunjukkan kuatnya orang yg menjadi pengikut Al-Quraan dan Sunnah yg merdeka dari hasutan setan yg di ikat, segala amalan di musim ini di lipat gandakan, sedekah di galakkan, pelbagai amalan sunat di perbanyakkan. Sejuta bintang bandingan keindahan musim ini, bulan dengan jelas menunjukkan malam2 musim ini terang benderang. Pendek kata setiap amalan baik di musim ini cukup menghapuskan dosa setahun malahan berpuluh tahun, itu kebesaran yg Esa.., Pengampun, Pemurah dan Pengasih.
Dalam persiapan menyambut merdekanya musim sabar, beras pulut yg di tuai di bendang Ah Siong, santan nyior yg di perah dari kelapa Mutusamy yg bermutu lemaknya, ayam suntikan yg melembutkan dagingnya, daging lembu New Zealand rumah sembelihannya, sutera satin sulaman ulat bulu China, sampin tenunan Jawa dan Siam, sepatu kulit dari Roma De Italia dan pelbagai perkakas keperluannya musim merdeka mewarnai Tanah Melayu yg merdeka. Kayanya bumi melayu ini sehingga semuanya perlu di import dari luar negara dengan menggunakan jutaan gelen minyak membawanya dari seluruh pelusuk dunia. Kome di kampung bertanya manakah hasil sumber asli tanah ini? Adakah ini lambang negara yg 50 lebih tahun tuanya merdeka menonjolkan kemajuannya?
Dalam meraikan merdeka ini, lebuhraya yg berjuta kilometer panjangnya, beratus depa lebarnya...,sesak, sempit, huru-hara, maut tak terkira banyaknya hasil dari tayar yg di perbuat dari getah torehan kome, dari kilang kereta keluaran negara.., Jalan yg maha besar itu tidak di cukai/tolkan kerana ianya mengundang nyawa sempena beraya. Kome bandingkan mautnya di lebuhraya itu dengan mautnya di sungai lebuhraya lama di kampung kome ini, jauh bezanya. kome bersyukur, tetapi si kuntrektor yg berkroni dengan politaik itu mengatakan sebaliknya, kome sepatutnya bersyukur deme membina jalan dan mengotorkan sungai lebuhraya datuk nenek moyang kome yg bergalah, berkayuh dulu...Di mana bijak dalil akalnya? Itukah perubahan kemerdekaan kome semua, bersama menolak perahu yg tersadung dengan memulaskan stereng pacuan 4 roda...lain nilai kerjasamanya. 4 roda itu, akan menerbangkan debu yg menusuk lubang hidung yg terpaksa di korek di mana akan membatalkan puasa,,Dan jikalau hujan di musim merdeka ini, kome terpaksa beraya dengan selut yg sampai ke peha...Perahu yg lekat hanya perlu di tolak dengan sepakat.
Dalam kekalutan sambutan merdekanya musim sabar ini, kome mencari buluh untuk di buat lemang. Buluh yg di cari buluh yg muda, yg miangnya putih bergebu dan berdebu agar lemang yg di masak tidak perlu di bakar terlalu lama, yang mana mungkin mengeraskan dan mengering lemaknya santan dan pulutnya. Buluh yg muda tidak terlebih tua, supaya senang di belah dan di makan pulutnya....,Bukan buluh aur yg menguatkan tebing sungai kome, seperti hubungan kome di kampung pinggiran dan hulu sungai ini yg sentiasa berkerjasama, kerana buluh aur tebal yg sesuai di buat lantai rumah tradisional, bakul dan pelbagai krafnya. Buluh yg panjang ruasnya, agar byk pulut yg dimuatkan ke dalamnya. Bukan buluh yg tirus yg dulu di jadikan penjolok/pengait rambutan dan langsat dan area tv. Buluh muda yg masih boleh di lentur, walaupun bukan lagi rebungnya. "Melentur buluh lemang merdeka" membawa kita memahami bangsa kome semua adalah Melayu merdeka yg sepatutnya bebas mengamalkan budayanya sendiri. Nenek moyang kome semua berjuang memastikan kome semua ada budaya sendiri, kaya dengan sopan santun, berbahasa lemah lembut, hormat menghormati, tolong menolong...Apakah merdekanya kome perlu melupakan adat lama ini? Bolehkah cucu cicit kome di lenturkan dengan budaya melayu yg semakin hanyut bersama keruhnya sungai kome di bumi merdeka?
Tebang buluh Kuala Sawa,
Rebung habis di makan gajah,
Kome ucapkan selamat hari raya,
Maafkan segala silap dan salah.

