Musim bertukar ganti, musim pejur/hujan semakin hampir bertandang, walaupun musim2 yg bersilih ganti ini tidak lagi teratur waktu dan masa pertukarannya, namun tiupan angin monsun dari Laut China Selatan, masih lagi membawa hujan kepada bumi kome, mencipta hujan dan lembab sepanjang tahun,,Tanpa angin ini, mungkin kepanasan tanahair kome semakin meningkat kering dan sungai kome semakin tohor/cetek..Lalu iklim khatulistiwa ini akan bertukar menjadi hujan dan kering sepanjang tahun...Jika Iklim ini bertukar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan akan mendapat kesan yg paling ketara..,Kesannya kepada manusia tak perlu di pikirkan kerana, khalifah muka bumi inilah yg menerajui bumi dan tanah ini.., Apa yg terjadi, sudah pasti dapat di atasi kerana kelebihan manusia yg di anugerah akal, menjadikan mereka lebih waras dan bijak dari mahkluk Allah SWT yg lain., Namun sebagai diri yg di amanatkan menjadi khalifah, perlu kita menyayangi dan menghormati mahkluk yg lain..
Setibanya musim pejur ini, kome biasanya akan bertambah nafsu makan, kesejukan dan kurangnya aktiviti luar akibat hujan seharian, mengingatkan kome pasal ubi-ubian,..Terutamanya Ubi Kayu, yg merupakan makanan utama di zaman penjajah...yg mudah di tanam, tidak perlu berbatas/gemburan tanah dan berbaja, hanya perlu batang kayunya dan mengambil masa yg singkat untuk mengeluarkan ubinya....Cara memasaknya juga ringkas dan mudah, hanya perlu di rebus atau di bakar, tidak banyak rasanya, perlu di colek/cicah dengan gula, nyiur/kelapa yg dikukur atau manisan madu lebah/tebu/kabung serta sambal tempoyak.
Selain dari ubinya yg boleh di makan, pucuknya juga boleh di celor/rebus mengantikan pucuk paku dan pucuk2 lain yg hampuh/tenggelam di musim pejur/banjir...Boleh juga di masukkan dlm gulai Asam Rom sebagai pemancas/penyedap..,Melengkapkan khasiat yg di perlukan oleh badan iaitu sayuran hijau, yg penting untuk melawaskan cernaan dan mencantikkan kulit kome di kampung, tanpa gunakan krim dan losyen yg tidak diketahui apa jenis bahan kimianya...Ubi kayu sendiri di perakui oleh para sainstis, merupakan bahan fiber yg tinggi, yg menyerap toksik dlm badan menjadikan bahan cernaan. Ubi kayu juga banyak jenisnya..,Antaranya Ubi Kayu Gajah, antara ubi yg tidak di sondol oleh babi ketika membuat denai jalannya, boleh hidup beratus tahun dan tidak secantik dan semahal Meranti untuk di ambil pembalak yg rakus, di jadikan pohon teduhan di musim panas kerana kerendangannya, isinya memabukkan.
Ubi kayu merupakan antara makanan ruji/harian di Afrika, khasiatnya menjadikan manusia yg lahir di disana bertubuh besar dan sasa...Malahan khasiatnya juga menunjukkan, ramai org yg berkulit gelap sikit dari kome di kampung ini, kuat dan pantas..Ini terbukti dengan penyertaan mereka di dalam sukan bolasepak Inggeris dan olahraga...Kalau di ikut logik akal kome, zaman penjajah dulu nenek moyang kome juga makan ubi kayu...Tidak hairan mereka bertubuh sasa dan besar serta kuat semangat menentang penjajah..,Tapi sekarang orang kome sasa juga, akibat dari ubi kentang goreng dari KFC dan Mcdonalds yg menjajah dunia dan menyebarkan kolestral yg tinggi, yg mudah menyebabkan darah tinggi..Tidak seperti ubi kayu dan pucuknya yg di kaji merupakan bahan membuang angin dan mengawal tekanan darah....
