Monday, November 12, 2012

Riwayat Merbah Kunyit..,

  Basah, lecik berlumpur, ketar menggelogoih mengigil burung Merbah Kunyit kesejukan, kelaparan , kesunyian dari Merbah Kapur yang semakin kecik kelompokkan beterbangan,, akibat dari pemburu haram yang kini tidak lagi mampu meneruskan hidupnya sebagai pemburu haram,, bukan akibat dari beliau pernah merasuah pihak yang berkuasa dan kegiatannya melampaui batas, tetapi akibat tiada lagi binatang lain yang hendak di buru,, selain dari merbah-merbah yang kesejukan di musim pejor/banjir ini. Goreng Berkunyit Merbah Kapur setanding tinggi dan tidak seperti KFC terkenalnya, tapi keranggupan Merbah Kapur ini melupakan Kome/Kami kepada ketinggian KLCC sedapnya, keaslian dan lemak dari merbah kapur bersalutkan rasa Cenerai liar yang di telannya, Manis isinya seperti buah Lember( Buah liar yang manis) yang di hisapnya ketika dahaga berterbangan tersesat di hutan yang terbentang luas, sekecil bahagiannya di dalam hutan yang selalu berdarulkan kemakmuran.
     Dengutan bunyi Merbah Kunyit mengasyikkan, makin ghairah nyanyiannya bila terjumpa buah Tanek yang berpokokkan Lekir,, menjadikan makan malam dengan pasangan yang di siulnya sangat istimewa, siulan kedamaian dari merbah terserlah dengan kecantikan kuning kunyit kepalanya..Kecantikannya menjadi pujaan budak-budak liar di reba dan semak denai laluan babi...Babi-babi yang tidak di tentukan dosanya ,hanya kerana ianya haram di makan. Kerana haram itu bukan sahaja makan babi, banyak lagi cara makan haram..Seperti kerja pemburu haram yang tidak haram di sisi agama, tetapi di haramkan undang-undang dunianya,, Yang pasti haramnya tidak seperti perasuah yang tertera dalam kitab mukjizat dan sunnahnya adalah haram. Mungkin pendapatan kecil seperti pemburu, Ayah budak liar yang menggilai kecantikan Merbak Kunyit tidak cukup tinggi untuk menampung mengisi minyak enjin Mariner 15 yang tidak lama lagi akan di tukarkan dengan kereta Rusa yang tidak dapat di bayar dengan harga sepasang tanduk Kijang.
      Merbah Kunyit terbang rendah..Tidak serendah Puyuh yang berdengut ketika di pijak ekornya oleh Sang Kerbau..Sewaktu Puyuh bermain sambil memburu belalang yang berkeliaran di padang-padang yang berlainan tapi, sama hijau warna rumputnya. Akibat dari pertelingkahan itu, Puyuh yang menendang rongak gigi kerbau yang kuat, seteguh turus pagar  pohon Sungkai yang tidak sewenangnya di cerobohi oleh Kerbau untuk mencuri tebu, yang di tanam di tepian bibir halaman rumah, yang mungkin akan menghasilkan keseimbangan gula di pasaran...Rongak, rompang gigi Kerbau kerana tendangan itu.Kerbau dan puyuh tidak bersahabat lagi, padang itu haram di duduki kerbau dan halal di luasi  lalang dan mengkirai, supaya senang puyuh belari... yang menggantikan Meranti yang di tebang untuk membina jambatan menyeberangi sungai yang dilumpuri Siput dan Sejen. hasil dari janji semanis misan tebu..Yang tidak semanis terbangnya merbah berpasang-pasangan...Yang membuatkan mereka berjanji setiap musim pejor dan tengkujuh, Merbah tidak sejuk keseorangan, mereka saling menemani mengeringkan dan memanaskan badan di musim, yang sudah pasti tidak menyelamatkan merbah dari ancaman budak liar, yang menjebaknya untuk mendengar siulannya, yang tidak berbau berahi dari lunaknya nyanyian, yang pastinya lirik Merbah tidak menghayalkan pendengarnya.
      Sarang Merbah rendah di perdu Kelambu Rimau, Senduduk, Tepus atau lain-lain pokok yang berdahan rendah..Tetapi tidak serendah pinggang Musang dan setinggi leher Biawak..Yang pastinya sarangnya mungkin serendah sarang Tempua tapi nilainya tidak setanding dengan terhasilnya generasi baru Merbah Kunyit yang sama siulan dan pintar mendebungakan pohon durian bagi melebatkan musimnya seperti juga Lebah yang mengkhasiatkan madu asli. Sarangnya bukan ubat seperti sarang Layang-layang yang terbang bebas tanpa tali dan pegangan...Tetapi keranggupan tulang dan isi Merbah tidaklah setinggi ayam goreng Makdonal kolestralnya terbukti tinggi,,, hasil dari ayam suntikan yang tidurnya tak bersarang seperti Merbah. Sarang Merbah tidak sekukuh sarang Helang yang kini juga makin kurang berlegar di awan mencari ayam yang terkurung malu, tidak lagi mengais sehingga petang mencari jarum emas yang di hilangkan...Antara kitaran yang terganggu akibat dari pertelingkahan mengenai emas, kekayaan dunia. "Riwayat Merbah Kunyit" tidak ketentuan, menjadikan nyata dunia ini bukanlah tempat yang selamat untuk meneruskan kehidupan seperti burung yang bebas...Mungkin akhirat Merbah di hitungkan, biarlah di dunia tidak di kira kitarannya.....
  Merbah kapur beraknya putih,
  Tahi di kumpul membaja bunga,
  Melayu mestilah berhati bersih,
  Tak mungkin akan malu di dunia.....