Monday, August 15, 2011
Peribahasa berbahasa ayam..,
Nyaring kokokan ayam di pagi hari, menandakan subuh yang membangkitkan gajah, kokokan yg menjadi panduan waktu sahur di musim sabar(Ramadhan) ini. Nyaring dan riuhnya, tak sebising ketukan si ayam betina yg riuh sekampung apabila melahirkan telur yg menyambung zuriat si ayam...Kelahiran zuriatnya perlu di hebahkan, di raikan, begitulah kebanggaan si ayam. Tiada malunya, walaupun telurnya hanya sebijik, tidak di kisahkan kebisingannya membingitkan, bangga dengan telurnya yg belum pasti akan berjaya di eram menetaskan anak ayam...Mungkin telurnya akan di jadikan, sarapan bersama madu tulen, yg menyihatkan badan tuannya.., Bagi tuannya yg masih lagi mempercayai petua lama nenek moyangnya.
Kaisan ayam dengan kakinya yg di ejek kerana tidak berkasut, menghasilkan rezeki yg tidak boleh di simpan untuk hari esok..,Cakaran kaki ayam, menyatakan tulisannya seperti cakaran tulisan jawi yg telah pun di lupuskan oleh dunia Melayu yang tidak mahu mengais pagi untuk makan pagi, walaupun tulisan itu, merupakan lambangnya perkembangan tulisan dalam dunia Melayu hari ini,..tulisan yg membangkitkan semangat kebangsaan, yang menjuruskan kearah kemerdekaan Tanah Melayu..., yang mana seperti kaum lain yg mempunyai tulisan huruf mereka sendiri...Di mana Melayu tak kan dapat meneka apakah maksud tulisan-tulisan tersebut..,Dan penggunaan tulisan itu, tidah global, hanya untuk bangsa mereka..,Tetapi melayu tidak akan nampak maju, kalau ada tulisan Jawi, yg merupakan asas untuk yg beragama Islam mengenal huruf Al-Quraan.
Dalam kerabunan mata ayam, yg tidur-tidur ayam...Kome nampak tapi tak peduli dengan harga ayam yg turun naik di pasar, kerana kome boleh pikat ayam di hutan untuk di jadikan rendang raya yg menjelang. Lagipun ayam kampung banyak berkeliaran, cukup untuk bekalan satu kampung...,Tapi ayam kampung tidak segemuk ayam Chow Kit, lemaknya tidak nampak gebu, namun begitu, ayam kampung bebas dari penyakit, kerana cacing yg di kaisnya tidak dari longkang lorong hitam yg mengalir lumpur haid dan nifas kemajuan yg tidak mengenal dosa.
Tergadainya tanah bangsa menjadi tauladan kepada kome yg menghayati cerita ayam sabungan Pak Kaduk. Menangnya sorak Si Kaduk, bukannya sahaja mengadaikan bangsa, malahan tidak sedar koyaknya baju Melayu kertas yg di pakai olehnya, menelanjangkan diri dan bangsanya sendiri di mata dunia. Penyabung2 ayam yg menonjolkan kemaluan lawan masing2 di dalam sabungan., Demi untuk menang..,Deme/Mereka sanggup menjatuhkan lawan mereka dengan bertelanjangan sesama mereka minta di sokong. Kegairahan mereka mahu menerajui tanah yg hampir tergadai dlm kemerdekaan ini, seperti ayam togel yg megah berkokok, tanpa menyedari laungan kokokannya menonjolkan dirinya yg tak de berbulu menutup auratnya.
"Hayamph", "Ayong", "Ayang" dan Ayam..,menunjukkan bukan ayam tak boleh berbahasa dengan itik, tapi seperti sahaja kelajuan air yg mengalir di sungai Kome, setiap lubuk, cegar dan kuala, berbeza laju alirannya..,Jadinya sudah pasti berbeza naungan bahasanya di setiap tempat., Dalam "peribahasa berbahasa ayam", kome sedar ramai musang yg terpaksa berbulu ayam, untuk melindungi diri dari bahayanya mangsa sabungan di musim pilihanraya dan menongkah arus memberi pendapat untuk memperjuangkan bangsa...Kome juga sedar amalan ajak-ajak ayam untuk datang ke rumah/kampung kome tidak lagi perlu di amalkan, kerana ianya amalan kolot, yg mahu di kikis dari naluri bangsa Melayu. Kome tak boleh ajak orang mengenal budaya dan meghayati bangsa di kampung sebagai ketulenan akar Melayu. Kerana pucuk dan batangnya pimpinan Melayu, hanya mahu kaya-raya dan bukan membajakan kekayaan taik ayam untuk menyuburkan bangsa, budaya dan bahasa..!
