Musim katak mati katak akibat mengawan dalam musim pejur/hujan beransur hilir ,hanyut dengan lumpur darah, bukit dan gunung yg terluka akibat tebasan mahkluk rakus...,Lumpurnya ada yg tersangkut di kuala, bersarang di lubuk dan melekit, menutupi gebu putih pasir di tebing sungai ini, yg menyukarkan Kerik(Cengkerik) mengali lubang untuk beradu di dalam pasir dan bernyanyi menandakan giliran mereka pula untuk mengawan menggantikan katak,,Bersarangnya Kerik di pasir, memudahkan kerja pengail dan penaut, mencari umpan..Lumpur selutnya sama tebal dengan merahnya turapan denai laluan budak yg bermain Tas(sorok-sorok) dan Lamperit( lari-lari) di petang hari,...Permainan Tas tidak sesuai di mainkan di waktu petang, kerana sedikit bahaya kepada kanak2 untuk menyorok di waktu petang,,Orang tua dahulu mengatakan berkemungkinan di sorok "hantu kopek".
Lamperit merupakan permainan yg meminta kepantasan larian, boleh di mainkan di kawasan yg besar mahu pun di bawah rumah tradisional yg tinggi tiangnya,,Rumah yg di bina mengikut piawaian banjir tahunan, rumah yg tidak menyekat laluan air...Tidak seperti rumah konkrit yg tidak menyerap air, yg menjadikan ibu negeri Indepura ini di serang banjir, yg menjadikan Proton yg di banggakan negara terapung- apung seperti pelampung jaring di hulu negeri Inderapura yg makmur ini,,Mujurlah Sg. Lembing tidak menikam kan limpahan marahnya.
Lamperit di mainkan dengan kumpulan yg ramai, 10 org kanak-kanak merupakan ahli yg sedang elok di mainkan..,Sebagai permulaan, semua pemain hendaklah meletakkan jari Telunjuk di atas tapak tangan salah seorang dari ahli pemain..Dan pemain tersebut akan menjeritkan "Lamperit!", setiap pemain hendaklah mengangkat/menarik jari telunjuk dari tapak tangan Si Penjerit perkataan Lamperit. Pemain yg terakhir yg mengangkat jarinya atau jari telunjuknya di tangkap dalam genggaman tapak tangan pemain yg membuat jeritan lamperit akan menjadi Si Pengejar kepada 9 pemain yg lain.
Apabila Si Pengejar sudah di iktiraf, 9 pemain yg lain hendaklah lari daripada di cuit/di tampan/di sentuh oleh Si Pengejar...Seandainya mereka dpt di cuit, maka Si Pengejar harus bertukar status kepada orang yg di cuit...Tetapi untuk menyelamatkan diri dari Si Pengejar, pemain yg lari boleh duduk dan Si pengejar hendaklah mencuitnya, dan si pelari yg duduk tidak boleh bangun dan kembali lari, seandainya, salah seorang dari 8 pemain yg lari dpt mencuitnya/menampannya...
Seandainya ke 9 pemain sudah tidak dpt lari, dan kesemuanya duduk untuk menyelamatkan diri dari menjadi pengejar dan di cuit Si Pengejar..,Pengejar akan menjerit "Lamperit" sekali lagi...Dan kesemua pemain hendaklah berdiri, pemain yg berdiri paling lambat atau berdiri sebelum perkataan Lamperit habis di lafazkan, akan di istiharkan menjadi Si Pengejar yg baru. Begitu juga di permulaan permainan, seandainya semasa jeritan Lamperit di laungkan, seandainya ada pemain yg mencabut jari telunjuknya, dari tapak tangan sebelum perkataan Lamperit habis di laungkan maka beliau akan jadi Si Pengejar.
Secara ringkasnya, Lamperit permainan yg menyihatkan fizikal, secara mentalnya ianya mengajar ketahanan, kesungguhan dan kekuatan untuk semua pemain bebas berlari dan duduk, ketika perlu rehat dan selamat...Tetapi tidak bila kome jadi Si Pengejar, kalau tidak cukup stamina dan cekap mindanya, kome akan jadi "Lengit", kalau Mat Saleh kabo "Loser". Menjadi pengejar sampai ke akhir permainan..."Lengit main Lamperit"...Seperti kome yg di kampung mengejar kemajuan...Letih mengejar, penat mengharap, jemu menanti...Kampung sudah tidah seindah dulu, senyuman tidak iklas di gulis, beramah tamah tidak di rindu, pantun dan santun tidak berbaris sabdu...Ini kah lambang majunya Melayu?