Wednesday, October 17, 2012

Merebek Penaut Jalanan..,

        Pasir Galong(Nama tempat) tenggelam lagi..,Pasir yang menjadikan Resing(Labi-labi) masih lagi mencuri ikan-ikan Penaut profesional, kekal keturunannya. Resing mencuri ikan dari Prof Penaut untuk meneruskan hidupnya sambil itu, menyedekahkan telur yang membiakkan zuriatnya, kepada Prof Penaut,.. yang kekadang mahukan tenaga sekuat Resing untuk bergalah, berkayuh melawan arus Sungai Tembeling yang pesat membangun, Prof Penaut kekadang menukarkan menu sarapannya dengan telur Resing bersulam madu, yang selalu bersarapankan telur ayam kampung yang ceding/kurus pehanya, lazat isinya dan kuat tulangnya seperti besi, yang menjanjikan khasiatnya menguatkan tulang 4 kerat Prof Penaut. Prof merengus, walaupun rezekinya tetap ada, walaupun kekadang semua telur Resing di ambilnya menjadikan Resing merajuk untuk bertelur lagi...Kerana sistem "Memberi dan Mengambil" Prof Penaut tidak adil. Berat sebelah, bukan semua ikan di taut Prof Penaut di makan oleh Resing untuk memberikan tenaga kepadanya bertelur. Akan tetapi Prof mengira tali tautnya yg selalunya putus di tarik resing, harganya tangsinya semakin naik dan tidak turun naik seperti sungai yang selalu menenggelamkan tempat Resing-resing untuk bertelur...Yang menyebabkan Prof Penaut merebek/merungut, Resing tak mau lagi berkawan, bergotong royong dengannya...
        Jaring Prof Penaut bekah/koyak lagi, jaring yang menjerat banyak Temelian, Patin dan Tapah. Jaring yang sukar untuk di buboi atau sirat( Jahit dan jalin) semula. Bukan seperti Jala Rambangnya yang senang di buboikan. Bukan kerana Prof Penaut malas untuk membaikinya, tetapi matanya yang sudah beruban keningnya, mulai kabur...,Anak dan keturunannya, sibuk menjaring di 3G yang di katakan lebih maju dari membuboi jaringnya. Jaringan 3G lebih pantas menangkap ikan, hanya di hujung jari,...Yang mana membuboi jaring Prof Penaut menggunakan kesepuluh jari yang ada...Dan Jaringan 3G mengasyikkan tak seasyik jaring Prof Penaut yang menjerat ikan untuk keperluan khasiatnya kepada otak dan tubuh badan keturunannya...Prof Penaut merebek/merungut, mencelakakan Resing yang mungkin telah membekahkan jaringnya menyebabkan keturunan Prof Penaut, tidak berminat dengan jaringnya yang kosnya stabil,.. dan tiada kos tersembunyi di kenakan untuk menjaring dimana sahaja lubuk yang ada, tanpa risau akan pemancar/signalnya terputus dan tersangkut tetapi mungkin teliban/melintang terlingkup terbalik perahunya melawan arus.