Ayam Jepun balungnya rendah,
Tajam tajinya tiada tandingan,
Maaf dipinta dibulan indah,
Selamat beraya selepas Ramadhan.

Thursday, July 28, 2011
Belang cicit Sebarau..,
Melompat mengelica/huru hara ikan bador dekat lubuk yg tenang, dimana ketenangannya boleh di sangka tak de buaya di dasarnya sungai kome ini, sungai yang kini menyusahkan kome menangguk di air yg keruh kerana tidak di ketahui apa yg bakal kome tangguk...Ikan bador yg cuba menyelamatkan diri dari ikan yg kome rasa adalah ikan karnivor sungai...Atau mungkin juga ikan ini memakan buah Ara atau Jambu air..tidak di kaji dan tidak di ajar semasa kecil sehingga besar, tapi kome di dedahkan dengan documentari dari saluran TV tempatan kome, tentang ancaman kepupusan ikan Salmon yg di import dari luar negara, tapi kome yg menyaksikan betapa banyoknya jenis ikan di sungai ini yg pupus tanpa sebarang dokumentari. Kepupusan Jelawat, Temelian dan lain2, seolah-olah cerita lagenda yg tiada berkubur,, yang mana tidak seperti legendanya Hang Tuah ada makamnya. Bukan kerana si ikan2 di sungai ini golongan Jebat derhaka seperti kome..Tetapi kerana kome semua sibuk mengejar mimpi, hinggakan realitinya, rasa kurang enak ikan2 yg di berikan ramuan serbuk makanan baru tidak di sedari,... Ara, Jambu Air, Bunga Jada, Mempena serta buahan liar dan serangga yg lain, tidak lagi cukup khasiat untuk melemakkan ikan2 sungai lagenda ini...
Ikan Sebarau, tidak sehebat Kelah yg di iktirafkan sebagai Raja Sungai kerana kekuatannya melawan handalnya kail, yang mana..,sekarang beberapa kawasan di sekitar sungai yang di lindung dan pelihara telah menjadi istana tempat Si Kelah beraja,dan mengilatkan sisiknya yg merah keemasan, untuk meningkatkan rasa cinta terhadap ikan itu, kome di kampung sanggup tidak makan kelah, tetapi ianya masih tidak mendapat hak untuk cerita Si Kelah mencelah dalam intisari rancangan TV negara,.
Si Sebarau juga tidak sebisa Baung yang sengatnya mengilukan, membengkakkan. Baung berkulit licin, selicin kulit dara yg mandi berkemban, yg bersih apabila di basahi dengan basuhan lembut aliran sungai.., berbeza dengan kulit si dara yg mandi air, yg perlu di pulas kepalanya paip, untuk mengeluarkannya dan di bilas dengan pancutan klorin yg terpaksa di basuhkan dengan sabun jambu asli yg mengandungi 90% minyak kelapa sawit...,
Ikan Sebarau juga tidak secantik Ikan Kaloi, yang tradisinya di kaitkan dengan kejamnya ibu tiri.., Yg menjadikan harga Bawang Merah dan Bawang Putih turun dan naik,,Sebabnya tiada galakkan untuk kome bertanam bawang, atau tebu yg menjadikan kami terus mengimport bahan makanan. Ikan Kaloi boleh di siul, betul siulnya timbul Si Kaloi...Senang di jumpai di kawasan berpungkor(Kayu/tunggul di dalam air), di air tenang,
Ikan sebarau tidak seperti ikan Sikang, mulutnya luas tapi tidak seluas Si Sikang, Sikang ikan yg berbentuk tirus, besar kepalanya di pengaruhi oleh kebesaran dan keluasan mulutnya, dan menirus ke ekornya. Senang di pancing kerana mulutnya membinasakan si Sikang, yg mudah tersangkut apa juga jenis mata kail,..keluasan mulutnya bukan lah kerana dia banyak mulut atau mulut yg tiada insurans, tetapi kejadiaannya si Sikang memenuhi kitaran semulajadi dan kehendak sungai kome ini. Maha Suci Pencipta!