Bermain congkak duduk bersimpuh,
Congkak di main di tengah laman,
Bersama kekal Melayu yang utuh,
Bangsa kan megah zaman berzaman.
kampung adalah harta dan warisan melayu yang tidak ternilai dari segi intelektualnya, tradisinya, sosialnya dan budayanya. Mengenali dan meyayangi kampung adalah mengenal dan menyayangi bangsa Melayu.
Friday, December 30, 2011
Friday, October 28, 2011
Yang patah dan tumbuh..,
Yang hilang tak mungkin berganti, kalau pun berganti,..Gantinya tidak sama dengan yg hilang,,Begitulah sejarahnya kampung persisiran alur ini, bangsawan kome, Aki Umbot, Tok Murai, Wan Siput, Pak Teh Tapah, Mak Cu Rempit, Ngah Ribut (nama hanya rekaan, tak de kena mengena yg hidup dan yg mati),,, yg pergi meninggalkan kome, pemergian deme/mereka semua kebanyakkan oleh penyakit tua, di mana sudah jadi resamnya kehidupan, setiap yg hidup pasti akan mati,..Jasa deme dengan alur ini, sama saja dengan hutan yg membekalkan oksigen ini, yg membekalkan kayu Jati tiang pasak rumah kome, yg membiakkan rotan dan gaharu sumber kome hilir ke sekolah menimba ilmu, yg menyerap air di musim pejur/hujan agar kome tak hampuh/tenggelam dek banjir, yg mengukuhkan tebing sungai dari runtuh terhakis, yg menadah hujan dan membekalkan air supaya penduduknya di hulu dan di hilir tidak mati kehausan...Jasa bangsawan kome memastikan bangsa Melayu di hulu ini, terus merdeka dari penyakit sosial dan budaya kuning. Di alur ini dalam sejarah yg di catat, tempat sembunyi dan larinya pejuang kemerdekaan,..Alur ini, salah satu punca mata air yg mengalir ke Sg. Pahang..Sungai yg terpanjang di semenanjung, sungai yg bukan sahaja patut di kenang tetapi di kekalkan sejarahnya, yg mempunyai lebih dari beratus jenis ikan yg mungkin kini tinggal hanya tidak lebih dari 15 jenis ikan...Wallahualam.
Yang pergi bersama bangsawan kampung adalah adat berdero/gotong royong...Bersama menebas, memerun(membakar), menuai padi yg di tanam..Walaupun di zaman itu, Tanah Melayu ini bukanlah negara pemakan nasi tertinggi di dunia, tetapi demi membangunkan ekonomi sendiri dan menyokong ekonomi negara,,Kome tidak makan beras Siam dan India...Dengan semangat "Satu kampung satu alur" kome bersama memastikan padi yg di tanam makin tunduk dan makin berisi. Semangat berpadi ini adalah salah satu jalan penyatuan kome di kampung bagi menyahut slogan 1 Malaysia,...Tetapi adat ini telah di gantikan dgn penanaman kelapa sawit yg bukan sahaja memaksa kome mengimport beras, malahan juga buruh dari seberang untuk melakukan kerja2 yg lebih berat atau sama beratnya kalau di pikul bersama....Yang penting makanan ruji/harian kome tidak perlu bergantung pada hasil import.
Yang tiada lagi di kampung kome ialah amalan berdonek/ziarah dan semangat kejiranan,.. kome semakin mementingkan diri sendiri,,,Ayam jiran berak di lambur/berenda pun kome bergaduh..,Kambing kome mengembek di belakang rumah deme pun di sumpah seranah,...Kalau dulu jiranlah tempat di pertanggungjawabkan melihat ayam dan itik, kebun dan rumah, kalau kome nok hilir beli baju baru di Jerantut,.....Jiranlah tempat meminjam gula, kerana tebu yg di tanam belum di perah dan kisar menjadi gula, yg bukan sahaja harganya semakin naik, malahan tidak mencukupi bekalannya untuk negara ini...Dan kome terus menerus membelinya, tanpa kome sedar alangkah bagusnya jika kome di kampung berdero menanam tebu, supaya gula tak payah di beli lagi dan masalah ketidakcukupan gula negara berkurangan..