Selain dari ubi kayu, banyak lagi ubi lain yg terdapat di kampung kome yg mempunyai khasiat yg berbeza..,Ubi Keladi yg kekadang memiangkan, terutama batangnya..Betul cara masak dan petuanya, Khasiatnya jauh dari KFC family box,..Ubi Keledek, Manis rasanya..Di goreng bertepung atau di rebus, sedapnya melebihi Mee Segera, yg byk bahan awet dan perisa yg tidak di ketahui asal usul..Pucuk Keledek boleh di buat ulam. Ubi Kemili dan Ubi Junjung, sedap di rebus dan di makan dengan manisan, sedap lagi kalau di buat bubur. Ubi liar yg lain, melata tumbuhnya di hutan kome yg semakin mengecil Ubi Takup, Ubi Jaga..Khasiatnya masih lagi perlu kome cungkil dari "Tok Batin" dan "Pak Angkat" kome yg lain..Ketepatan sumpitan mereka yg selalu mengenai sasaran, selalunya membuahkan hasil membesarkan dan menambahkan zuriat mereka, antara khasiat rahsia dari ubi-ubian liar tersebut...
"Budinya Ubi Kayu" dan ubi2 lain dlm menyelamatkan datuk nenek moyang kita dari kebuluran di zaman dahulu di lupakan,,Seperti sahaja kome yg makin lupa cara untuk berbudi pada tanah air ini..Generasi kini dan mendatang semakin taksub dengan kemewahan mengejar harta yg tidak boleh di bawa ke dalam tanah ini,,Kebudayaan Melayu dengan makanan ubi-ubian tidak mendapat hati dan di sayangi oleh bangsa di tanah ini sendiri...Junjungan Melayu tidak kelihatan di pucuknya seperti Ubi Junjung dan ubi lain.., Memanjat megah di singgahsana..,Kelayuan kerana leka dengan kebanggan kuasa, tanpa sedar tenaga untuk berkuasa itu datangnya dari sinar matahari ciptaan yg Esa..Terang, mendung dan ada peredarannya.
Tanam ubi jangan lah rapat,
Senang menggali bila ber ubi,
Tajukkan Melayu yang beradat,
Semaikan benih bangsa berbudi....
kampung adalah harta dan warisan melayu yang tidak ternilai dari segi intelektualnya, tradisinya, sosialnya dan budayanya. Mengenali dan meyayangi kampung adalah mengenal dan menyayangi bangsa Melayu.
Tuesday, September 20, 2011
Tuesday, September 6, 2011
Kome hanya "Agas".
Mengapenya kome tak dapat melupakan keunikan hidup kome di kampung, kitaran semulajadinya begitu indah di hayati, kome dan alam terasa rapat..,. Dengan pacat kome menderma darah, tak perlu menderma darah pada manusia, kerana tak de lagi di kampung kome, org belanggor mutor/kereta yg membulehkan deme/mereka hilang darah, kalo ade pun luka kena duri rutan, duri terlanggor tali besi menghalang kerbau yg dipupuskan(kerana membawa agas) yg ada mungkin tekanan darah tinggi...yg di sebabkan tekanan hidup,kurang senaman, keturunan atau terlebih kolestral dlm makanan dan lain-lain sebab. Antara berdonek/berjalan di waktu pagi atau petang, mahupun malam sebab Liga Inggeris dah mula..,(Liga kampung, kena tunggu jersi percuma dulu) , kesepian dari pencemaran bunyi, melainkan hiruk pikuk siamang, siulan burung murai dan hawehan/teriakan/laungan rakan sepejabat opis dengan pen tajam berdakwat putih melukis pelan pada pukok getah yg di import dari Brazil..Pukok "Asam Rompedasmanis" bahasa "Pengorian". Bergaduh dgn nyamuk dan agas.
Berwayat/Cerita tentang "Agas"..Zaman sekolah dulu, di pagi hari dgn pakaian seragam sekolah menyanyikan "Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku" hingga akhirnya lagu itu..(tapi tanah yg di pohon selalunya mendpt jawapan ianya dlm perhatian)..Walaupun terpaksa menggaru betis kome hingga berkurai/cakaran dari garuan akibat gigitan agas...tapi kome masih tegak berdiri menyanyikan lagu itu dengan semangat.,kome mengadap tiang bendera buluh yg kekadang di guna untuk mengocoh/mengait buah rambutan dan langsat. Tapi sekarang agas dah tak banyak, kome gunakan lingkaran ubat nyamuk dan semburan racun serangga, yg sangat memberhaya kepada bayi dan kanak2. Lagi bahaya dari gigitan agas. Lagipun agas,nyamuk kampung tak sebahaya nyamuk di bando nun..nyamuk hasil longkang kemajuan yg tersumbat.