Ikan Sebarau berbelang di tengah, gaya, sakatan dan gertakannya terhadap ikan yg lain menunjukkan seolah-olah Si Sebarau adalah pemegang talipinggang hitam. Belangnya cuma satu melintang di tengah badannya, tidak sebanyak belangnya Rimau, yang mungkin mati meninggalkan belang. Matinya sebarau akan bermakna sesuai untuk resepi "Gulai Busuk" yang menjadi kegemaran seluruh kampung kome. Belang Sebarau dan "belang cicit Sebarau" tidak pernah lupus, sama seperti kome di kampung, samping melayu kome tetap sama, kome tak kan memakai samping kome di kepala..,Sebarau dan penghuni sungai ini, tidak mahu lagi pungkor yg boleh mengeruhkan dan mengeringkan sungai ini..Kome tak mahu lupakan jasa sungai ini, seperti gon/kau urang di Kolumpo lupakan jasa Sungai Klang yg telah mengkayakan Malaysia dengan hasil bijihnya! Sebarau juga tidak mahu di elektrikkan untuk menggelarkan diri mereka, orang yg mahu memimpin.
Sebarau menampir di cegar deras,
Berlaga Temelian di musim banjir,
Semalam melayu di minta cergas,
Bangkitkan budaya yang terpinggir.

Tuesday, July 5, 2011
Tempoyak yang berlainan..,
Durian kini tak lagi bermusim, malahan ianya di lihat seperti buah ruji, yg sentiasa berada di pasaran sepanjang tahun. Mengikut maklumat tertentu, negara kite mempunyai 200 jenis durian klon atau kacuk. Dulu kalo musim durian, kampung akan menjadi meriah, semua sanak sedara, rakan taulan akan ke kampung merasai nikmatnya durian yg segar, dan menyucikan minda dengan kesunyian dusun durian yg di selang seli dengan bunyi bergerbokkan(bunyi menda jatuh) durian...Gio/ria/gembira amak, suasana ini walaupun tak sampai beratus jenisnya durian kampung, tapi setiap pokok mempunyai rasa yg berlainan, kejang(isi yg kejun/keras), kekuningannya dan kelihekan/rasa melekit itu bezanya. Yang kome ingat durian tembaga itu aje jenisnya, jenis lain tak berapa ingat doh...Tetapi bentuknya durian kampung dapat di bezakan dgn durian kacuk.
Setelah kome mengkaji bezanya citarasa dan buahnya durian, yg seperti juga kome di persisiran Sg. Tembeling ini, berbeza ragam atau kebanohnya...,Sudah tentu lain orang, lain pandangnya belalang,..Apatah lagi ,ada yg merasakan "kekampungannya Hulu Tembeling adalah kekolotan", jadinya kampung2 ini ,perlu di ubah menjadikannya ianya tidak kampung lagi. Walaupun kome tahu, keutuhan dan kekuatannya bangsa Tanah Melayu di hulu ini, ...Kome masih beradat melayu, kome tak berkelahi sebok parti, tapi kome mungkin berkelahi sebok tak dpt kuntrek...,Kome tak berkelahi sebok bunyi mutor/kereta anok gon/kau urang bising dan laju..,Tapi kome kelahi sebok anok kome bermain dgn anok gon di dalam repuh/semak seharian.,,Kome seperti bulu ayam, carik2 yg akan bercantum semula..Tapi mungkin tak seperti air yg di cincang,..tak berbayar bil, yang akan di potong pembekalannya!
Tempuyok adalah hasil utama daripada berbezanya durian, yang bukan saja berbeza rasanya di setiap kampung,, beza juga rampai campur masakkannya...Cuntohnya tempuyok di Temerloh selalu di campur daun Kesum yg menjadikan tempoyak di sana sedikit kelat, ianya kekadang buleh di lihat dalam tempuyok di Jerantut yg mana sepatutnya di bubuh daun Kesing mengikut pengaruh dari Tempuyok kome di kampung. Tetapi mungkin org bandar tidak menyukai aroma dan hancingnya atau tanginya rasa daun Kesing. Begitu juga dengan ikan yg di letak dalam gulai itu, Di Jerantut dan bandar lain yg ada resepi tempoyak biasanya meletakkan ikan patin sangkar/kolam, atau ikan kembung, talapia dan lain2.,Tapi klasiknya tempoyak kampung sudah semestinya ikan Lawang atau Juara yg di panggil urang di bando..,Dengan berampaikan ubi kayu untuk melikatkan sedikit kuahnya Tempoyak.
Dari segi bezanya, bahasa perkataan Tempoyak ini, kome buleh nampak bezanya dari segi sebutan dan dengungannya. Di hulu kampung kome, di panggil 'Puyok', kemudian di hilir sikit, 'Tempuyok' di kampung kome 'Tempoyoq' di bandar senun 'Tempoyak'...dan di Jepun sana mungkin di panggil 'Tempayaki' di Italy di panggil 'Tiramisu' dan negara lain masih belum dapat di pasarkan baunya, hasil dari bezanya durian ini. Warna-warna tempoyak juga berbeza, ianya mengikut bagaimana jingga warna kunyit dan durian yg di jadikan tempoyak,,Mungkin di Jerantut kuningnya kejinggaan,,menunjukkan cukup matang, segar kunyit yg di lumatkan...Lain dari warnanya di Kampung kome, yg menggunakan kunyit serbuk cap gajah, sebok kome dah maju dan serbuk kunyit tak payah di lesungkan batu lagi.