Yang semakin berkurangan adalah keselamatan dan keharmonian kampung, dulu sukarelawan yg menjaga kampung dari sebarang kecurian dan sebagainya..Namun kecurian amatlah sedikit, rompakan boleh di katakan tiada, rogol boleh di katakan tak dengar cerita, anak di culik tiada di hura hebohkan, kalo ada pun anak lari merajuk ke rumah Aki nya atau sedaranya yg lain kerana takut di rempit/rotan, yg mana keselamatannya boleh di katakan sangat terjamin...Yang mati lemas, patah riuk jatuh memanjat tidak mungkin sekerap mereka yg merempit di jalan raya.
"Yang patah dan tumbuh" semula di kampung ini, tidak semeriah dulu, tidak semuafakat seperti sebelumya, tidak sekukuh mana ekonominya, tidak sehebat mana adat dan budayanya...Kerana yg patah adalah semangat Melayu jati, yg mempunyai budaya adat yg tulen, bahasa dan jiwa yg jernih tidak sekeruh sungai di alur ini, yg dulu sama di baiki alurnya yg di lalui, sama di tarik perahu yg lekat,,,,Yang tumbuh kini ialah menjalar mengejar kontrak yg di tenderkan, bersemangat matawang untuk bersatu padu, berkira untuk mencebet/menjinjing benda yg ringan..
Patah tumbuh hilang berganti,
Nyiur yg patah mati terus,
Payah membaiki bangsa sendiri,
Namun maruahnya harus di tebus.

Thursday, October 13, 2011
Setitik air segunung emas..,
Ke bukit sama meragang/mendaki mencari rotan,yg tidak lagi bernilai harganya, kerana sesudah tumbang di punggahnya Meranti, pasti saja Manau tidak berguna lagi, bertambah malang nasib si rotan Manau apabila meranti yg di jadikan pohon sandaran baginya melilit, bertarung, memucuk untuk mendapatkan cahaya matahari yg semakin hari semakin panas untuk membesar.., Kepanasannya cahaya matahari menjadikan baka si Manau mati kepanasan, ekoran tiadanya naungan dari Meranti dan sekutunya yang mengembara ke bandor Jerantut dan lain2 kilang papan dan perabot seluruh Malaysia dan dunia, Sahabatnya si Manau telah banyak yg hilang, Mat Gaharu telah hampir hilang baunya aroma, terasnya tidak seutuh dulu,..Tidak sehebat dan seutuh keris lambang bangsa, yang telah tumbang seperti tumbangnya Meranti-meranti tersebut.
Ke paya kome berjalan melintasi denai babi hutan yg semakin berkurangan bukan kerana Padi yg menghijau, yg di kawal ketat oleh petani, bukan sebab tertusuk duri dan tersampuk akar, tetapi kehadirannya denai babi beroda yg baru ,menyebabkan denai2 babi liar tidak ter urus malahan di kambus selutnya, untuk menyondol cacing pagi untuk makan pagi menyondol petang di tembak orang.. dengan selut yg baru, menjadi harga setitik alirannya ke sungai yg mengandungi H20 yg tertulen boleh di ragui kandungannya..Mungkin Profeser Klorin boleh memastikan air kita terus boleh di minum dan di wudhu kan.
...Ke luroh/lurah sama kome randukan utk mencari siput penyedam Gulai Rom kome..,Kome beroda kan kekuda, berhawa dinginkan mata air yg tiada sekatannya alirannya, mengesot(cara siput bergerak) siput biar lambat asal selamat, tiada riak sewaktu bergerak..yang mana riaknya di air, kome tahu menda jenis ikannya..Riang berenang si ikan kekadang terhenti seketika, bukan kerana laluan alurnya ikan sudah di permudahkan dengan "highway" berlampu isyarat yg berwarna merah untuk berhenti, tetapi kerana cerong( mata yg masuk habuk kecil/pasir) akibat kekeruhan mata air ini..,Ikan menampir dan meloncat, bukan kerana girangnya menangkap sesibo(sejenis serangga), atau ulat yg jatuh bersama gugurnya bunga pokok Jado, tetapi akibat bekalan elektrik yg tidak mencukupi di kampung dan keuntungannya di pertikaikan, tetapi kejutannya melimpah ruah getarannya ke dalam sungai bekalan termahal di dunia yg semakin panas ini...Jadinya bekalan air tulen kome sudah menjadi H2O + elektrik
Ke darat kome menghaga/ menghalo kerbau yg tidak mahu di tindik hidungnya supaya bertenang di dalam mengejar air garam yg di umpankan, yg memasukkan kerbau terkurung di dalam kandangnya, hilang kebebasan untuk meragut rumput liar...Air garam di jenut Kijang yg membuatkan si Kijang lupa akan perangkapnya, kemasinannya membolehkan kome yg makan Sambal Belimbing Buluh Ikan Sia tidak menitikkan peluh ketika memakannya..Setitik airnya garam tidak semasin manusia yg hidup mewah di pinggir Sungai Klang...Yg memikul beban untuk melunaskan harga setitik air, setitik petrol dan setitik air liur yg memaki hidup untuk hidup senang. Setelah habisnya bijih di Sungai Klang itu..Kini aliran airnya menjadi hampas yg tidak sedikit pun di kenang malahan jadi tempat buangan anak haram yang beribu ayahkan kemajuan yang di banggakan."Setitik air segunung emas" tidak sama nisbahnya, tidak betul hitungan matematiknya, tidak bijak kajian sainsnya, tidak jernih lagi hati manusia yg mengatakan emas itu yg di cari air itu boleh di beli..,
Sarat berkayuh perahu ke hulu,
Perahu di kayuh ketepian,
Rasa senang zaman dahulu,
Budaya bukan ketinggalan zaman....