Agas adalah sejenis serangga yg sangat halus, payah di lihat dengan mata kasar..tetapi gigitannya melahirkan seribu jenis gatal yg tidak terbanding, tidak seperti gigitan tungo iaitu sejenis serangga yg juga mustahil terlihat dengan mata kasar, sehingga gigitannya boleh membengkakkan dan ianya akan kelihatan seperti titik merah di kawasan gigitan tungo...gatalnya jauh mana sedap, kena gigit Agas...bukan macam gatalnya keladi pemimpin sekarang, bila jadi YB mesti tambah bini.,..ya habibi YBBB(Yang Berhormat Bini Banyak) tapi tak semua YB, dah memang jodoh nak buat goner!
Agas ni biasanya di bawa oleh kerbau, lembu, kambing, babi, cipan,,Orang tua-tua berpesan kalo ada Agas, biasanya ada la binatang yg berada di sekitarnya kawasan terebut..Kenapa org asli tak hirau pun agas, tak de pun Agas di kawasan kampung deme..., Agas takut asap, dapur orang asli sekarang sentiasa berasap, sebab deme lebih merdeka mengamalkan budaya mereka lebih dari kome melayu kampung yg maju, yg tidak di sedia didikkan kitar semula bahan terbuang yg menjadi bekas nyamuk bertelur, sebab kome di kampung tak ramai..Kalo ada kemudahan senanglah bermuafakat gunakan untuk mengurangkan gigitan nyamuk, yang tak macam agas, buleh kena demam kura2/malaria dan macam2 penyakit lagi sebab gigitan nyamuk
Dalam perihal gigitan Agas salah satu serangga kejadian yg Esa yg pastinya ada pekdohnya/faedahnya kepada kitaran alam..Ahli sains mengatakan setiap kepupusan serangga akan mengakibatkan kepupusan pada serangga, binatang dan tumbuhan yg lain...kalo logik akalnya kome pikir, kalo Agas pupus mungkin proses perdebungan(bunga jantan bercantum dgn bunga betina) pukok jador, jambu air akan berkurangan..maka ikan, beruk dan haiwan lain yg memakan bunga dan buah ini akan kekurangan sumber makan...Madu lebah, kurang khasiatnya, kerana kurangnya nektar bunga. Tetapi apa nak buat "Kome hanya Agas"...,kata Si Agas, macam kome orang kampung, budaya melayu kome pupus tak kan di hirau kepupusannya.
Berbintat merah di gigit Agas,
Merahnya hilang di sapu kapur,
Kampung kome Melayu berhias,
Sayang adatnya sudah kabur.

Friday, August 26, 2011
Melentur buluh lemang merdeka..,
Musim sabar di penghujungnya, yang memenuhi kehendak musim sabar ini ,akan meraikan kemerdekaan deme,...Kejayaan deme menahan lapor dan dahaga, kekuatan mereka menunduk nafsu amarah dan batin, kehandalan memekakkan telinga, membutakan mata, membisukan mulut dari perkara yg di larang, menunjukkan kuatnya orang yg menjadi pengikut Al-Quraan dan Sunnah yg merdeka dari hasutan setan yg di ikat, segala amalan di musim ini di lipat gandakan, sedekah di galakkan, pelbagai amalan sunat di perbanyakkan. Sejuta bintang bandingan keindahan musim ini, bulan dengan jelas menunjukkan malam2 musim ini terang benderang. Pendek kata setiap amalan baik di musim ini cukup menghapuskan dosa setahun malahan berpuluh tahun, itu kebesaran yg Esa.., Pengampun, Pemurah dan Pengasih.
Dalam persiapan menyambut merdekanya musim sabar, beras pulut yg di tuai di bendang Ah Siong, santan nyior yg di perah dari kelapa Mutusamy yg bermutu lemaknya, ayam suntikan yg melembutkan dagingnya, daging lembu New Zealand rumah sembelihannya, sutera satin sulaman ulat bulu China, sampin tenunan Jawa dan Siam, sepatu kulit dari Roma De Italia dan pelbagai perkakas keperluannya musim merdeka mewarnai Tanah Melayu yg merdeka. Kayanya bumi melayu ini sehingga semuanya perlu di import dari luar negara dengan menggunakan jutaan gelen minyak membawanya dari seluruh pelusuk dunia. Kome di kampung bertanya manakah hasil sumber asli tanah ini? Adakah ini lambang negara yg 50 lebih tahun tuanya merdeka menonjolkan kemajuannya?