"Tempoyak yang berlainan" walaupun ianya masih di gelar gulai tempoyak, namun bezanya macam langit dan bumi.Seperti kome melayu yg moden, yg lupa asalnya akar dan benih kome., Durian yg asli, cara kercoian(memisahkan isi dgn biji durian), kunyit yg di semai, lada yg di petik, lemaknya ikan, dan mengkalnya(kembang dgn elok) ubi kayunya menjadikan resepi ini mempengaruhi rasa, bau dan selera. Kome pikir org kampung harus seperti usul asalnya tempoyak, walaupun apa kacukannya, mana menetapnya kini, tinggi pangkatnya, jutaan gajinya..,Kome tetap melayu, kome beradat melayu, bersopan dan berbahasa...Dan yg klasik, Tempoyak adalah darah daging yg mengalir dalam saraf Melayu kampung kome ini..
Durian Belanda asalnya jauh,
Bawak bekal bersampan kolek,
Diri tersedar bila terjatuh,
Melayu beradat sangatlah molek.

Tuesday, June 28, 2011
Dilema Si Pengotor..,
Keruh sikit Sg.Tembeling pagi ini, mungkin hujan di hulu melimpahkan paras air di sungai2 yg berkaitan dgn Sg.Tembeling ini.....Mungkin hulu Sg.Sepia, atau Sg.Sat atau Sg.Keniam atau yang lain2 yg menerima hujan lebat. Boleh di agak mana punca keruhnya, tak perlu di kaji apa masalahnya kekeruhan itu,....Keruhnya itu, akan meresap ke setiap sungai di hilirnya dan bercantum,, menjadikan jernih asalnya sungai, tidak di ketahui lagi apa warnanya, di Kuala Sungai Pahang di Pekan.
Kome bukan bangsa yg kotor, apatah lagi ikutan kome mengatakan kebersihan adalah separuh dari iman,..Kome tersentak, bila deme/mereka mengatakan negara kome perlu ada kumpulan yg boleh membersihkan kekotoran kerajaan kome....,Deme pembelit seperti ular, antara ular dan deme...Kome bedal/pukoi/hentam deme dulu, barulah kome bunuh ular..,Kenapa bangsa itu, yg menyedarkan kerajaan kome yg kerajaan itu perlu di bersihkan? Kenapa pasukan politik yg tak pernah menang itu yg menitikberatkan kebersihan negara kome?
Kome sokmo ceritakan, penting kebersihan alam ini kepada deme yg berkuasa, kome merebet/berceloteh betapa sungai kome makin kotor...Apa tindakan Si Penguasa yg pengotor itu? Selain dari membalas pantun kome dengan mengatakan kome pembangkang, kome pencinta alam, kome menolak kemajuan,..Padahal ramai yg tahu, kemajuan bukan maksudnya kome semua harus jadi pengotor,,,,Kome suka bersih, tiada orang yg suka kekotoran,..Apa yg di bingitkan oleh Pak Samad Said ada betulnya, bersih hatinya ketika menulis.,,tetapi kotor fahamannya kepada yg berkuasa, yang hanya mahu kuasa mutlak walaupun harus main kotor. Sekarang seluruh dunia tahu, betapa kotornya politik negara, betapa jihek/kotor negara yg tidak mahu mendengar suara rakyat yg berkata politik deme makin kotor...Sehinggakan parti yg tidak pernah menang itu, mengambil kesempatan atas kekotorannya politik negara ,dengan menghangatkan isu yg dipandang remeh oleh penguasa sebagai kebenaran di sebalik lakonan mereka.
Kome bukan orang politaik, kome cuma tegur yg mana gilakan kuasa dan harta, sekarang kome nampak "dilema Si Pengotor" yg berkuasa, antara mahu membersihkan politik mereka atau mahu sedar apa sebenarnya yg kotor....Kotornya sungai bukan hamlau/pungkor/tipu..,terbukti. Kome di kampung sendiri berasa lumpurnya...Kome di kampung yg menghirup kotornya karbon monoksida pembangunan yg di janjikan. Kome tahu betapa kotornya cara penebangan hutan sekeliling kome..Siapa yg mahu bersihkan? Walaupun bergotong royong amalan yg bersih, tak mampu bersihkan kotornya..,walaupun budaya bersih kemelayuan kampung kome tak dpt sucikan kejijikkan itu..,Walaupun peribahasa berbahasa lembut tidak pun menegur kekurangan ajaran itu...Kome tidak boleh bersihkan, kerana kebersihan itu ilham Si Pembangkang!