Tuesday, September 20, 2011
Budinya Ubi Kayu.,
Musim bertukar ganti, musim pejur/hujan semakin hampir bertandang, walaupun musim2 yg bersilih ganti ini tidak lagi teratur waktu dan masa pertukarannya, namun tiupan angin monsun dari Laut China Selatan, masih lagi membawa hujan kepada bumi kome, mencipta hujan dan lembab sepanjang tahun,,Tanpa angin ini, mungkin kepanasan tanahair kome semakin meningkat kering dan sungai kome semakin tohor/cetek..Lalu iklim khatulistiwa ini akan bertukar menjadi hujan dan kering sepanjang tahun...Jika Iklim ini bertukar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan mendapat kesan yg paling ketara..,Kesannya kepada manusia tak perlu di pikirkan kerana, khalifah muka bumi inilah yg menerajui bumi dan tanah ini.., Apa yg terjadi, sudah pasti dapat di atasi kerana kelebihan manusia yg di anugerah akal, menjadikan mereka lebih waras dan bijak dari mahkluk Allah SWT yg lain., Namun sebagai diri yg di amanatkan menjadi khalifah, perlu kita menyayangi dan menghormati mahkluk yg lain..
Setibanya musim pejur ini, kome biasanya akan bertambah nafsu makan, kesejukan dan kurangnya aktiviti luar akibat hujan seharian, mengingatkan kome pasal ubi-ubian,..Terutamanya Ubi Kayu, yg merupakan makanan utama di zaman penjajah...yg mudah di tanam, tidak perlu berbatas/gemburan tanah dan berbaja, hanya perlu batang kayunya dan mengambil masa yg singkat untuk mengeluarkan ubinya....Cara memasaknya juga ringkas dan mudah, hanya perlu di rebus atau di bakar, tidak banyak rasanya, perlu di colek/cicah dengan gula, nyiur/kelapa yg dikukur atau manisan madu lebah/tebu/kabung serta sambal tempoyak.
Selain dari ubinya yg boleh di makan, pucuknya juga boleh di celor/rebus mengantikan pucuk paku dan pucuk2 lain yg hampuh/tenggelam di musim pejur/banjir...Boleh juga di masukkan dlm gulai Asam Rom sebagai pemancas/penyedap..,Melengkapkan khasiat yg di perlukan oleh badan iaitu sayuran hijau, yg penting untuk melawaskan cernaan dan mencantikkan kulit kome di kampung, tanpa gunakan krim dan losyen yg tidak diketahui apa jenis bahan kimianya...Ubi kayu sendiri di perakui oleh para sainstis, merupakan bahan fiber yg tinggi, yg menyerap toksik dlm badan menjadikan bahan cernaan. Ubi kayu juga banyak jenisnya..,Antaranya Ubi Kayu Gajah, antara ubi yg tidak di sondol oleh babi ketika membuat denai jalannya, boleh hidup beratus tahun dan tidak secantik dan semahal Meranti untuk di ambil pembalak yg rakus, di jadikan pohon teduhan di musim panas kerana kerendangannya, isinya memabukkan.