Dalam meraikan merdeka ini, lebuhraya yg berjuta kilometer panjangnya, beratus depa lebarnya...,sesak, sempit, huru-hara, maut tak terkira banyaknya hasil dari tayar yg di perbuat dari getah torehan kome, dari kilang kereta keluaran negara.., Jalan yg maha besar itu tidak di cukai/tolkan kerana ianya mengundang nyawa sempena beraya. Kome bandingkan mautnya di lebuhraya itu dengan mautnya di sungai lebuhraya lama di kampung kome ini, jauh bezanya. kome bersyukur, tetapi si kuntrektor yg berkroni dengan politaik itu mengatakan sebaliknya, kome sepatutnya bersyukur deme membina jalan dan mengotorkan sungai lebuhraya datuk nenek moyang kome yg bergalah, berkayuh dulu...Di mana bijak dalil akalnya? Itukah perubahan kemerdekaan kome semua, bersama menolak perahu yg tersadung dengan memulaskan stereng pacuan 4 roda...lain nilai kerjasamanya. 4 roda itu, akan menerbangkan debu yg menusuk lubang hidung yg terpaksa di korek di mana akan membatalkan puasa,,Dan jikalau hujan di musim merdeka ini, kome terpaksa beraya dengan selut yg sampai ke peha...Perahu yg lekat hanya perlu di tolak dengan sepakat.
Dalam kekalutan sambutan merdekanya musim sabar ini, kome mencari buluh untuk di buat lemang. Buluh yg di cari buluh yg muda, yg miangnya putih bergebu dan berdebu agar lemang yg di masak tidak perlu di bakar terlalu lama, yang mana mungkin mengeraskan dan mengering lemaknya santan dan pulutnya. Buluh yg muda tidak terlebih tua, supaya senang di belah dan di makan pulutnya....,Bukan buluh aur yg menguatkan tebing sungai kome, seperti hubungan kome di kampung pinggiran dan hulu sungai ini yg sentiasa berkerjasama, kerana buluh aur tebal yg sesuai di buat lantai rumah tradisional, bakul dan pelbagai krafnya. Buluh yg panjang ruasnya, agar byk pulut yg dimuatkan ke dalamnya. Bukan buluh yg tirus yg dulu di jadikan penjolok/pengait rambutan dan langsat dan area tv. Buluh muda yg masih boleh di lentur, walaupun bukan lagi rebungnya. "Melentur buluh lemang merdeka" membawa kita memahami bangsa kome semua adalah Melayu merdeka yg sepatutnya bebas mengamalkan budayanya sendiri. Nenek moyang kome semua berjuang memastikan kome semua ada budaya sendiri, kaya dengan sopan santun, berbahasa lemah lembut, hormat menghormati, tolong menolong...Apakah merdekanya kome perlu melupakan adat lama ini? Bolehkah cucu cicit kome di lenturkan dengan budaya melayu yg semakin hanyut bersama keruhnya sungai kome di bumi merdeka?
Tebang buluh Kuala Sawa,
Rebung habis di makan gajah,
Kome ucapkan selamat hari raya,
Maafkan segala silap dan salah.

Monday, August 15, 2011
Peribahasa berbahasa ayam..,
Nyaring kokokan ayam di pagi hari, menandakan subuh yang membangkitkan gajah, kokokan yg menjadi panduan waktu sahur di musim sabar(Ramadhan) ini. Nyaring dan riuhnya, tak sebising ketukan si ayam betina yg riuh sekampung apabila melahirkan telur yg menyambung zuriat si ayam...Kelahiran zuriatnya perlu di hebahkan, di raikan, begitulah kebanggaan si ayam. Tiada malunya, walaupun telurnya hanya sebijik, tidak di kisahkan kebisingannya membingitkan, bangga dengan telurnya yg belum pasti akan berjaya di eram menetaskan anak ayam...Mungkin telurnya akan di jadikan, sarapan bersama madu tulen, yg menyihatkan badan tuannya.., Bagi tuannya yg masih lagi mempercayai petua lama nenek moyangnya.
Kaisan ayam dengan kakinya yg di ejek kerana tidak berkasut, menghasilkan rezeki yg tidak boleh di simpan untuk hari esok..,Cakaran kaki ayam, menyatakan tulisannya seperti cakaran tulisan jawi yg telah pun di lupuskan oleh dunia Melayu yang tidak mahu mengais pagi untuk makan pagi, walaupun tulisan itu, merupakan lambangnya perkembangan tulisan dalam dunia Melayu hari ini,..tulisan yg membangkitkan semangat kebangsaan, yang menjuruskan kearah kemerdekaan Tanah Melayu..., yang mana seperti kaum lain yg mempunyai tulisan huruf mereka sendiri...Di mana Melayu tak kan dapat meneka apakah maksud tulisan-tulisan tersebut..,Dan penggunaan tulisan itu, tidah global, hanya untuk bangsa mereka..,Tetapi melayu tidak akan nampak maju, kalau ada tulisan Jawi, yg merupakan asas untuk yg beragama Islam mengenal huruf Al-Quraan.