       Mata tautan Prof Penaut awah/bengkok...,Tidak dapat di gunakan untuk menaut lagi...Sumpah seranah Penaut pada Resing semakin menjadi-jadi,..Sangkaannya Resinglah yang mengawahkan mata kail tautnya, bukan sahaja ikan yang di ambil tautnya rosak, patah jorannya,,Dendam Resing kepada Prof Penaut tidak seteruk itu, walaupun ia adalah seekor binatang, sifat berperikemanusiaan tetap wujud. Bukannya Resing sahaja penyebab rosak taut beliau, tengkujuh yang menghanyutkan dahan dan ranting tersangkut di tautan Prof Penaut. Penaut tahu, bila arus kemajuan dari tengkujuh berlaku, maka banyak pungkar(Dahan/atau batang kayu hanyut dalam air) yang hanyut, yang mungkin juga akan menghanyutkan sampan koleknya,,Yang mungkin juga meruntuhkan pasir di tebing, tempat Keremut(ulat yg jadi kumbang) yang di gali, oleh Prof Penaut untuk di jadikan umpan yang paling bersih, yang tiada bahan toksik yang boleh menaikkan kadar pencemaran sungai. Prof Penaut merebek, seandainya dapat di tangkap Resing itu, akan di pisahkan cengkerang dan isinya, untuk mengajar Resing,  yang sudah pasti susah untuk di tunjuk ajar, patutlah perangainya Resing kurang ajar.
       Rawai( Tali yang di pasang banyak tangsi dan mata pancing) kusut masai, kusut yang tak mungkin terhurai seandai tiada sifat sabar...Kusut yang menyebabkan umpan rawainya tak di makan, kusut yang mengsia-siakan kerja rumit Prof Penaut. Darah Prof  Penaut naik, dengusan rengusannya semakin mengurangkan Iman kesabaraannya. Tabiat Resing di cela di caci...,Resing di anggap merentap tali rawainya yang mungkin tersangkut, gesak/tercekik mata rawai ketika mencuri ikan Prof Penaut. Mata rawainya awah/rosak, tangsinya kusut dan tangkapannya jadi habuan Resing. Kalaulah Resing boleh di ajar, sudah tentu Prof Penaut akan mengajarnya dengan membakar Resing hidup-hidup, agar terpisah cengkerang dan isinya, biar melecuh lemak, lemak berkhasiat badannya hasil dari curian ikan Prof Penaut. Prof Penaut tau, sungai tak tentu alirannya deras, berpusar ketika air tengkujuh. Lubuk lapang rawainya tak selalu tenang, bergelora berombak mengikut pasang surutnya air.
     "Merebek Penaut Jalanan" bukan kerana bosan dengan kerja-kerjanya sebagai penaut, malahan menaut adalah riadah yang sihat di samping menambahkan pendapatan hariannya...Bukan juga kerana arus tengkujuh yang tidak ketentuan malahan makin acap kali di dunia akhir zaman ini...Bukan kerana makin banyak pungkor yang hanyut hasil dari pembalakan yang memewahkan cucu cicitnya dengan jaring 3G yang sempurna tapi perlu di buboi 27 jam sehari....Bukan kerana arus sungai yang berubah-rubah mengikut peredaran banjir dan zaman...Bukan kerana keruhnya air yang mengurangkan bekalannya untuk manusia yang memerlukan jalan raya, elektrik dan 3G dan Raja Kertas lebih dari air. Rebetan/sungutannya pada Resing yang mendiami sungai ni berabad, berkurun lama masih lagi tidak mahu membuat taut dan rawai sendiri, yang mencuri ikannya, yang memutuskan tautnya, yang membekahkan jaring dan jalanya.
   Menaut Lawang di hujung tanjung,
   Taut berumpan biji getah,
    Melayu itu tak pernah sombong,
    Lembut bicara jarang peda'ah.