Ubi kayu merupakan antara makanan ruji/harian di Afrika, khasiatnya menjadikan manusia yg lahir di disana bertubuh besar dan sasa...Malahan khasiatnya juga menunjukkan, ramai org yg berkulit gelap sikit dari kome di kampung ini, kuat dan pantas..Ini terbukti dengan penyertaan mereka di dalam sukan bolasepak Inggeris dan olahraga...Kalau di ikut logik akal kome, zaman penjajah dulu nenek moyang kome juga makan ubi kayu...Tidak hairan mereka bertubuh sasa dan besar serta kuat semangat menentang penjajah..,Tapi sekarang orang kome sasa juga, akibat dari ubi kentang goreng dari KFC dan Mcdonalds yg menjajah dunia dan menyebarkan kolestral yg tinggi, yg mudah menyebabkan darah tinggi..Tidak seperti ubi kayu dan pucuknya yg di kaji merupakan bahan membuang angin dan mengawal tekanan darah....
Selain dari ubi kayu, banyak lagi ubi lain yg terdapat di kampung kome yg mempunyai khasiat yg berbeza..,Ubi Keladi yg kekadang memiangkan, terutama batangnya..Betul cara masak dan petuanya, Khasiatnya jauh dari KFC family box,..Ubi Keledek, Manis rasanya..Di goreng bertepung atau di rebus, sedapnya melebihi Mee Segera, yg byk bahan awet dan perisa yg tidak di ketahui asal usul..Pucuk Keledek boleh di buat ulam. Ubi Kemili dan Ubi Junjung, sedap di rebus dan di makan dengan manisan, sedap lagi kalau di buat bubur. Ubi liar yg lain, melata tumbuhnya di hutan kome yg semakin mengecil Ubi Takup, Ubi Jaga..Khasiatnya masih lagi perlu kome cungkil dari "Tok Batin" dan "Pak Angkat" kome yg lain..Ketepatan sumpitan mereka yg selalu mengenai sasaran, selalunya membuahkan hasil membesarkan dan menambahkan zuriat mereka, antara khasiat rahsia dari ubi-ubian liar tersebut...
"Budinya Ubi Kayu" dan ubi2 lain dlm menyelamatkan datuk nenek moyang kita dari kebuluran di zaman dahulu di lupakan,,Seperti sahaja kome yg makin lupa cara untuk berbudi pada tanah air ini..Generasi kini dan mendatang semakin taksub dengan kemewahan mengejar harta yg tidak boleh di bawa ke dalam tanah ini,,Kebudayaan Melayu dengan makanan ubi-ubian tidak mendapat hati dan di sayangi oleh bangsa di tanah ini sendiri...Junjungan Melayu tidak kelihatan di pucuknya seperti Ubi Junjung dan ubi lain.., Memanjat megah di singgahsana..,Kelayuan kerana leka dengan kebanggan kuasa, tanpa sedar tenaga untuk berkuasa itu datangnya dari sinar matahari ciptaan yg Esa..Terang, mendung dan ada peredarannya.
Tanam ubi jangan lah rapat,
Senang menggali bila ber ubi,
Tajukkan Melayu yang beradat,
Semaikan benih bangsa berbudi....

Tuesday, September 6, 2011
Kome hanya "Agas".
Mengapenya kome tak dapat melupakan keunikan hidup kome di kampung, kitaran semulajadinya begitu indah di hayati, kome dan alam terasa rapat..,. Dengan pacat kome menderma darah, tak perlu menderma darah pada manusia, kerana tak de lagi di kampung kome, org belanggor mutor/kereta yg membulehkan deme/mereka hilang darah, kalo ade pun luka kena duri rutan, duri terlanggor tali besi menghalang kerbau yg dipupuskan(kerana membawa agas) yg ada mungkin tekanan darah tinggi...yg di sebabkan tekanan hidup,kurang senaman, keturunan atau terlebih kolestral dlm makanan dan lain-lain sebab. Antara berdonek/berjalan di waktu pagi atau petang, mahupun malam sebab Liga Inggeris dah mula..,(Liga kampung, kena tunggu jersi percuma dulu) , kesepian dari pencemaran bunyi, melainkan hiruk pikuk siamang, siulan burung murai dan hawehan/teriakan/laungan rakan sepejabat opis dengan pen tajam berdakwat putih melukis pelan pada pukok getah yg di import dari Brazil..Pukok "Asam Rompedasmanis" bahasa "Pengorian". Bergaduh dgn nyamuk dan agas.