Dalam kerabunan mata ayam, yg tidur-tidur ayam...Kome nampak tapi tak peduli dengan harga ayam yg turun naik di pasar, kerana kome boleh pikat ayam di hutan untuk di jadikan rendang raya yg menjelang. Lagipun ayam kampung banyak berkeliaran, cukup untuk bekalan satu kampung...,Tapi ayam kampung tidak segemuk ayam Chow Kit, lemaknya tidak nampak gebu, namun begitu, ayam kampung bebas dari penyakit, kerana cacing yg di kaisnya tidak dari longkang lorong hitam yg mengalir lumpur haid dan nifas kemajuan yg tidak mengenal dosa.
Tergadainya tanah bangsa menjadi tauladan kepada kome yg menghayati cerita ayam sabungan Pak Kaduk. Menangnya sorak Si Kaduk, bukannya sahaja mengadaikan bangsa, malahan tidak sedar koyaknya baju Melayu kertas yg di pakai olehnya, menelanjangkan diri dan bangsanya sendiri di mata dunia. Penyabung2 ayam yg menonjolkan kemaluan lawan masing2 di dalam sabungan., Demi untuk menang..,Deme/Mereka sanggup menjatuhkan lawan mereka dengan bertelanjangan sesama mereka minta di sokong. Kegairahan mereka mahu menerajui tanah yg hampir tergadai dlm kemerdekaan ini, seperti ayam togel yg megah berkokok, tanpa menyedari laungan kokokannya menonjolkan dirinya yg tak de berbulu menutup auratnya.
"Hayamph", "Ayong", "Ayang" dan Ayam..,menunjukkan bukan ayam tak boleh berbahasa dengan itik, tapi seperti sahaja kelajuan air yg mengalir di sungai Kome, setiap lubuk, cegar dan kuala, berbeza laju alirannya..,Jadinya sudah pasti berbeza naungan bahasanya di setiap tempat., Dalam "peribahasa berbahasa ayam", kome sedar ramai musang yg terpaksa berbulu ayam, untuk melindungi diri dari bahayanya mangsa sabungan di musim pilihanraya dan menongkah arus memberi pendapat untuk memperjuangkan bangsa...Kome juga sedar amalan ajak-ajak ayam untuk datang ke rumah/kampung kome tidak lagi perlu di amalkan, kerana ianya amalan kolot, yg mahu di kikis dari naluri bangsa Melayu. Kome tak boleh ajak orang mengenal budaya dan meghayati bangsa di kampung sebagai ketulenan akar Melayu. Kerana pucuk dan batangnya pimpinan Melayu, hanya mahu kaya-raya dan bukan membajakan kekayaan taik ayam untuk menyuburkan bangsa, budaya dan bahasa..!
Ayam Jepun balungnya rendah,
Tajam tajinya tiada tandingan,
Maaf dipinta dibulan indah,
Selamat beraya selepas Ramadhan.

Thursday, July 28, 2011
Belang cicit Sebarau..,
Melompat mengelica/huru hara ikan bador dekat lubuk yg tenang, dimana ketenangannya boleh di sangka tak de buaya di dasarnya sungai kome ini, sungai yang kini menyusahkan kome menangguk di air yg keruh kerana tidak di ketahui apa yg bakal kome tangguk...Ikan bador yg cuba menyelamatkan diri dari ikan yg kome rasa adalah ikan karnivor sungai...Atau mungkin juga ikan ini memakan buah Ara atau Jambu air..tidak di kaji dan tidak di ajar semasa kecil sehingga besar, tapi kome di dedahkan dengan documentari dari saluran TV tempatan kome, tentang ancaman kepupusan ikan Salmon yg di import dari luar negara, tapi kome yg menyaksikan betapa banyoknya jenis ikan di sungai ini yg pupus tanpa sebarang dokumentari. Kepupusan Jelawat, Temelian dan lain2, seolah-olah cerita lagenda yg tiada berkubur,, yang mana tidak seperti legendanya Hang Tuah ada makamnya. Bukan kerana si ikan2 di sungai ini golongan Jebat derhaka seperti kome..Tetapi kerana kome semua sibuk mengejar mimpi, hinggakan realitinya, rasa kurang enak ikan2 yg di berikan ramuan serbuk makanan baru tidak di sedari,... Ara, Jambu Air, Bunga Jada, Mempena serta buahan liar dan serangga yg lain, tidak lagi cukup khasiat untuk melemakkan ikan2 sungai lagenda ini...