Monday, October 8, 2012

Diari Tun Penoreh Getah

          Musim pejor kembali menghampiri, musim cuti tahunan untuk Tun Penoreh...,Musim beliau menjadi nelayan separuh masa, musim menyetik Merbah yg sejuk, musim yang meyebabkan Asam Rong Tun Penoreh tidak berampai dengan paku yang ampuh/tenggelam bahana musim tengkujuh yang menenggelamkan kebun Paku milik sekampung. Musim yang menjadikan ubi kayu, Kemili dan segala ubi enak di makan. Seringkali tengkujuh menujahkan arusnya tidak bermusim, menyebabkan Tun Penoreh terpaksa mengambil cuti kecemasan, cuti yang tidak memerlukan surat dari Tabib dan Pawang di bukit..Cuti yang tidak menyebabkan cukai pendapatan di naiktakrifkan..,Cuti yg merehatkan pelan-pelan pada pokok getah dari menjadi torehan yang melukakan pokok yang mungkin akan membantutkan kesihatan pokok, yang mengeluarkan bunga menjadi rezeki, lebah dan serangga seangkatannya lantas membantu membiakkan biji getah yg menghasilkan Asam Rom, dimana buahnya juga menjadi mainan lagaan anak-anak Tun Penoreh ketika menolongnya mengutip hasil torehan untuk menyara penyekolahan...Cuti yang melaparkan nyamuk dan pacat yang menjadi setiausaha dan rakan niaga Tun Penoreh.
     Seawal pagi, sebelum murai menyanyi mengucapkan salam selamat pagi, sebelum Si Jalak Jantannya berkokok menegur Sang Matahari dan mencetoi/mematuk dan mengais rezekinya yang mungkin akan bertambah seandainya ada nasi lebih Tun Penoreh, ada ubi-ubian yang tidak mengkal/kembang elok di masak di tabur oleh Tun Penoreh..Sebelum embun menitiskan titisan dari daun keladi yang tidak berbekas basahnya walaupun semalaman di basahi embun...Sebelum kabus menghilang di serap cahaya siang..Tun Penoreh bangun, memastikan pejabatnya di buka awal..Supaya torehannya mengalir laju tidak menjadi likat akibat dari suhu kepanasan siang. Pen pahatnya di asah berkilat, tajam utk menandatangani surat dan kontrak yang tertera pada pelan pokoknya.
    Sesudah sarapan Tun Penoreh mengenakan jaket yang kalis kotoran bercottonkan sekerap dan tak perlu di dry cleaningkan dan di gosok kemaskan. Berkasut getah buatan tempatan yang tak perlu di kilatkan, hasil dari kontrak torehannya sendiri. Sesudah matahari melemparkan cahaya neon menyuluh jalan yang tiada kesesakan lalu lintas...Tapi memastikan dirinya selamat melintas dari rempitan babi yang membabi buta yang membantu mendenaikan laluannya ke pejabat. Tun melangkah di temani siulan burung-burung. Sesudah menyelesaikan rukun Islam yg kedua dimana memanjatkan doa yang pertama di permulaan hari, Tun Penoreh meredah menuju pejabatnya yang di diami oleh setiausaha dan rakan niaga.
   Semasa sibuk mengikut pelan pokok torehan, deringan nyamuk menjadi hawa hiburan telinga, darah di derma sebagai tanda setiausaha yang setia. Nyanyian nyamuk tidak di hiraukan, mata tangan dan seluruh anggota yang di kawal oleh otak menumpukan torehan agar torehan tidak mengena isi pokok..Yang membuatkan kudis pada pokok tersebut akan mematikan dahan-dahan pokok, yg menghasilkan tenaga yang amat diperlukan ketika kenduri kendara. Semasa menoreh dan memungut hasil torehan, pacat menghisap darah yang kotor, yang terlebih kandungan gula dan toksik yang tersisa, membantu kesihatan Tun Penoreh yang suka pada makanan yang manis seperti keturunan Melayu yang lain.
   Selepas habis semua pokok di tandatangani penjanjian agar mengeluarkan susu yg putih bersih tapi tak sebersih baunya....Dengan cuaca yang tidak menentukan kesan dari kejadian dunia akhir zaman, Tun Penoreh akan menunggu sambil mengharapkan hujan tidak akan turun, agar susu torehananya yang perlu membeku tidak bercampur dengan air supaya pembekuannya tidak terbantut dan hasil torehan kontraknya tidak akan mendatangkan hasil...Lainlah kalau seperti kerabat Tun Penoreh di hilir sana yang dekat dengan kilang yang boleh di jual susu cair tak perlu di jadikan keju..Tun Penoreh juga harus berwaspada dengan toyol pencuri keju yang pastinya akan bertambah seandainya kemudahan pengangkutan bertambah...Sekarang kemudahananya tidak semudah yang di sangka, Tun Penoreh perlu prihatin mungkin kesenangan penjualan hasil kontraknya bertambah, tapi bertambah juga bil-bil baru yang perlu dilunaskan..,Kos tersembunyi.
   Selesai waktu kerja, selesai bermesyuarat dengan berahinya Si Nyamuk yang ghairah punggungnya berisi darah dermaan penoreh....Buncit Si Pacat hasil rasuah Tun Penoreh, darah yang penuh gula-gula...Membantu menurunkan darah Tun Penoreh yang panas, akibat dari cuaca yang panas. Tun Penoreh menyejukkan petangnya dengan berendam meraba siput di sungai kesayangannya untuk makan malam sekeluarga..Sungai yang membersihkan dan menyamakkan dirinya yang tidak terlepas dari najis dosa..Sungai yang melimpahi rezekinya yang memastikan ciptaan Tuhan itu percuma dan mencukupi seandainya ia terus terjaga. "Diari Tun Penoreh" sama sesibuk penjana kemajuan negara yang lain...Terhasil kereta ciptaan negara hasil dari titik peluh Tun Penoreh, cuma kebijaksanaan pelan dan kontrak torehannya tidak di ambil kira..Seandainya Tun Penoreh membeli kereta mengantikan sampan koleknya..Sudah tentu Tun Penoreh memilih kereta buatan Malaysia...Kerana ciptaan luar negara hanya kepada peneraju dan penjana negara yang bijaksana dan bukannya Tun Penoreh yang bekerja seperti kuda!

  Pokok getah rimbun daunnya,
  Dahannya patah di sambar kilat,
  Melayu itu sama duduknya,
  Hidup bersama dan sedarjat....