Berwayat/Cerita tentang "Agas"..Zaman sekolah dulu, di pagi hari dgn pakaian seragam sekolah menyanyikan "Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku" hingga akhirnya lagu itu..(tapi tanah yg di pohon selalunya mendpt jawapan ianya dlm perhatian)..Walaupun terpaksa menggaru betis kome hingga berkurai/cakaran dari garuan akibat gigitan agas...tapi kome masih tegak berdiri menyanyikan lagu itu dengan semangat.,kome mengadap tiang bendera buluh yg kekadang di guna untuk mengocoh/mengait buah rambutan dan langsat. Tapi sekarang agas dah tak banyak, kome gunakan lingkaran ubat nyamuk dan semburan racun serangga, yg sangat memberhaya kepada bayi dan kanak2. Lagi bahaya dari gigitan agas. Lagipun agas,nyamuk kampung tak sebahaya nyamuk di bando nun..nyamuk hasil longkang kemajuan yg tersumbat.
Agas adalah sejenis serangga yg sangat halus, payah di lihat dengan mata kasar..tetapi gigitannya melahirkan seribu jenis gatal yg tidak terbanding, tidak seperti gigitan tungo iaitu sejenis serangga yg juga mustahil terlihat dengan mata kasar, sehingga gigitannya boleh membengkakkan dan ianya akan kelihatan seperti titik merah di kawasan gigitan tungo...gatalnya jauh mana sedap, kena gigit Agas...bukan macam gatalnya keladi pemimpin sekarang, bila jadi YB mesti tambah bini.,..ya habibi YBBB(Yang Berhormat Bini Banyak) tapi tak semua YB, dah memang jodoh nak buat goner!
Agas ni biasanya di bawa oleh kerbau, lembu, kambing, babi, cipan,,Orang tua-tua berpesan kalo ada Agas, biasanya ada la binatang yg berada di sekitarnya kawasan terebut..Kenapa org asli tak hirau pun agas, tak de pun Agas di kawasan kampung deme..., Agas takut asap, dapur orang asli sekarang sentiasa berasap, sebab deme lebih merdeka mengamalkan budaya mereka lebih dari kome melayu kampung yg maju, yg tidak di sedia didikkan kitar semula bahan terbuang yg menjadi bekas nyamuk bertelur, sebab kome di kampung tak ramai..Kalo ada kemudahan senanglah bermuafakat gunakan untuk mengurangkan gigitan nyamuk, yang tak macam agas, buleh kena demam kura2/malaria dan macam2 penyakit lagi sebab gigitan nyamuk
Dalam perihal gigitan Agas salah satu serangga kejadian yg Esa yg pastinya ada pekdohnya/faedahnya kepada kitaran alam..Ahli sains mengatakan setiap kepupusan serangga akan mengakibatkan kepupusan pada serangga, binatang dan tumbuhan yg lain...kalo logik akalnya kome pikir, kalo Agas pupus mungkin proses perdebungan(bunga jantan bercantum dgn bunga betina) pukok jador, jambu air akan berkurangan..maka ikan, beruk dan haiwan lain yg memakan bunga dan buah ini akan kekurangan sumber makan...Madu lebah, kurang khasiatnya, kerana kurangnya nektar bunga. Tetapi apa nak buat "Kome hanya Agas"...,kata Si Agas, macam kome orang kampung, budaya melayu kome pupus tak kan di hirau kepupusannya.
Berbintat merah di gigit Agas,
Merahnya hilang di sapu kapur,
Kampung kome Melayu berhias,
Sayang adatnya sudah kabur.

Friday, August 26, 2011
Melentur buluh lemang merdeka..,
Musim sabar di penghujungnya, yang memenuhi kehendak musim sabar ini ,akan meraikan kemerdekaan deme,...Kejayaan deme menahan lapor dan dahaga, kekuatan mereka menunduk nafsu amarah dan batin, kehandalan memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut dari perkara yg di larang, menunjukkan kuatnya orang yg menjadi pengikut Al-Quraan dan Sunnah yg merdeka dari hasutan setan yg di ikat, segala amalan di musim ini di lipat gandakan, sedekah di galakkan, pelbagai amalan sunat di perbanyakkan. Sejuta bintang bandingan keindahan musim ini, bulan dengan jelas menunjukkan malam2 musim ini terang benderang. Pendek kata setiap amalan baik di musim ini cukup menghapuskan dosa setahun malahan berpuluh tahun, itu kebesaran yg Esa.., Pengampun, Pemurah dan Pengasih.