Ikan Sebarau, tidak sehebat Kelah yg di iktirafkan sebagai Raja Sungai kerana kekuatannya melawan handalnya kail, yang mana..,sekarang beberapa kawasan di sekitar sungai yang di lindung dan pelihara telah menjadi istana tempat Si Kelah beraja,dan mengilatkan sisiknya yg merah keemasan, untuk meningkatkan rasa cinta terhadap ikan itu, kome di kampung sanggup tidak makan kelah, tetapi ianya masih tidak mendapat hak untuk cerita Si Kelah mencelah dalam intisari rancangan TV negara,.
Si Sebarau juga tidak sebisa Baung yang sengatnya mengilukan, membengkakkan. Baung berkulit licin, selicin kulit dara yg mandi berkemban, yg bersih apabila di basahi dengan basuhan lembut aliran sungai.., berbeza dengan kulit si dara yg mandi air, yg perlu di pulas kepalanya paip, untuk mengeluarkannya dan di bilas dengan pancutan klorin yg terpaksa di basuhkan dengan sabun jambu asli yg mengandungi 90% minyak kelapa sawit...,
Ikan Sebarau juga tidak secantik Ikan Kaloi, yang tradisinya di kaitkan dengan kejamnya ibu tiri.., Yg menjadikan harga Bawang Merah dan Bawang Putih turun dan naik,,Sebabnya tiada galakkan untuk kome bertanam bawang, atau tebu yg menjadikan kami terus mengimport bahan makanan. Ikan Kaloi boleh di siul, betul siulnya timbul Si Kaloi...Senang di jumpai di kawasan berpungkor(Kayu/tunggul di dalam air), di air tenang,
Ikan sebarau tidak seperti ikan Sikang, mulutnya luas tapi tidak seluas Si Sikang, Sikang ikan yg berbentuk tirus, besar kepalanya di pengaruhi oleh kebesaran dan keluasan mulutnya, dan menirus ke ekornya. Senang di pancing kerana mulutnya membinasakan si Sikang, yg mudah tersangkut apa juga jenis mata kail,..keluasan mulutnya bukan lah kerana dia banyak mulut atau mulut yg tiada insurans, tetapi kejadiaannya si Sikang memenuhi kitaran semulajadi dan kehendak sungai kome ini. Maha Suci Pencipta!
Ikan Sebarau berbelang di tengah, gaya, sakatan dan gertakannya terhadap ikan yg lain menunjukkan seolah-olah Si Sebarau adalah pemegang talipinggang hitam. Belangnya cuma satu melintang di tengah badannya, tidak sebanyak belangnya Rimau, yang mungkin mati meninggalkan belang. Matinya sebarau akan bermakna sesuai untuk resepi "Gulai Busuk" yang menjadi kegemaran seluruh kampung kome. Belang Sebarau dan "belang cicit Sebarau" tidak pernah lupus, sama seperti kome di kampung, samping melayu kome tetap sama, kome tak kan memakai samping kome di kepala..,Sebarau dan penghuni sungai ini, tidak mahu lagi pungkor yg boleh mengeruhkan dan mengeringkan sungai ini..Kome tak mahu lupakan jasa sungai ini, seperti gon/kau urang di Kolumpo lupakan jasa Sungai Klang yg telah mengkayakan Malaysia dengan hasil bijihnya! Sebarau juga tidak mahu di elektrikkan untuk menggelarkan diri mereka, orang yg mahu memimpin.
Sebarau menampir di cegar deras,
Berlaga Temelian di musim banjir,
Semalam melayu di minta cergas,
Bangkitkan budaya yang terpinggir.

Tuesday, July 5, 2011
Tempoyak yang berlainan..,
Durian kini tak lagi bermusim, malahan ianya di lihat seperti buah ruji, yg sentiasa berada di pasaran sepanjang tahun. Mengikut maklumat tertentu, negara kite mempunyai 200 jenis durian klon atau kacuk. Dulu kalo musim durian, kampung akan menjadi meriah, semua sanak sedara, rakan taulan akan ke kampung merasai nikmatnya durian yg segar, dan menyucikan minda dengan kesunyian dusun durian yg di selang seli dengan bunyi bergerbokkan(bunyi menda jatuh) durian...Gio/ria/gembira amak, suasana ini walaupun tak sampai beratus jenisnya durian kampung, tapi setiap pokok mempunyai rasa yg berlainan, kejang(isi yg kejun/keras), kekuningannya dan kelihekan/rasa melekit itu bezanya. Yang kome ingat durian tembaga itu aje jenisnya, jenis lain tak berapa ingat doh...Tetapi bentuknya durian kampung dapat di bezakan dgn durian kacuk.