Monday, April 16, 2012

Sealur tak sealiran..,

 Jeram Panjang sudah tak sama panjang dan kekadang menjadi pendek...Ukurannya tidak menentu, bermusimnya tengkujuh sepanjang tahun, menjadikan Jeram Panjang tidak seperti Jeram Empai/Ampai yg kini hanya tinggal cegar yg mana Ikan Jengkuar hinggakan terkelesot/kecut bibirnya kesan dari mengikir lumut nipis sebabkan,hakisan dari lumpur dan pasir di hanyutkan oleh kerakusan "Tengku"juh-"Tun"kujuh yg mempunyai kuasa dan amanat supaya pembalakan di pinggir sungai ini perlu diteruskan utk negeri dan negara ini,,,Supaya tiada yg kelaparan emas, perak dan berlian kekayaan,,..Supaya kenyang  dengan kemewahan,,..Tetapi yg pastinya kome akan kehilangan bekalan air tulen akibat dari kemewahan itu, kome kehilangan tempat berlaganya Temelian,,..Kome akan hilang kerja sebagai penceduk dan pemunggah air utk keramaian..,,bila datang tuan2 yg telah di per"Tuan"kan setiap kali deme datang sebelum kome membuat pilihan utk bertuankan mereka menjaga amanah "Allah"..,Untuk menjaga wasiat dan warisan,..Untuk memajukan kome yg ketinggalan,,dan telah di janjikan dalam Al-Quraan akhirnya dunia ini akan kekeringan air,,..Hanya Dajal yg akan membawa air,..Mungkin kome suku sakat dajal...Hanya berdiam dan menyepi, menyokong kemusnahannya sungai yg berterusan agar kerja Dajal di permudahkan..
  Kewujudannya jeram2 di sepanjang sungai  ini, sentiasa deras alirannya, selalu besar ombaknya bila tengkujuh menerjah menghembuskan aliran nafas kotor debu dan tanah, hasil gondolnya bukit.,Menghanyutkan pungkor baru akibat dari Meranti yg tumbang,,kerana  mahu di gantikan jambatan perak oleh keluarga wan dan aki yg hidup sepakat duduk sebulatan bukan kekronian...Jeram yg memastikan pahlawan yg mahu Indepura kekal sebagai sebahagian dari tanah melayu. Jeram yg menceritakan banyaknya kematiannya.,, akibat dari kekaraman melaluinya di puratakan seorang setahun..,.bukan 15 org sehari seperti kemalangan., di jalanan tar dengan berlian hasil dari pembalakan.
   Setiap kali air bah,,,pasir sudah mesti akan berubah..Itu dongeng orang dahulu,,Sekarang kome tak dpt lihat perubahan pasir setiap kali bahnya di Kuala Lumpur yg musim tengkujuhnya tak sekerap kome di hulu,,,dan deme tak perlu menimba air atau menambat motor dan kereta deme,Setiap kali musim tengkujuh..Dan kome juga tidaklah semewah mereka yg minum dan mandi air yg berbayar sepanjang masa...Kome di kampung di iklankan dan di hebahkan kome dpt tempayan percuma untuk menadah air hujan bila sungai kekeringan..,Alhamdullillah kome tak dapat tempayan pesok/bocor.
  Setiap kali tengkujuh datang banyak pungkor(Kayu yg menjadi tunggul dalam air yg kadang2hanyut),,Alur di sungai ini berubah,,Pengemudi mesti pandai membelah ombak, juruhaluan menunjukkan arah supaya tak terlanggar pungkor-pungkoran...Kekadang muatan manusia terpaksa di suruh ikut daratan demi keselamatan...Ajal kome tidak semurah deme Mat Rempit kemodenan..Selepas surutnya tengkujuh, alur jeram mungkin tidak terlalu terjejas,,batu-batuan yg berjutaan tahun itu tidak kekal, alur harus di baiki, supaya "kipas udang"pada enjin Beliau Dueh di hulu nun tak patah,,Supaya perahu Mat Jerjap di kampung kome tidak terliban sebab beliau selalu hilir bukan lagi membawa manau dan rotan tetapi surat,meminta cukai jalan di kampung ,di hapuskan sebabnya deme mahu pembalakkan di hentikan,,Jalan raya ke hulu sungai ini banyak sangat kubang bukan lagi lubang yg menjerluskan kome ketika mencari kulat sisir.,Tidak semua orang kampung kome menandatangani surat meminta pembalakan mahu di hentikan,,Orang di hulu sana sibuk memikirkan bagaimana hendak menoreh getah sambil menunggang Honda lampu bulat,..Orang di hilir asyik mandi dengan kekayaan hasil dari hutan tertua yg semakin mengecil sempadannya,,Hasil dari hutan yg melimpahkan kekayaan semulajadi tanpa mewujudkan buangan toxican.
    "Sealur ini tidak sealiran" Kome satu bangsa, satu bahasa, satu budaya, yg terutama satu agama...Demi kerana berlian itu kome tak berderau membina pagar menjaga kawasan...Deme tak tolong sadung perahu kome sebab gun/kau urang ada kereta lasak...Kome tak mudik liga di hulu sebab gon tak pulang jaring gol yg di pinjamkan,, Deme bukan org Taman Negara deme bawok pelawat aje di sini.  Kome tak cakap kome tapi kami.,lain dailek, naungnya. Kome  orang bulan deme orang dacing!!!!!!!!!!Kome mahu alur kome masih berbela dan terbela, kome tak kira deme undi siapa, kome kira seagama dan sebangsa,, kome mahu alurnya sama aliranya sama...Kome daulatkan bangsa melayu, kome sematkan budaya melayu,,kome jaga sopan bahasa,,
 Hanyut sabut bukan untung,
 Tenggelam batu tidak pupus,
 Melayu dan sungai seperti gayung,
 Langkahnya cermat tidak lah haus

Tuesday, April 3, 2012

Hujan emas, tempayan pesok!