Dalam persiapan menyambut merdekanya musim sabar, beras pulut yg di tuai di bendang Ah Siong, santan nyior yg di perah dari kelapa Mutusamy yg bermutu lemaknya, ayam suntikan yg melembutkan dagingnya, daging lembu New Zealand rumah sembelihannya, sutera satin sulaman ulat bulu China, sampin tenunan Jawa dan Siam, sepatu kulit dari Roma De Italia dan pelbagai perkakas keperluannya musim merdeka mewarnai Tanah Melayu yg merdeka. Kayanya bumi melayu ini sehingga semuanya perlu di import dari luar negara dengan menggunakan jutaan gelen minyak membawanya dari seluruh pelusuk dunia. Kome di kampung bertanya manakah hasil sumber asli tanah ini? Adakah ini lambang negara yg 50 lebih tahun tuanya merdeka menonjolkan kemajuannya?
Dalam meraikan merdeka ini, lebuhraya yg berjuta kilometer panjangnya, beratus depa lebarnya...,sesak, sempit, huru-hara, maut tak terkira banyaknya hasil dari tayar yg di perbuat dari getah torehan kome, dari kilang kereta keluaran negara.., Jalan yg maha besar itu tidak di cukai/tolkan kerana ianya mengundang nyawa sempena beraya. Kome bandingkan mautnya di lebuhraya itu dengan mautnya di sungai lebuhraya lama di kampung kome ini, jauh bezanya. kome bersyukur, tetapi si kuntrektor yg berkroni dengan politaik itu mengatakan sebaliknya, kome sepatutnya bersyukur deme membina jalan dan mengotorkan sungai lebuhraya datuk nenek moyang kome yg bergalah, berkayuh dulu...Di mana bijak dalil akalnya? Itukah perubahan kemerdekaan kome semua, bersama menolak perahu yg tersadung dengan memulaskan stereng pacuan 4 roda...lain nilai kerjasamanya. 4 roda itu, akan menerbangkan debu yg menusuk lubang hidung yg terpaksa di korek di mana akan membatalkan puasa,,Dan jikalau hujan di musim merdeka ini, kome terpaksa beraya dengan selut yg sampai ke peha...Perahu yg lekat hanya perlu di tolak dengan sepakat.
Dalam kekalutan sambutan merdekanya musim sabar ini, kome mencari buluh untuk di buat lemang. Buluh yg di cari buluh yg muda, yg miangnya putih bergebu dan berdebu agar lemang yg di masak tidak perlu di bakar terlalu lama, yang mana mungkin mengeraskan dan mengering lemaknya santan dan pulutnya. Buluh yg muda tidak terlebih tua, supaya senang di belah dan di makan pulutnya....,Bukan buluh aur yg menguatkan tebing sungai kome, seperti hubungan kome di kampung pinggiran dan hulu sungai ini yg sentiasa berkerjasama, kerana buluh aur tebal yg sesuai di buat lantai rumah tradisional, bakul dan pelbagai krafnya. Buluh yg panjang ruasnya, agar byk pulut yg dimuatkan ke dalamnya. Bukan buluh yg tirus yg dulu di jadikan penjolok/pengait rambutan dan langsat dan area tv. Buluh muda yg masih boleh di lentur, walaupun bukan lagi rebungnya. "Melentur buluh lemang merdeka" membawa kita memahami bangsa kome semua adalah Melayu merdeka yg sepatutnya bebas mengamalkan budayanya sendiri. Nenek moyang kome semua berjuang memastikan kome semua ada budaya sendiri, kaya dengan sopan santun, berbahasa lemah lembut, hormat menghormati, tolong menolong...Apakah merdekanya kome perlu melupakan adat lama ini? Bolehkah cucu cicit kome di lenturkan dengan budaya melayu yg semakin hanyut bersama keruhnya sungai kome di bumi merdeka?
Tebang buluh Kuala Sawa,
Rebung habis di makan gajah,
Kome ucapkan selamat hari raya,
Maafkan segala silap dan salah.

Monday, August 15, 2011
Peribahasa berbahasa ayam..,
Nyaring kokokan ayam di pagi hari, menandakan subuh yang membangkitkan gajah, kokokan yg menjadi panduan waktu sahur di musim sabar(Ramadhan) ini. Nyaring dan riuhnya, tak sebising ketukan si ayam betina yg riuh sekampung apabila melahirkan telur yg menyambung zuriat si ayam...Kelahiran zuriatnya perlu di hebahkan, di raikan, begitulah kebanggaan si ayam. Tiada malunya, walaupun telurnya hanya sebijik, tidak di kisahkan kebisingannya membingitkan, bangga dengan telurnya yg belum pasti akan berjaya di eram menetaskan anak ayam...Mungkin telurnya akan di jadikan, sarapan bersama madu tulen, yg menyihatkan badan tuannya.., Bagi tuannya yg masih lagi mempercayai petua lama nenek moyangnya.