Setelah kome mengkaji bezanya citarasa dan buahnya durian, yg seperti juga kome di persisiran Sg. Tembeling ini, berbeza ragam atau kebanohnya...,Sudah tentu lain orang, lain pandangnya belalang,..Apatah lagi ,ada yg merasakan "kekampungannya Hulu Tembeling adalah kekolotan", jadinya kampung2 ini ,perlu di ubah menjadikannya ianya tidak kampung lagi. Walaupun kome tahu, keutuhan dan kekuatannya bangsa Tanah Melayu di hulu ini, ...Kome masih beradat melayu, kome tak berkelahi sebok parti, tapi kome mungkin berkelahi sebok tak dpt kuntrek...,Kome tak berkelahi sebok bunyi mutor/kereta anok gon/kau urang bising dan laju..,Tapi kome kelahi sebok anok kome bermain dgn anok gon di dalam repuh/semak seharian.,,Kome seperti bulu ayam, carik2 yg akan bercantum semula..Tapi mungkin tak seperti air yg di cincang,..tak berbayar bil, yang akan di potong pembekalannya!
Tempuyok adalah hasil utama daripada berbezanya durian, yang bukan saja berbeza rasanya di setiap kampung,, beza juga rampai campur masakkannya...Cuntohnya tempuyok di Temerloh selalu di campur daun Kesum yg menjadikan tempoyak di sana sedikit kelat, ianya kekadang buleh di lihat dalam tempuyok di Jerantut yg mana sepatutnya di bubuh daun Kesing mengikut pengaruh dari Tempuyok kome di kampung. Tetapi mungkin org bandar tidak menyukai aroma dan hancingnya atau tanginya rasa daun Kesing. Begitu juga dengan ikan yg di letak dalam gulai itu, Di Jerantut dan bandar lain yg ada resepi tempoyak biasanya meletakkan ikan patin sangkar/kolam, atau ikan kembung, talapia dan lain2.,Tapi klasiknya tempoyak kampung sudah semestinya ikan Lawang atau Juara yg di panggil urang di bando..,Dengan berampaikan ubi kayu untuk melikatkan sedikit kuahnya Tempoyak.
Dari segi bezanya, bahasa perkataan Tempoyak ini, kome buleh nampak bezanya dari segi sebutan dan dengungannya. Di hulu kampung kome, di panggil 'Puyok', kemudian di hilir sikit, 'Tempuyok' di kampung kome 'Tempoyoq' di bandar senun 'Tempoyak'...dan di Jepun sana mungkin di panggil 'Tempayaki' di Italy di panggil 'Tiramisu' dan negara lain masih belum dapat di pasarkan baunya, hasil dari bezanya durian ini. Warna-warna tempoyak juga berbeza, ianya mengikut bagaimana jingga warna kunyit dan durian yg di jadikan tempoyak,,Mungkin di Jerantut kuningnya kejinggaan,,menunjukkan cukup matang, segar kunyit yg di lumatkan...Lain dari warnanya di Kampung kome, yg menggunakan kunyit serbuk cap gajah, sebok kome dah maju dan serbuk kunyit tak payah di lesungkan batu lagi.
"Tempoyak yang berlainan" walaupun ianya masih di gelar gulai tempoyak, namun bezanya macam langit dan bumi.Seperti kome melayu yg moden, yg lupa asalnya akar dan benih kome., Durian yg asli, cara kercoian(memisahkan isi dgn biji durian), kunyit yg di semai, lada yg di petik, lemaknya ikan, dan mengkalnya(kembang dgn elok) ubi kayunya menjadikan resepi ini mempengaruhi rasa, bau dan selera. Kome pikir org kampung harus seperti usul asalnya tempoyak, walaupun apa kacukannya, mana menetapnya kini, tinggi pangkatnya, jutaan gajinya..,Kome tetap melayu, kome beradat melayu, bersopan dan berbahasa...Dan yg klasik, Tempoyak adalah darah daging yg mengalir dalam saraf Melayu kampung kome ini..
Durian Belanda asalnya jauh,
Bawak bekal bersampan kolek,
Diri tersedar bila terjatuh,
Melayu beradat sangatlah molek.