  "Phut..put, phuttt", berjemput-jemput bunyi burung Antu (Punggok) yg dongengnya oleh orang tua lama2 mengabo/mengabarkan burung tersebut merindukan bulan...Tapi yg pasti burung Antu memerlukan cahaya bulan untuk mengintai tikus yg menyorok, untuk mengintip Murai yg tidur. Ada juga yg mendongengkan burung Antu bersahabat dgn hantu...dimana ada burung Antu di situlah adanya hantu..Berseriao/ tegak bulu roma bila cerita pasal hantu..,Banyok sungguh hantu masa ni, Hantu Air ada kuasa karan/letrik zaman ni...,Dah maju, dongeng dulu, Hantu Air ngikut orang menjala, kadang2 jadi pengemudi orang menjala...Jadinya hasil jalaan di bahagi dua. Hantu Air sekarang tak di bagi dua, semua ikan hasil kuasa karanannya, di sapu semua, hingga tidak berbaka lagi Temelian yg berpesta ,bersabung laga setiap lima tahun,,yg menjanjikan perubahan alur supaya turapannya tidak perlu juga di baiki lima tahun sekali seperti jalan raya yg selalunya berlubang dan berkurap.
   Hantu raya,,hantu yg paling banyak geng dan sahabat...Hantu ni duduk di balai raya bila dekat pilihan raya, deme ni akan bercerita kemudahan yg menghairahkan orang  dengan kemewahannya jalan raya,, yg mana akan di rempit oleh anak bawahan umur..yg menunggang motor tanpa cukai dan lesen malahan ciri2 keselamatan menunggang motor kereta tidak lah dititik beratkan, sepertimana anak kome di kampung yg di jerit herdik supaya tidak bermain di sungai,,Hantu Raya biasa selalu mempunyai rancangan beraya di setiap kali pilihanraya,,Biasanya masa nilah Hantu Raya sedekahkan duit raya,,,,Terlalu bacul kalau ceritakan pasal duit, sudah di jadikan peribahasa dizaman moden ini "ada duit ada kuasa".
Hantu raya akan mencetak mukanya sendiri, dipaparkan dan gantung di sepanjang jalan dan bangunan...Lebih hebat kibarannya dari jalur gemilang di musim kemerdekaan,,.meminta dirinya di pangkah, di sanjung di berikan amanah untuk mempertahankan daranya maruah bangsa, supaya tidak di nodai budayanya, di telanjangi adatnya, di ludahi agamanya, di keruhkan bahasanya, di cemari gendang dan ketawaknya,.Secara mesra alamnya,, setiap kertas dan plastik yg bergambar hantu raya ini,,mencemarkan alam, tersangat lama utk tanah berdaulat yg  tua ini menelan dan menghuraikan sampah hantu raya ini..., untuk mencerna menjadi najis agar tidak sembelit. Secara ekonominya, berapakah hantu2 raya ini berbelanja membuat poster mereka sendiri setiap 5 tahun sekali? 1 sen satu poster = berapa million? trillion?..Patut pun balak kena tebang dan kulitnya meranti nak buat kertas poster hantu raya? Orang kampung dah kenal hantu raya,,,Berukband dan talian talipon mudoh alih, telah menguntungkan budak kampung yg kekadang terpaksa menoreh walaupun hujan untuk menambah nilai atau "topap" telah tahu siapa calon hantu raya,,"gugel"  aje tau doh maklumat dan latar belakang calon hantu raya...Apakah masih poster di perlukan utk menunjukkan betapa tingginya songkok dan berapa lilitnya serban?
   Yang tak tahannya hantu raya selalunya pandai berjanji, manis berkata,,Rancangan hantu raya selalunya untuk menguntungkan pemangkahnya,,,Malahan telah ramai yg curah buang air di tempayan dari sungai yg dulunya jernih untuk menadah hujan emas yg tak turun,,,Hilaian hantu raya, tak seperti tangisan Punggok yg bukan sahaja rindu malahan mengharap bulan jatuh ke riba..Macam kome di kampung yg mahukan kemajuan,,Sehinggakan menggadaikan keindahan  alam dan kekuatan agama, adat dan budaya Melayu. "Hujan emas tempayan pesok"(bocor),,.Kome kaya tapi tak de air yg selalu terjadi di hilir nun.
 