Kaisan ayam dengan kakinya yg di ejek kerana tidak berkasut, menghasilkan rezeki yg tidak boleh di simpan untuk hari esok..,Cakaran kaki ayam, menyatakan tulisannya seperti cakaran tulisan jawi yg telah pun di lupuskan oleh dunia Melayu yang tidak mahu mengais pagi untuk makan pagi, walaupun tulisan itu, merupakan lambangnya perkembangan tulisan dalam dunia Melayu hari ini,..tulisan yg membangkitkan semangat kebangsaan, yang menjuruskan kearah kemerdekaan Tanah Melayu..., yang mana seperti kaum lain yg mempunyai tulisan huruf mereka sendiri...Di mana Melayu tak kan dapat meneka apakah maksud tulisan-tulisan tersebut..,Dan penggunaan tulisan itu, tidah global, hanya untuk bangsa mereka..,Tetapi melayu tidak akan nampak maju, kalau ada tulisan Jawi, yg merupakan asas untuk yg beragama Islam mengenal huruf Al-Quraan.
Dalam kerabunan mata ayam, yg tidur-tidur ayam...Kome nampak tapi tak peduli dengan harga ayam yg turun naik di pasar, kerana kome boleh pikat ayam di hutan untuk di jadikan rendang raya yg menjelang. Lagipun ayam kampung banyak berkeliaran, cukup untuk bekalan satu kampung...,Tapi ayam kampung tidak segemuk ayam Chow Kit, lemaknya tidak nampak gebu, namun begitu, ayam kampung bebas dari penyakit, kerana cacing yg di kaisnya tidak dari longkang lorong hitam yg mengalir lumpur haid dan nifas kemajuan yg tidak mengenal dosa.
Tergadainya tanah bangsa menjadi tauladan kepada kome yg menghayati cerita ayam sabungan Pak Kaduk. Menangnya sorak Si Kaduk, bukannya sahaja mengadaikan bangsa, malahan tidak sedar koyaknya baju Melayu kertas yg di pakai olehnya, menelanjangkan diri dan bangsanya sendiri di mata dunia. Penyabung2 ayam yg menonjolkan kemaluan lawan masing2 di dalam sabungan., Demi untuk menang..,Deme/Mereka sanggup menjatuhkan lawan mereka dengan bertelanjangan sesama mereka minta di sokong. Kegairahan mereka mahu menerajui tanah yg hampir tergadai dlm kemerdekaan ini, seperti ayam togel yg megah berkokok, tanpa menyedari laungan kokokannya menonjolkan dirinya yg tak de berbulu menutup auratnya.
"Hayamph", "Ayong", "Ayang" dan Ayam..,menunjukkan bukan ayam tak boleh berbahasa dengan itik, tapi seperti sahaja kelajuan air yg mengalir di sungai Kome, setiap lubuk, cegar dan kuala, berbeza laju alirannya..,Jadinya sudah pasti berbeza naungan bahasanya di setiap tempat., Dalam "peribahasa berbahasa ayam", kome sedar ramai musang yg terpaksa berbulu ayam, untuk melindungi diri dari bahayanya mangsa sabungan di musim pilihanraya dan menongkah arus memberi pendapat untuk memperjuangkan bangsa...Kome juga sedar amalan ajak-ajak ayam untuk datang ke rumah/kampung kome tidak lagi perlu di amalkan, kerana ianya amalan kolot, yg mahu di kikis dari naluri bangsa Melayu. Kome tak boleh ajak orang mengenal budaya dan meghayati bangsa di kampung sebagai ketulenan akar Melayu. Kerana pucuk dan batangnya pimpinan Melayu, hanya mahu kaya-raya dan bukan membajakan kekayaan taik ayam untuk menyuburkan bangsa, budaya dan bahasa..!
Ayam Jepun balungnya rendah,
Tajam tajinya tiada tandingan,
Maaf dipinta dibulan indah,
Selamat beraya selepas Ramadhan.

Subscribe to:
Posts (Atom)