Kini dari kekotoran yg tercipta, ramai sesedara yg meluahkannya mati emak, menelannya mati bapak...,Melayu yg hanya ada kuasa, bela lah melayu yg lemas dan sesak dalam kekotoran ini, bersihkan lah puisi syair nyanyian melayu dengan bahasa yg kuat dan mampat,,,Sucikanlah perjuangan membela bangsa melayu yg makin terkenal di dunia dengan kekotoran ini, tetapkanlah kekuda gayungmu agar dapat menepis pukul curi deme...Basuhlah kekayaan bahasa, budaya, bangsa dan tanah ini, agar ianya tidaklah di cemari lagi...Tapi nak basuh cam ne, air sungainya masih kotor!
Kerbau seekor terpalit lumpur,
Lumpur di basuh air hujan,
Kuatkan bangsa yg makin luntur,
Lebihkan kebersihan dalam perjuangan.

Monday, June 13, 2011
Pelanduk "lonye" di tengah..,
Rempi/berselerakan pokok buluh aur di pinggir tebing Sg.Tembeling di kerjakan oleh gajah-gajah liar, memang buluh makanan gajah,..Walaupun habis rempi, namun buluh 'aur dan tebing tak kan berpisah' kukuh sungguh hubungannya...Tebing payoh/susah sikit nak runtuh kalo ada buluh aur tumbuh di tepinya. Gajah-gajah liar adalah binatang lindungan, kome terpaksa mempertahankan gajah walaupun gajah lagi kuat dari kome..,Ini mungkin sudah tersurat bahawa binatang itu tidak mempunyai akal, walaupun di anugerahkan daya ingatan yg kuat,..Akalnya manusia lebih kuat dan boleh mengalahkan kekuatan fizikal...,Kome menyayangi dan menghormati gajah kerana kome ni di negeri 'Tok Gajah'..,Ianya lambang kekuatan kome..
Dalam pembangunan yg berlangsung dengan rancaknya di sekeliling kampung2 di pinggir sungai kebanggaan kome, yang merupakan lebuhraya utama sejak berabad lamanya, sebelum negara kome merdeka, semasa negeri kome di gelar Inderapura....,Kini lebuhraya yang mempunyai berjuta rahsia, jasa dan khazanahnya di pinggirkan, ianya di biarkan keruh, terhakis dan tohor/cetek akibat dari pembinaan lebuhraya yang baru,,..Yang mana bukan sahaja pokok buluh yg rempi di baham oleh 'gajah yg berakal' malahan hutan, bukit musnah dan hilang aslinya. Sudah menjadi lumrah manusia sudah dapat gading bertuah tanduk tidak berguna lagi...Yang malang tanduknya dah patah, hancur tapi gadingnya belum tentu dapat di gunakan dan tidak sempurna seperti tanduk...Mungkin sebab itu lah logo negeri kome ialah gading gajah bersilang..jadi mungkin bermaksud..,Hanya yg bergading berkuasa mutlak.
Musim gajah-gajah berkacut/mengawan hampir tiba, mereka akan turun ke kampung2 berkempen, menghambur janji, menayang gadingnya yg bertuah...,Mereka sanggup berbuat apa saje demi untuk memenangi hati pelanduk dan haiwan2 lain, memilih mereka sebagai raja di rimba. Gajah tersebut akan berlawan parti cap gajah yg lain, pelbagai cara termasuk memfitnah, mencaci, menghina untuk menang. Mereka sanggup merasuah, mereka sanggup berhabisan berbillion...,Yang paling memalukan,mereka akan berusaha menelanjangkan sesama mereka...Tanpa mereka sedari, bila mereka bergaduh, berlawan sesama mereka atas alasan untuk kebaikan rimba dan penghuninya,,,Habis hutan di sekeliling deme/mereka rempi, haiwan lain dan "pelanduk lonye/lembik ditengah" pertelingkahan mereka..,
Di kampung kome ni, replika gading gajah menjadi pintu gerbang di jeti utama kemasukan ke kampung kome..,,Itu lah lambangnya kome menyanjungi negeri yg berdaulat ini,kome sedar, tahu yang di daulatkan tidak ada kesempatan mencemarkan daulatnya melumpuri kakinya berjalan di lebuhraya karpet tanah merah...yang dijanjikan akan di tarkan oleh gajah-gajah tunggangannya...,Sebab itu,replika gading itu di jadikan kedai kopi..,Itulah tuahnya replika gading itu...Piagam kampung bistari yg di istiharkan di kampung kome,di jaga dengan elok dan di jadikan dinding kedai, supaya yg melanggan kedai kopi itu memahami dan mendalami apa yg di piagam sebagai kampung bistari..Kalo tidak kerana kedai itu,mungkin papan tanda piagam itu menjadi tempat ulan menjalar dan jelatang gajah membesar!