*Tak de pantun kali ni,,,sebab cerita hantu, hantu mana berpantun,,zaman moden pantut tu orang lama2 aje,
 

Wednesday, February 29, 2012

Pengkornya macam Berahim

   Berahim(bukan nama sebenor), berkaki pengkor(bengkok), beliau lahir di hulu sungai, membeso dengan cara org hulu, anak pencari rotan, gaharu, pemburu rusa dan kancil, tukang membuat perahu, pemanjat madu lebah, penoreh getah dan yg pasti bukan lah berketurunan pemungkor(penipu),perompak dan pencuri, untuk jadi kaya dan membiayai keluarganya...boleh lah dikatakan ayohnya ialah "The man with a lots of job" serbaguna,,campak ke sungai menjadi lumut yg melindungi batu dari di hakis oleh lumpur kerakusan pembalak di hutan, lumut yg di keker/di gigit Kenerak untuk makanan yg menjadi si Kenerak sedap di gulai Rong kan,,di humban ke bukit menjadi pokok Sungkai yg menjadi tempat bersarang Merbah dan kerengga dan akarnya mengukuhkan jurang bukit dari runtuh...,Boleh menyara keluarga dengan titik peluh dan ikhtiar serta tawakal. Emoknya Berahim, suri rumoh sepenuh masa, penyokong atau pun akar yg mengukuhkan keluarga...Hidup sederhana tiada hutang emas tapi tidak terlepas dari hutang budi, yg hanya boleh di bawa mati, tidak akan terlangsai dgn selombong emas.
  Kaki Berahim yg pengkor, bukanlah sebok/sebab tidak di bedung semasa lahir, bukan juga sebok di rempoh/di pioq/ di rotan oleh ayoh dan emoknya, ketika di berduwo(main tgh panas) atau main di sungai,,,Yg pasti mungkin itulah kaki anak-anak org di hulu, yg berketurunan pemunggah air dari sungai untuk keperluan harian, kenduri-kendara serta kematian suatu ketika dulu,,dan juga peragang/pendaki bukit yg seharusnya mempunyai kaki yg sedikit pengkor, supaya senang melangkah banir/akar, meranduk/menyeberangi paya...Kekuatan kaki pengkornya bukan sahaja mendorong kepada kekuatan anggota badan malahan kekuatan mentalnya. Dalam  seni silat gayung, seni mempertahankan diri yg kini boleh di olah menjadi satu senaman kepada pengamalnya seperti Tai-Chi, Capuyera dan lain-lain,,,kekuatan manusia pada hari ini.., tidak hanya pada fizikalnya tetapi mentalnya supaya terus berpegang kuat pada Sunnah dan Al-Quraan.., Kekuatan  kekuda,,,dan  kepengkoran kaki Berahim menepati ciri-ciri dalam ilmu mempertahankan diri.
  Kepengkorannya membuatkan Berahim juga handal berlari, bijak mengelit/mengelecek ketika bermain bola,,,Malahan tendangannya melengkot/melencong yg mana sangat dikehendaki, ketika mendapat tendangan percuma dan penjuru dalam perlawanan bolasepak liga premier village..Pasukan Kerleh Village FC yg di wakilinya,,,kini tidak lagi wujud kerana tidaklah disusukan seperti Cardiff City FC. Bukan itu sahaja kebiasannya meranduk membuatkan kakinya pantas berenang seperti itik, sehandal Memerang ,menyelam menangkap ikan.,,Lebih handal dari perenang Olimpik yg berenang utk medal emas dan mengharumkan nama negara,, Kekuatannya meragang bukit menjadikan Berahim handal berlari seperti Watson Nyambek.
  Kehuluan/ kekampungan  Berahim menyebabkan kelebihannya tidak pernah di ambil kira dan perhatian, lagipun kehidupan kampungnya sentiasa diperlekehkan, Apatah lagi ayahnya tidak mahu membelikannya kasut bola,,malahan kasut sekolahnya pun hanya di tukar setahun sekali...Kerana ayohnya meramalkan kekuatan keistemewaan kaki pengkornya, tidak akan sama dengan kekuatan otak orang berilmu. Kini di kampung dan anak-anak berketurunan kampung tidak lagi berkaki "pengkornya macam Berahim"..,Anak kampung atau Melayu sekarang di takutkan tungo di pasir lebih dari kuman HIV...Anak sekarang tidak lagi tahu meranduk kerana kekeruhan air sungainya,,Anak sekarang di syorkan menoreh kilang memproses nuklear untuk kekayaan negaranya,,,Anak sekarang di galakkan merempit di jalan raya dari meragang bukit mencari gaharu.,,Anak sekarang di galakkan menindas untuk jadi kaya raya.

 Meranduk paya menangkap puyu,
 Tersengat keli ngilu rasanya,
 Moh bersama kuatkan Melayu,
 Kuatkan akarnya untuk berbunga.