Tuesday, June 28, 2011
Dilema Si Pengotor..,
Keruh sikit Sg.Tembeling pagi ini, mungkin hujan di hulu melimpahkan paras air di sungai2 yg berkaitan dgn Sg.Tembeling ini.....Mungkin hulu Sg.Sepia, atau Sg.Sat atau Sg.Keniam atau yang lain2 yg menerima hujan lebat. Boleh di agak mana punca keruhnya, tak perlu di kaji apa masalahnya kekeruhan itu,....Keruhnya itu, akan meresap ke setiap sungai di hilirnya dan bercantum,, menjadikan jernih asalnya sungai, tidak di ketahui lagi apa warnanya, di Kuala Sungai Pahang di Pekan.
Kome bukan bangsa yg kotor, apatah lagi ikutan kome mengatakan kebersihan adalah separuh dari iman,..Kome tersentak, bila deme/mereka mengatakan negara kome perlu ada kumpulan yg boleh membersihkan kekotoran kerajaan kome....,Deme pembelit seperti ular, antara ular dan deme...Kome bedal/pukoi/hentam deme dulu, barulah kome bunuh ular..,Kenapa bangsa itu, yg menyedarkan kerajaan kome yg kerajaan itu perlu di bersihkan? Kenapa pasukan politik yg tak pernah menang itu yg menitikberatkan kebersihan negara kome?
Kome sokmo ceritakan, penting kebersihan alam ini kepada deme yg berkuasa, kome merebet/berceloteh betapa sungai kome makin kotor...Apa tindakan Si Penguasa yg pengotor itu? Selain dari membalas pantun kome dengan mengatakan kome pembangkang, kome pencinta alam, kome menolak kemajuan,..Padahal ramai yg tahu, kemajuan bukan maksudnya kome semua harus jadi pengotor,,,,Kome suka bersih, tiada orang yg suka kekotoran,..Apa yg di bingitkan oleh Pak Samad Said ada betulnya, bersih hatinya ketika menulis.,,tetapi kotor fahamannya kepada yg berkuasa, yang hanya mahu kuasa mutlak walaupun harus main kotor. Sekarang seluruh dunia tahu, betapa kotornya politik negara, betapa jihek/kotor negara yg tidak mahu mendengar suara rakyat yg berkata politik deme makin kotor...Sehinggakan parti yg tidak pernah menang itu, mengambil kesempatan atas kekotorannya politik negara ,dengan menghangatkan isu yg dipandang remeh oleh penguasa sebagai kebenaran di sebalik lakonan mereka.
Kome bukan orang politaik, kome cuma tegur yg mana gilakan kuasa dan harta, sekarang kome nampak "dilema Si Pengotor" yg berkuasa, antara mahu membersihkan politik mereka atau mahu sedar apa sebenarnya yg kotor....Kotornya sungai bukan hamlau/pungkor/tipu..,terbukti. Kome di kampung sendiri berasa lumpurnya...Kome di kampung yg menghirup kotornya karbon monoksida pembangunan yg di janjikan. Kome tahu betapa kotornya cara penebangan hutan sekeliling kome..Siapa yg mahu bersihkan? Walaupun bergotong royong amalan yg bersih, tak mampu bersihkan kotornya..,walaupun budaya bersih kemelayuan kampung kome tak dpt sucikan kejijikkan itu..,Walaupun peribahasa berbahasa lembut tidak pun menegur kekurangan ajaran itu...Kome tidak boleh bersihkan, kerana kebersihan itu ilham Si Pembangkang!
Kini dari kekotoran yg tercipta, ramai sesedara yg meluahkannya mati emak, menelannya mati bapak...,Melayu yg hanya ada kuasa, bela lah melayu yg lemas dan sesak dalam kekotoran ini, bersihkan lah puisi syair nyanyian melayu dengan bahasa yg kuat dan mampat,,,Sucikanlah perjuangan membela bangsa melayu yg makin terkenal di dunia dengan kekotoran ini, tetapkanlah kekuda gayungmu agar dapat menepis pukul curi deme...Basuhlah kekayaan bahasa, budaya, bangsa dan tanah ini, agar ianya tidaklah di cemari lagi...Tapi nak basuh cam ne, air sungainya masih kotor!
Kerbau seekor terpalit lumpur,
Lumpur di basuh air hujan,
Kuatkan bangsa yg makin luntur,
Lebihkan kebersihan dalam perjuangan.

Subscribe to:
Posts (Atom)