Menjerat pelanduk di atas bukit,
Bukit di penuhi jelatang gajah,
Utamakan rakyat kome ungkit,
Poket gon penuh kome tak kisah.....

Saturday, June 11, 2011
Enjit-enjit kekiok..,
Beso kepalanya, langkahnya tersusun rapi, berbaris-baris..Ke bukit sama di ragang/didaki, ke laut ke darat deme/mereka tetap sebaris, tersusun singgah membina istana busut, begitulah lebih kurang pengenalannya "Sang Kekiok" atau anai2 berkepala beso yang di panggil uleh orang duduk di Jerantut nun. Kalo kome di kampung ni berjalan memalam hari, sokmo terpijok atas barisan kawad Sang Kekiok membuat busut, buleh terkencing juga sakitnya,buleh berdaroh kena gigit di menatang ni..,sampai tercabut tulah kepalanya kekiok tu bila nak cabut gigitannya. Orang tua dulu kabo kalo terpaksa berjalan dekat tempat Kekiok ni buat busut, tarik nafas kancing gigi dan berjalan lah menyeberangi lebuh raya kawasan kuntrek kekiok tu, gerenti taknya gigit di kekiok itu..,Dari psikologinya bila kite menarik nafas, ini akan menenangkan urat saraf dan bila kite ngancing gigi ini menaikkan semangat atau rasa berani.,Ini berdasarkan kajian ke atas tarian "Hakka" oleh pemain ragbi "semua hitam" New Zealand yg tak de felda, macam Malaysia yang ada felda New Zealand,..
Dalam rancangan Semut besar "menyamaratakan" muka bumi .yang tak mungkin akan sama rata, busut kekiok di sekeliling kampung kome semakin berkurangan. Jadinya, kome tak perlu lagi ngancing gigi untuk berjalan..,Sebaliknya kome terpaksa menutup hidung dan mulut untuk melalui lebuhraya yang di janjikan, kalo dok batuk kering lah kome, dan lubang hidung kome akan berlongkoh-longkoh/berketul-ketul dengan debu2 kemajuan yang di rancangkan oleh Semut Besar...Melihat dari sudut realitinya,...Telah banyak menda terkorban bukan saje busut kekiok, bukit dah botak, sungai dah kotor..,Selain itu juga, Semut Besar telah membawa "Semut Merah" dari seberang untuk menjayakan prujek/kuntrek mega mereka..,Ladang kelapa sawit, kebun getah, kuntrek binaan bangunan dan jalan serta termasuk Menara Kembar KLCC, yang jadi kebanggaan kome,..penuh dengan Semut Merah berkerumun..,Mungkin Kekiok kampung, tidak berkelayakan membancuh simen...,Tapi yang nyata, Semut Merah telah membina Malaysia menjadi negara yang maju.
Dari sejarahnya, dulu kalo ade prujek di kampung kome, semua kekiok akan berkerjasama membina jeti, masjid dan mungkin juga sekolah...,Jadinya, kekiok kampung tentu akan bangga dengan hasil binaan mereka sendiri, untung dan rugi di kongsi bersama..,Tapi cara kekiok berkerjasama dan memikul bersama menda yg berat, telah di hapuskan..,,Budaya, adat, bahasa dan bangsanya kekiok di pinggirkan..,Tukey kuntrek, yg berkroni akan menyapu semua keuntungan dan membuka peluang pekerjaan kepada semut merah dan bukan kekiok..,kekiok cuma perlu undi 5 tahun sekali, tak pe lah kekiok kena pindah ataupun tenggelam dalam banjir setiap tahun..,,Janji setiap 5 tahun, kuntrek akan di keluarkan..Mungkin kerajaan tiada keuntungan dengan amalan berkerjasama dan bergotong royong..,Kalo kuntrek diberikan kepada kroni semut besar, baru lah buleh tanggung kekiok pegi Haji dan Felcra percuma...