Friday, December 30, 2011

Lengit main Lamperit..,

    Musim katak mati katak akibat mengawan dalam musim pejur/hujan beransur hilir ,hanyut dengan lumpur darah, bukit dan gunung yg terluka akibat tebasan mahkluk rakus...,Lumpurnya ada yg tersangkut di kuala, bersarang di lubuk dan melekit, menutupi gebu putih pasir di tebing sungai ini, yg menyukarkan Kerik(Cengkerik) mengali lubang untuk beradu di dalam pasir dan bernyanyi menandakan giliran mereka pula untuk mengawan menggantikan katak,,Bersarangnya Kerik di pasir, memudahkan kerja pengail dan penaut, mencari umpan..Lumpur selutnya sama tebal dengan merahnya turapan denai laluan budak yg bermain Tas(sorok-sorok) dan Lamperit( lari-lari) di petang hari,...Permainan Tas tidak sesuai di mainkan di waktu petang, kerana sedikit bahaya kepada kanak2 untuk menyorok di waktu petang,,Orang tua dahulu mengatakan berkemungkinan di sorok "hantu kopek".
   Lamperit merupakan permainan yg meminta kepantasan larian, boleh di mainkan di kawasan yg besar mahu pun di bawah rumah tradisional yg tinggi tiangnya,,Rumah yg di bina mengikut piawaian banjir tahunan, rumah yg tidak menyekat laluan air...Tidak seperti rumah konkrit yg tidak menyerap air, yg menjadikan ibu negeri Indepura ini di serang banjir,  yg menjadikan Proton yg di banggakan negara terapung- apung seperti pelampung jaring di hulu negeri Inderapura yg makmur ini,,Mujurlah Sg. Lembing tidak menikam kan limpahan marahnya.
   Lamperit di mainkan dengan kumpulan yg ramai, 10 org kanak-kanak merupakan ahli yg sedang elok di mainkan..,Sebagai permulaan, semua pemain hendaklah meletakkan jari Telunjuk di atas tapak tangan salah seorang dari ahli pemain..Dan pemain tersebut akan menjeritkan "Lamperit!", setiap pemain hendaklah mengangkat/menarik jari telunjuk dari tapak tangan Si Penjerit perkataan Lamperit. Pemain yg terakhir yg mengangkat jarinya atau jari telunjuknya di tangkap dalam genggaman tapak tangan pemain yg membuat jeritan lamperit akan menjadi Si Pengejar kepada 9 pemain yg lain.
   Apabila Si Pengejar sudah di iktiraf,  9 pemain yg lain hendaklah lari daripada di cuit/di tampan/di sentuh oleh Si Pengejar...Seandainya mereka dpt di cuit, maka Si Pengejar harus bertukar status kepada orang yg di cuit...Tetapi untuk menyelamatkan diri dari Si Pengejar, pemain yg lari boleh duduk dan Si pengejar hendaklah mencuitnya, dan si pelari yg duduk tidak boleh bangun  dan kembali lari, seandainya, salah seorang dari 8 pemain yg lari dpt mencuitnya/menampannya...
   Seandainya ke 9 pemain sudah tidak dpt lari, dan kesemuanya duduk untuk menyelamatkan diri dari menjadi pengejar dan di cuit Si Pengejar..,Pengejar akan menjerit "Lamperit" sekali lagi...Dan kesemua pemain hendaklah berdiri, pemain yg berdiri paling lambat atau berdiri sebelum perkataan Lamperit habis di lafazkan,  akan di istiharkan menjadi Si Pengejar yg baru. Begitu juga di permulaan permainan, seandainya semasa jeritan Lamperit di laungkan, seandainya ada pemain yg mencabut jari telunjuknya, dari tapak tangan sebelum perkataan Lamperit habis di laungkan maka beliau akan jadi Si Pengejar.
   Secara ringkasnya, Lamperit permainan yg menyihatkan fizikal, secara mentalnya ianya mengajar ketahanan, kesungguhan dan kekuatan untuk semua pemain bebas berlari dan duduk, ketika perlu rehat dan selamat...Tetapi tidak bila kome jadi Si Pengejar, kalau tidak cukup stamina dan cekap mindanya, kome akan jadi "Lengit", kalau Mat Saleh kabo "Loser". Menjadi pengejar sampai ke akhir permainan..."Lengit main Lamperit"...Seperti kome yg di kampung mengejar kemajuan...Letih mengejar, penat mengharap, jemu menanti...Kampung sudah tidah seindah dulu, senyuman tidak iklas di gulis, beramah tamah tidak di rindu, pantun dan santun tidak berbaris sabdu...Ini kah lambang majunya Melayu?

Bermain congkak duduk bersimpuh,
Congkak di main di tengah laman,
Bersama kekal Melayu yang utuh,
Bangsa kan megah zaman berzaman.