Bila sebut pasal kekiok, ceritanya lebih kurang sama dengan ahli kroni semut yang lain..Ada Semut Misan, deme ni bercempio/bercelaru sikit cara kerjanya..,tumpoh air tea..,tak de menda mengerumut/berkerumun lah demenya.,..Ada semut lada, kalau kena gigitannya..,sakitnya macam pedas rasanya menyengo/menyengau. Kerengge lain pulok boleh di gunakan menjaga tanaman dari serangga perosak, amik sarangnya letak atas junjung kacang, ulat bulu beluncas tak de,,.menjulur molek kacang panjang.tapi, kena kencing di kerengge pedih juga mata. Semut paling seksi semut tongek, selalu di atas pokok langsat, pokok nyiur, jambu..gigitannya buleh jadi sakit gatal yg sedap di garu. Semut hitong/hitam pulak buleh di kail macam ikan.,,guna kemuncok, ..,julur,jolok lubangnya di dalam tanah dan semut itu akan mengigit umbot kemuncok tersebut,...Pentingnya cerita semut bukan mati sebab gula...Tapi kerjasamanya, tak kira semut kecil besar, merah, biru....Jangan biarkan budaya kekiok pupus seperti Temelian yg tak mudik belaga lagi!.."Enjit-enjit kekiok", bila sakit naik lah atas....Jangan kena tijok/pijak sokmo!
Kekiok muda sibuk bekerja,
Hak yang tua sudah tak rot,
Pertahankan kampung berbudaya,
Jangan jadi macam robot...,

Thursday, May 19, 2011
Manis Yang Ditelan..,
Berguguran kejur(buruk kerana terlebih masak) begitu aje buah kepayang, terbuang..,bukan kerana di telan pahit, tapi tiada yang tahu bagaimana cara mebuatkan ianya sayang untuk di buang atau di biar kejur begitu sahaja. Sudah menjadi resamnya, buah tersebut bukan sahaja tidak lagi di hiraukan keenakannya, malahan peribahasa yang mengingatkan kome tidak lagi di guna pakai.."jiwang", bahasa lapuk dan lebih teruk, buah kepayang tersebut tidak lagi di kenali oleh generasi mendatang.
Berlainan pula dengan dengan kemanisan tebu, manisnya menjadi ketagihan kome di kampung malahan seluruh Malaysia. Kome tak minum teh tak bergula, kome tak makan kuih yg tak manis...dan kome berbahasa yang manis-manis, tidak mencaci, tidak mengherdik,..Bukan kerana kome tak pandai marah, bukan kerana tidak pandai mengutuk laknat...,Tapi sudah adatnya kome orang kampung, bercakap selalu berlapik,..Dan kome akur dengan manis itu bukannya gula, manis di pandang budi bahasa serta manis itu bukannya wajah, manis di lihat tutur dan cara...
Dalam kemanisan adat dan cara kome, ianya juga di pandang sebagai melayu kolot..,mungkin kerana kemanisan ini tidak akan menjadikan kome seorang jutawan, walaupun datuk nenek selalu berpesan, biar miskin harta asal kaya budi dan bahasa...Walau bagaimanapun, di atas kemanisan berbahasa, sudah tentu ianya banyak di salah gunakan, seperti kome menggunakan gula yang berlebihan dalam makanan dan minuman.
Penyalah gunaan bahasa yang manis selalu di gunakan dalam menabur janji manis..,,Biasanya kemanisannya janji, mudah di lafaz dan manisnya di telan dengan hamohnya/haloba/tamak,..seperti janji 5 tahun sekali. Janji yang paling populor pada musim ini biasanya,"Gon/kau urang/deme kalo aku menang melaga ayam tahun ini, aku akan tar jalan raya sampai ke lungkang/longkang dekat rumoh"..,Setelah menang ayam lagaannya, genap 5 tahun jalan masih bertanah merah, maka janji manis baru "Menang tahun ini, jalan tar sampai ke reban ayam!"..,,5 tahun seterusnya jalan tanah merah yang lama tak betul ukur, kena ukur semula..Jadinya janji tahun tu, "Ayam aku menang tahun ini, jalan tar dengan jambatan baru"...5 tahun seterusnya,,,ayam dah tua, tak boleh nak di sabung lagi,,jadinya baka ayam baru, jadinya janji ayam jalak yang baru,,Tahun ni "kalau menang jalan tar sampai ke depan tangga"..begitu lah 5 tahun seterusnya...ianya sentiasa manis di janjikan..",Manis yang di telan" di luah sayang..di telan takut kena kencing manis!
Manis lehek si buah lembe,
Di makan bersama jambu kelat,
Janji di semai muka tak lebe,
Laksanakanlah jangan main elat...!

Subscribe to:
Posts (Atom)